Tuesday, May 12, 2009

ZIARAH KE RUMAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2008

Tulisan Sdr Zahir Zainuddin, AJK Biro Latihan HALUAN.


Kesempatan berada di Kota Bharu, Kelantan, telah memberi peluang kepada saya untuk mencari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa bagi membuat kunjungan ziarah ke atas keluarga pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal. Beliau mendapat 19A1 dan satu A2, ayahnya seorang nelayan dan ibunya, Mariani Omar bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).


Untuk ke rumah beliau, saya berhenti di tiga tempat bagi mendapat petunjuk kedudukan rumahnya di kampung tersebut. Tempat pertama ialah sebuah gerai jualan bergerak di hadapan sebuah sekolah berhampiran Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, manakala tempat kedua dan ketiga ialah kedai runcit di tepi jalan. Akhirnya, kedudukan rumah Nik Nur Madihah dapat juga ditemui iaitu di sebelah sebuah sekolah rendah dan lorong masuk ke rumah itu mempunyai pondok telefon dan sebuah bengkel kecil-kecilan.


Ketika keluar dari kereta, saya melihat sebuah rumah yang daif seperti yang dipaparkan dalam surat khabar. Keadaan bumbung rumah beratap zink karat dan berjuntaian betul-betul di hadapan beranda rumah. Di kiri dan kanan ada tiga buah rumah yang agak besar dan jauh beza keadaannya dengan rumah pelajar itu. [klik sini utk baca seterusnya...]

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai