Monday, November 24, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan... Tepen style Al-Rawsha

JJCMts membawa korang ke Restoren Al-Rawsha, Jalan Damai. Restoren ni hidang makanan lebanon. Yang aku tau owner ni Malaysian kawin ngan Lebanese. Tak sure wife or husband yg Lebanese.

Lokasi di Jalan Damai, kalau korang dari Ampang Park menuju ke Ampang Point korang ada perasan ada satu kedai kereta VW kat belah kiri. Lepas kedai tu ada lorong nama Lorong Damai 13. Terus sampai jumpa simpang empat, masuk kiri & restoren ni belah kanan kira2 400 meter dari simpang empat.

Aku makan ngan kawan2 aku, 7 kepala in total.

Order: 2 Lamb Mandy & 2 Chicken Mandy. Mandy ni mcm nasi beriyani tapi nasinya kering. Chicken mandy dpt sekor ayam panggang. Ayam & daging kambing dia memang lembut, & nasik2nya 'seroi' (sebijik2, bukan mushy). Kalau lamb mandy, dpt good portion of lamb. Takde kuah dlm nasi tapi ada gravy mcm tomato paste (mcm yg mkn ngan pasta) & white sauce (mcm yogourt).Tomato gravy & yogurt sauce tu free flow, so kalau abes tengah jalan bley mintak extra.

Sebenarnya 1 plate mandy utk makan sorang je, tapi aku suggest korang makan 2 org. Member aku yg makan first time (dia makan 1 plate mandy tu sorang-sorang & ada 3 org masa tu order 3 plate mandy) aktiviti makan mandy macam mengadap baca buku. Suara tak bunyi sebab 'khusyuk' nak abeskan 1 portion mandy. Portion kitorang masa makan tu just nice. 4 plate mandy = 7 orang makan. So pandai2 la korang bajet. So far aku tak pernah makan sini time dinner hari tak puasa (this is my second time,first time bukak puasa) member aku ckp kat sini full house.

Aku order juice jambu. Rasanya OK tapi diorang blend kasar. So ko kira mcm steng minum air steng makan jambu. Maybe diorang nak buat ice blended jambu kot. Layanan quite good, ambience takde la fantastic tapi OK. Ada ruang utk family (i think air cond) & surau to fit about 10-15 people.

Harga lamb mandy - RM22.00 per plate & Chicken Mandy RM17.00 per plate. In total + air = RM110.50, on average RM15.00 per person.

Rating: Food 8/10, Layanan 8/10 Ambience 6/10.

4 comments:

Anonymous said...

Kau patut try lamb/chic kuzi plak (kalau ada).

[i] said...

nanti aku try.

tapi nenek aku masak kuzi super power

[i] said...

rahsia masak kuzi is the bawang goreng. Jangan pakai yg kedai punya. Bawang goreng diorang letak tepung.

Kalau masak bersama kuzi akan jadi mushy...

ini auntie aku ckp masa ajar bini aku masak kuzi :D

Smiling Sukri said...

Lepas ni, kita buat JJCM cuba kuzi plak. Kat mana? Kat rumah org yg dah belajar masak kuzi dr expert laa...
Boleh kawan2?

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai