Dicilok dari Intertina, original Anjung Maresmart
Alkisahnya bermula ketika acara pasar malam sempena minggu aktiviti semester dua (1994) apabila setiap kelas mempunyai satu gerai untuk menjual apa yang difikirkan akan mendatangkan keuntungan. Kebanyakan kelas memilih untuk menjual makanan pada malam itu. Dalam acara pasar malam ini juga diadakan pertandingan gerai terbaik antara kelas dan telah dimenangi oleh kelas 410.
Upacara penyampaian hadiah telah diadakan pada hari pertama persekolahan bermula selepas senaman pagi. Oleh kerana suasana ketika itu agak bising, maka ucapan pengerusi tidak begitu kedengaran. Dalam sedar tak sedar, pengerusi memanggil ketua kelas 411 untuk ke pentas dan mengambil hadiah.
Dalam keadaan terpinga2 ketua kelas 411 maju kehadapan untuk mengambil hadiah tersebut. Dipendekkan cerita, kami 'bersantap' semua hadiah yang diterima (berisi makanan dan minuman ringan) tanpa mengetahui apa tujuan sebenarnya hadiah itu dan setelah selesai bersantap' barulah kami diberitahu bahawa hadiah itu sepatutnya diberikan kepada kelas 410... tapi apa nak buat, makanan dah dalam perut, halalkan sajalah yek......
2 comments:
hahaha.. lawak siot.. ker kisah benar ni???
aku amik dari seksyen kisah benar laman intertina...
Post a Comment