Thursday, January 25, 2007
Kisah 503
Buat pertama kali, muncul di sini untuk berkongsi cerita. Ini, aku tuliskan khusus buat rakan-rakan sekelas. Adapun, entri ini pernah aku tuliskan beberapa tahun yang lepas (sekitar 2001). Maka, ayat pun macam budak-budak jugalah kiranya.
Mengenang kembali kisah lama, terfikir juga, betapa jauh sekali jalan yang kita tinggalkan. Hinggakan di suatu ketika, ada juga di antara kita sudah pun menjauh dan hilang terus dari pandangan mata buat selamanya.
[+]
Aduhai, apa khabar kawan-kawan? Lama sungguh tak dengar berita ya?
Azree: Budak Sarawak yg aku suka dengar bila dia bercakap- "kamek-kitak". Ketua kelas form 4. Ingat lagi masa dia pengsan dalam makmal waktu kelas Biologi. Terkejut kami! (Selamat Pengantin Baru)
Rozaini: Budak yang agak 'cool' suatu ketika dulu! Pernah menjadi ketua kelas semasa form 5.
Aris: The tallest guy in the class. Masih ingat lagi Aris secara tiba-tiba menjadi perhatian kerana mendapat markah tertinggi dalam ujian Matematik yang pertama dalam kelas kita.
Imran: Jejaka yang sentiasa membuatkan orang lain rasa gembira dan ingin ketawa. Semakin dia serius, semakin ingin ketawa orang dibuatnya. Dan orangnya suka menyanyi, dan ada bakat - ingat lagi masa dia nak bertanding jawatan BIRO SEBARAN AM, promosi melalui suara dia. Dan sebuah lagu pernah didendangkan sebelum pulang beraya di dalam dorm (semasa roll-call).
Shahril: Orangnya besar. Tinggi. Macho.
Nik Fahusnaza: Jejaka yang boleh dikategorikan sebagai jejaka popular dan menjadi idaman ramai. Hahaha. Dinobatkan sebagai Ketua Lembaga Pengawas Maktab, menambahkan lagi sahamnya.
Jefferi: Seorang yang kreatif, suka sangat melukis kartun. Mungkin tanda dia sedang boring atau terdesak untuk mengekpresikan nalurinya melalui lukisan.
Firdaus @ Dos: Dulu dia ini pendiam sangat. Susah betul ingin mendengar suaranya. Namun begitu bukan mudah untuk bertemu dengan orang sebegini - begitu rajin.
Fauzi: Sebut saja namanya, pasti akan dikenali oleh semua orang. Sudah tentu amat disenangi kerana karektornya. Seorang yang cukup artistik dan suka melagukan irama evergreen.
Fadly: Pada mulanya, dia agak serius. Masuk tahun berikutnya, dia suka ketawa dan buat lawak.
Harizal: Suara dia dalam-very deep. Muka dia serius dan renungan dia tajam, sampaikan sesetengah orang menjadi takut untuk berurusan dengannya. Tapi, baik hati orangnya.
Shamsul Rizal: Otak yang gila-gila. Selalu saja bersama kawan-kawan dia untuk buat lawak.
Naguib: Waa, the 'tough' and 'macho' guy in the class! hehehehe.
Yazid: A nice guy dan suka buat lawak...miss him all the way (Al-Fatihah)
DJ: Seorang yang sukakan budak-budak. Dan sudah pun berjaya mengejar impiannya sebagai doktor. Caya la Dr DJ!
Shihan: Dia yang terror main tenis, terror main chess, terror Add Maths dan juga Ketua PBSM 95!
Azrina: Gadis yang paling susah untuk mendengar suara emas dia. Seorang yang cukup baik hati.
Kak Sue @ Suhaliah: Gadis yang cute, walaupun kecil tapi pandai bersyarah dan memasak. Bersopan santun sekali.
Ziba: Budak perempuan yang paling tinggi di dalam kelas dan antara yang tinggi di maktab ketika itu. Suka sangat menyanyi dengan segala lagu Mariah Carey. Masihkah ingat lagi sewaktu bergaduh tentang isu 'telur masin' dan 'keju'.
Aeriza: Kalau cakap, very sexy! Ada gaya yang tersendiri.
Kak Ayu: Seseorang yang pandai mengambil hati. Very open and understanding! Layak benar digelar sebagai 'kakak' di kelas kami. (Al-Fatihah)
Suriati: Anak Pengetua kami! Orangnya baik, suka senyum dan beri nasihat. Berkepimpinan seperti ayahnya juga!
Fariny: Seorang rakan kongsi gelak dan lawak. Macam-macam lawak bangang yang telah dicipta bersama dia. Benda yang tidak lawak pun menjadi lawak. Sumber rujukan English dan sering mendapat pujian guru kelas English kami.
Wan Hafiza: Kalau gelak, mesti mahu gelak bersama. Rakan kongsi Fariny untuk membuat lawak bangang antarabangsa di dalam kelas bagi menghilangkan kebosanan. Ingat lagi, semasa pilihanraya maktab berlangsung, kami bertiga pun ada buat kempen pilihanraya wakil kaum kat kelas. Indon, Boyan dan Tasaday.
[+]
Dan kini, masa terus berlari membawa kesemua kita pada arah yang berbeza. Dalam kehidupan yang tersendiri. Moga kejauhan tidak membawa bersama kemesraan yang pernah kita jalin suatu ketika dulu. Dan, pada yang tiada, samalah kita mendoakan agar sentiasa dirahmati Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.
jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.
terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....
article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.
jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.
terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....
article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai
4 comments:
Kengkawan 503, tade sape nak describe Fajar ke? :D
p/s: sape nak buat utk 502... ;p
hehehe. ye la, takkan nak describe diri sendiri pula. ada byk kenangan untuk kongsikan, juga gambar utk diimbas semula. nantikan saja.
ala azraf, why don't u make it for 502 then?
aku? aku tak pandai menyusun kata2 la hihihi... lgpun aku ada masalah memori sket.. takleh nak ingat sangat.
salamualykum,
shamsul rizal wahid kat mana sekarang ni?
Post a Comment