Saturday, March 07, 2009

Takziah buat Fajare 503

Setiap yang datang pastinya akan pergi.

Amir Yusuf bin Nurul Fajar telah menghembuskan nafas terakhir jam 12:51 tengah hari waktu Glasgow, Scotland (8:51 malam waktu Malaysia) pada 06.03.09, hari Jumaat.

Amir Yusuf tidak berpeluang untuk menghirup udara segar Glasgow. Sejak dilahirkan Amir Yusuf ditempatkan di wad kanak-kanak. Si kecil ini juga telah menjalani bermacam-macam pembedahan untuk membetulkan keadaanya.

Dari blog Fajar (http://www.fajaril.net/blog), setiap masa terluang Fajar & Isteri akan dihabiskan dengan melawat Amir di hospital. Korang boleh baca & tinggal pesanan kepada Fajar dengan melayari laman web di atas.

Aku dan Nik Fa sedang mengusahakan mencari akaun bank Fajar untuk sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Fajar.

Al-Fatihah untuk Amir Yusuf bin Nurul Fajar. Isya Allah, Amir Yusuf akan menanti kita di pintu syurga...

2 comments:

Smiling MY said...

Takziah Fajar & Anis...
Semoga tabah mengharungi hari2 mendatang...

adzimi said...

Takziah to Fajar & wife. There are no words that we could offer to lessen the pain both of you must have been going through. Semoga Allah terus memberi kekuatan dan ketabahan kepada anda berdua untuk mengharungi ujian-Nya yg berat ini.

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai