Assalamu'alaikum kawan-kawan sekalian,
Seperti mana yang anda sedia maklum melalui entry dari Webmod bertajuk "Takziah Buat Fajare 503", salah seorang dari kawan kita iaitu saudara Fajar (ex-503) baru kehilangan anakanda kesayangannya pada hari Jumaat lepas di Glasgow, Scotland. More stories can be found at Fajar's blog here.
Pada awal pagi Jumaat lepas lebih kurang pukul 12:15am, aku baru aje terlelap tidur semasa aku dapat SMS ni dari Fajar,
"Nik, Amir dlm keadaan yg kritikal skrg..."
Aku yang selalu mengikuti kisah dugaan Fajar ni melalui blog dia sejak sekian lama, tiba-tiba terasa lain macam dengan SMS kali ni.
Pada sebelah malamnya pula, lebih kurang pukul 9:15pm masa aku kat dalam bas dari JB ke KL, aku dapat SMS ni pula;
"Salam Nik. Amir Yusof lebih disayangi dan kini pulang ke pangkuan-Nya jam 12:51pm waktu Glasgow. Al-Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat sentiasa.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun.
Bermakna, aku dapat SMS tersebut dari Fajar lebih kurang 25minit selepas Amir Yusof menghembuskan nafasnya yang terakhir, kalau tak silap perkiraan aku. Sedih memang sedih. Mengenangkan kawan baik aku yang kehilangan anakandanya yang tersayang, dalam keadaan jauh dari keluarga, jauh dari kawan-kawan, tak dapat aku bayangkan keadaan sebenar yang dihadapi.
Mereka yang pernah berpeluang untuk menempuh hidup beberapa tahun di UK sebagai student, mesti tau sangat betapa susahnya dan besarnya dugaaan kat sana, especially dari segi kewangan. Berbekalkan kuasa batteri henpon aku yang dah 50% pada masa aku dapat SMS dari Fajar tu, aku contact kawan-kawan baik untuk memaklumkan berita sedih pasal Fajar. Aku call kawan2 bermula dengan Ihsan, DJ, Amyzaddin, Adzimi, Daus, dan beberapa kawan yang lain, lepas tu aku SMS pulak beberapa lagi kawan lain yang jauh dan dekat, until my handphone went dead sebab dah habis batteri.
My message to them was, "Geng, kawan kita dilanda musibah kat tempat orang. Dan aku tau financially he might be having some difficulties now. Selain dari doa dan al-Fatihah, apa kata kita cuba collect sumbangan sikit dari kawan2 tepeng semua melalui blog ni?", to which they all agreed. Alhamdulillah.
Thanks to DJ, I got Fajar's Maybank account number the next day.
So, to all reading this blog now, this is my message to you:
Walaupun aku tau dia terbeban dengan berbagai-bagai kesulitan kat sana, Fajar tak pernah sekali pun mintak tolong dari aku dalam hal ni sampailah ke saat ni. Habis-habis pun, dia akan SMS je kat aku untuk bagitau masalah yang dia hadapi, dengan harapan agar lebih banyak doa yang dipanjatkan. Beliau seorang yang tabah dan sangat susah nak dengar dia mintak tolong dari kawan-kawan. Itulah Fajar yang aku kenal sejak dari zaman kat Taiping lagi.
Sebagai salah seorang kawan baik kepada Fajar, aku dengan rasa rendah hati ingin meminta jasa baik kalian sahabat-sahabat semua untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan kepada Fajar. The reason why I was looking for Fajar's account number is that korang semua boleh transfer directly to him, tak perlu lalu orang tengah langsung. Fajar juga takkan tau siapakah dermawan-dermawan di kalangan kita yang telah membantu sebab yang akan tertera pada account dia hanyalah jumlah yang dipindahkan.
To my knowledge, this is the best way we can direcly help Fajar yang mana hanya korang tau apa dan sebanyak mana yang korang telah sumbangkan. Bukankah sebaik-baik sedekah ialah yang mana tangan kanan memberi sedang tangan kiri tidak mengetahui? Semoga kehikhlasan kita semua akan sampai ke 'langit'.
Below is Fajar's Maybank account number (click image for larger view):
I'm sorry for I only have his Maybank's number. So, for those who do not have Maybank account and still wish to donate, hope you don't mind calling up your bank to ask how could you do the inter-bank transfer. Zaman canggih macam sekarang ni, you just need to ask.
Besarlah harapan aku kalau korang semua sudi membantu Fajar sedikit sebanyak. Juga, harap dapat di war-warkan kepada kawan-kawan lain yang jarang jengok blog kita ni supaya diorang tau dan at least, diorang boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Amir Yusof bin Nurul Fajar.
Dengan penuh rasa rendah diri, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kalian para dermawan sekalian. Semoga keikhlasan korang semua akan diganjari Allah pahala yang tidak berbelah bahagi.
Minta mengundurkan diri, wassalamu'alaikum.
Yang benar,
Nik Fahusnaza (ex-503, Maresmart94/95)
1 comment:
bagus idea collect duit ni. dapatlah kurang sikit beban fajar. walaupun aku bukannye satu kelas or homeroom ngan fajar (dan boleh kira berapa kali aku cakap ngan fajar waktu kat maktab dulu), tapi aku sentiasa gak ikut perkembangan arwah amir. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. semoga fajar dan isteri tabah mengharunginya...
Post a Comment