Sunday, May 24, 2009

ANSARA CAW. TAIPING (ACT) AGM

AGM tahun ni adalah AGM ke 7 & 8. Tahun lepas diorang missed sebab sibuk dengan aktiviti 25 Tahun Jubli Perak & SPKG. Sebab tu AGM tahun ni adalah AGM ke 7 & 8.

Sebenarnya aku pun first time 'sampai' ke AGM ACT ni. Baru nak start kerja2 voluntary work yang aku tengok sangat kureng especially di kalangan orang melayu kita. Tempatnya di Saujana Impian Golf Resort dekat area Kajang. Kalau ikot kilometer, 40 km dari rumah aku. Jauh bebenor tuh...

Masa sampai tu, aku terserempak ngan Talib. Tu pun wife aku yg perasan Mis dok dukung anak dia. Masa pendaftaran nampak lah muka 'regular' a.k.a Amy. Time tu Talib tengah isi borang ANSARA. Nazir Azhari pun ada. So antara ahli ACT yang ada, kitorang lah dikira paling junior kecuali Azwan (SPM 97). Dia datang pun nak main golf, ACT Invitational, acara ACT lepas AGM.

Nak promo sket, Nazir sekarang dah jadi full time photographer. So kalau korang nak survey untuk photographer bley la korang kontek dia or website dia http://lensazum.blogspot.com/ atau facebook dia. Dia sekarang joint venture ngan kawan dia yang ada studio. Best of luck, bro! Yang lain-lain tu masih berstatus 'employee'.

Meeting berjalan macam meeting society time kita sekolah dulu-dulu. Ikot protocol (ACT ni berdaftar dengan ROC = Registrar of Company). Macam SPKG tahun lepas, geng kita dok buat meeting sendirik tapi kali ni takde la se-riuh masa SPKG dulu. Lots of things to catch up.. yelah dah brapa juta saat dah tak jumpa, sekarang baru nak tangkap naik (catch up)... Ada 2 orang yang aku expect datang, tak dapat hadir. Suraya Ali & Fadzliana. Tak sure kenapa Yana tak datang tapi Suraya Ali kena masuk opis hari ni sebab itu boss besar mau buat review... Bonus tengah tahun kah?

Ini dia committe baru untuk ANSARA Cawangan Taiping Sessi 2009/2010.

Presiden: Fuad Kenali (First Batch MRSM Taiping - Class of 1985)
Timbalan Presiden: Ihsan Husainy Hasbullah (Class of 1995)
Setiausaha: Zaini a.k.a Jenab (First Batch MRSM Taiping - Class of 1985)
Bendahari: Roslan A'Alaf (First Batch MRSM Taiping - Class of 1985)
Ahli:
1. Roslan Seman (Tatau batch mana)
2. Mohd Amyzaddin Raya (Class of 1995)
3. Azwan (Class of 1997)
4. Talib Sabri Sulaiman (Class of 1995)
5. -sorry lupa-
6. Abg Damit (bahagian website maintenance)

Meeting conclude, makan & aku dapat call dari Hasnor, dia pun ada bisness sendiri. Company dia sole distributor untuk industrial dryer, mainly untuk produk dlm bentuk serbuk e.g. ajinomoto, nescafe, susu tepung dsb. Dia join tournament golf tu. Mengamuk dia bila dia tau dia sorang je batch kita yang join tournament tu. Takpe bro, next year aku promo kaw-kaw punya >_<. Aku blah dalam kol 1 lebey, time tu dah berduyun2 golfers tengah register. Maybe next year kita bley ramaikan kawan2 kita kat AGM & Invitational Golf tournament anjuran ACT.

Kalau korang ada apa2 idea menarik, tertarik ko memang de boom, bley la korang suggest kat website ni atau ACT @ http://www.actorg.net

5 comments:

Smiling Sukri said...

1stly congrats to Mr. Mod. for being in the committee. Aku pun harap semua dapat support ACT kita ni.

2ndly, all the best to our frens yg dah self employed. Nazir mmg berani amik decision nak jd full time photographer (aku beli camera pun dia tolong advise).

All the best!

Azraf said...

Tahniah kepada VICE PRECIDENT IHSAN! dan juga COMMITTEE AMYZADIN & TALIB...

EnAikAY said...

Well done guys!
Out of the 10 highest posts, batch kita (1995) dah ada 3 wakil (same as for batch 1985). Agaknya setiap 10 tahun budak2 jadi aktif berpersatuan kot? Or maybe just a plain coincidence.

By the way, congrats to the AJK from batch 1995. Simpan ia naik (keep it up???)

bola2api said...

tahniah ihsan!

[i] said...

TQ to all.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

enaikay, aku pun dok perasan. maybe now we can promote to the younger generation...

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai