Thursday, March 05, 2009

Rezeki trak penunda

KUALA LUMPUR: Banjir kilat di beberapa kawasan sekitar ibu kota kelmarin umpama `durian runtuh’ kepada pengusaha trak penunda apabila beratus kenderaan tenggelam dan rosak dalam kejadian itu terpaksa ditunda untuk dibaiki.Tinjauan Harian Metro semalam di Jalan Rahmat berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mendapati deretan trak tunda menunggu pelanggan di luar parkir terbuka dan tertutup di kawasan yang teruk terjejas dalam banjir kilat kelmarin.Beberapa pengusaha trak penunda ketika ditemui berkata, mereka terpaksa bersaing sesama sendiri memujuk pemilik kereta mendapatkan khidmat mereka.Seorang pengusaha trak tunda, Jumadi Zakaria, 44, berkata walaupun banyak kenderaan tersadai, namun belum tentu boleh ditarik kerana kebanyakannya sudah `ditempah’ pesaing yang cepat menyedari peluang sejak berlakunya hujan lebat kelmarin.
“Kita berniaga seperti ini mengamalkan ‘siapa cepat dia dapat’. Ada antara pesaing mempunyai ‘kabel’ dengan pengusaha parkir menyebabkan mereka mendapat maklumat kenderaan tersadai dengan segera. “Bagi saya, itu semua rezeki dan persaingan merebut pelanggan setakat ini tidaklah sampai bergaduh,” katanya. Menurutnya, dia lebih mengutamakan membantu pemilik kenderaan kerana menganggap mereka ditimpa musibah dan perlu mengeluarkan kos bagi membaiki kenderaan.
Penunda, Raymond Kok, 41, pula menafikan mereka mengambil kesempatan dalam kepayahan pengguna kenderaan dengan mengenakan caj tinggi. Menurutnya, caj RM100 dikenakan untuk kerja menunda kenderaan sekitar bandar raya ini, manakala tambahan caj RM10 hingga RM20 akan dikenakan bagi setiap satu kilometer di luar Kuala Lumpur. “Ini harga dikenakan kebanyakan pengusaha trak penunda. Tidak tahulah jika ada pesaing sengaja meletakkan harga cekik darah. “Lagipun dalam keadaan bencana seperti banjir, banyak trak penunda akan berkampung di tempat yang berpotensi. Justeru, pemilik kenderaan boleh menolak pengusaha trak tunda yang meletakkan caj mahal dan boleh memilih sebaliknya,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Camner nak gaduh.. tak cukup tangan nak angkut!

[i] said...

mcm burung ereng tgh tunggu bangkai lembu bergelimpangan kat gurun sahara

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai