Monday, February 25, 2008
Bayar RM2 makan apa sahaja
Sesungguhnya, rezeki itu dtg dari Allah. Apa yg perlu kita lakukan adalah berusaha dan berdoa.
KUALA KEDAH - Makan dan minum apa sahaja dengan harga RM2.
Kedai makanan milik Khalid Ahmad (gambar), 41, menjual sepinggan nasi berlauk dan segelas minuman pada harga semurah RM2 walaupun harga barangan semakin mahal di pasaran.
Menurut Khalid, beliau menyediakan hampir 20 jenis lauk untuk makan tengah hari dan pelanggannya boleh makan apa sahaja pada kadar bayaran tersebut. "Makan apa sahaja selagi termampu, sepinggan nasi dan apa sahaja jenis air, saya caj RM2, saya kira berapa orang yang makan bukannya jenis lauk yang diambil," jelasnya ketika ditemui di kedainya di sini semalam.
Khalid yang membuka kedai bersebelahan jeti Kuala Kedah sejak tiga tahun lalu, mengekalkan harga tersebut kerana percaya rezeki bukan bergantung kepada keuntungan semata-mata.
"Dulu masa harga barang murah, saya caj RM2 juga, jadi tiada masalah kalau saya kekalkan harga itu, rezeki saya akan ada juga," jelasnya yang membuka perniagaan bermula 6 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.
Selain makan tengah hari, Khalid turut menyediakan makanan lain seperti kuetiaw goreng dan mi sup yang tetap dikenakan bayaran RM2 termasuk minuman. Jelasnya, disebabkan harga RM2, kedainya menjadi pilihan tempahan makanan untuk beberapa kilang di sekitar Alor Star.
"Walaupun keuntungan berniaga di kedai tidak seberapa, saya boleh dapat keuntungan tambahan melalui tempahan oleh pengusaha kilang," tambahnya yang mempunyai lapan pekerja.
Menceritakan mengenai kedainya itu, Khalid memberitahu, dia mempunyai pelanggan tetap iaitu nelayan di situ dan pelancong yang berulang-alik ke Langkawi.
"Jika ada rezeki lagi pada masa hadapan, saya teringin nak buka kedai nasi ayam dengan harga RM2 pula," ujarnya yang mempunyai pengalaman berniaga selama 20 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.
jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.
terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....
article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai

2 comments:
Seriously RM2 sahaja?
Walaupun aku amik 4-5 jenis lauk pauk?
Mesti ada "Terms & conditions apply"...Hehehe...
dia kata dia charge per head.
Post a Comment