Thursday, April 10, 2008

Lawak Hari Khamis

Hiburan Di Kala Stress Kisah 1 Suami : Kenapa sayang menangis? Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri: Buku bank abanglah.. Kisah 2 Tiga orang menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!! Kisah 3 Seorang Tok Batin baru membeli motosikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya menggunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu: Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. Kawan Tok Batin : ???????? Kisah 4 Seorang posmen yang datang menghantar surat ... " Assalamualaikum " " Walaikumsalam " " Ni rumah encik Sameon ye? " Ya saya" " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni " " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?" Kisah 5 Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang. Kisah 6 Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya... Kisah 7 Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter... Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??" Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana?.." Makcik: "Makcik nak melintas aja." Kisah 8 Bidin melihat rakannya, Wafdi sedang membuat kopi, kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi.. Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?" Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.." Kisah 9 Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg. Suami: "Kenapa?" Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!" Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg. Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?! Kisah 10 Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa . Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku." Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai