Thursday, December 07, 2006

TRIBUTE: Mohd Syukri Yatim

Oleh: Ahmad AbdulHaq Ahmad Fatan,506.

Setelah Ihsan membuat ‘tribute’ pada Allahyarham Imran, sekarang aku lak nak buat tribute untuk seorang lagi kawan kita yang telah meninggal dunia Allahyarham Mohd Syukri Yatim.

Aku kenal rapat kat arwah sebab aku satu kelas dengan dia..kelas 406/506…first time aku jumpa dia aku tau dah mesti budak ni budak Jawa...dan tekaan aku betul bila dengar dia cakap..budak Jawa Batu Pahat rupanya dia ni…ada geng gak aku sebab aku Jawa Muar…kitaorang memang rapat sebab ‘cubicle’ dia pun tak jauh dari ‘cubicle’ aku…

Kat dalam kelas aku selalu duduk dengan dia..masa Form 4 kelas kitaorang kelas ‘floating’..so, ‘nomad’ menumpang kat mana-mana kelas yang kosong… seksa betul masa tu pasal kena bawak beg ke hulu ke hilir especially nak bawak buku add maths yg tebal tu…jealous betul dengan budak-budak yang ada kelas tetap..

Aku paling ingat pasal arwah masa projek Tunas Saintis peringkat MRSM Taiping..aku satu group dengan dia & Adzimi…kitaorang buat mesin yang boleh asingkan duit syiling ikut nilai dia…aku tak ingat nama mesin tu dan kitaorang menang tempat pertama peringkat MRSM Taiping..tak sangka betul aku…pastu wakil MRSM gi pertandingan tunas saintis peringkat Negeri Perak kat Bota kalau tak silap aku.. Satu lagi aku dengan arwah memang lemah dalam Add Maths.. sampai kena panggil dengan Pn. Fauziah, cikgu Add Math kitaorang & buat special training pasal Add Maths dengan dia…

Allahyarham sepanjang aku kenal dia perangai dia ‘happy go lucky’…dalam kelas dia ni pemalu sikit dengan budak-budak perempuan…dia senang di bawa berbincang & ringan tulang…so, dalam group tunas saintis senang kerja kitaorang…

Lepas abis study aku tak pernah jumpa dia…Cuma ada sekali dia bagi kad raya kat aku …lepas tu senyap je..last2 aku dapat berita dia dah meninggal dunia sebab kemalangan…terkedu sekejap aku…sedih rasanya sebab kehilangan seorang kawan rapat…rasa menyesal sebab lost contact dengan dia..last2 lost terus…Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Syukri Yatim………

(Edit: Allahyarham Mohd Syukri meninggal pada tahun 2000 ketika menaiki motorsikal dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa.)

3 comments:

Anonymous said...

Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun.

Teringat balik kat arwah bila baca testimonial haq kat atas. Kepada yg tak tau arwah Syukri ni merupakan tukang gunting yang paling power dalam asrama aminudin baki.

Aku selalu booking dia utk tlg gunting rambut aku. Tak pernah plak dia tolak. Selalunya dia akan senyum and cakap ok!

Pernah jugak dalam sibuk dia gunting rambut budak2 kat asrama tu, aku mintak dia ajar aku gunting rambut. Dia dengan senang hati ajar aku, alhamdulillah dengan penuh sabar. Aku sampai sekarang boleh gunting rambut sebab berguru dengan arwah. Masa terbaca yg beliau terkorban masa ramadhan tu, terasalah kehilangan beliau yg semua kenal sebagai happy go lucky.

Walaubagaimanapun, syukur di hati bila kita ingat kembali yg tak ada siapa yg akan lari dr ketetapan Allah S.W.T dan kita patut bersyukur kerana Allah menyayangi beliau lebih drp kita dan arwah di jemput menemui Illahi di bulan yg mulia.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh arwah yang merupakan kawan dan juga guru.

Wallahu alam.

Anonymous said...

Betul tu...arwah memang terer gunting rambut & rambut aku pun dia pernah gunting..lupa lak aku nak masukkan fakta tu..nak gunting rambut dgn dia kdg2 sampai kena beratur..upah kadang2 bagi maggi je takpun roti hotdog yg Mc selalu jual..almaklumlah student masa tu mana ada duit nak bagi upah tinggi2..

bola2api said...

sedih la..

aku ingat nickname dia Nyot.. hehehe..

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai