Nasi Ayam Hainan dan Kueyteow goreng Emperor's style akan mula dijual hari ini dan setiap Jumaat
Tempat : di lot parkir belakang Masjid Al Mukminun USJ 2, Jalan USJ2/4S
Masa : 11.00 pagi - 3.00 ptg sahaja [ berhenti untuk solat Jumaat ]
Hari : Setiap hari Jumaat sahaja
Chef : Mualaf Bro. Hafiz Wong Abdullah [ yang goreng kueyteow marathon semasa Hari Sambutan Eid Fitri kita baru-baru ini ], bekas tukang masak restoran dan hotel
Projek kebajikan ini adalah kerjasama di antara PERKIM USJ dengan Jawatankuasa Masjid Al Mukminun di dalam rangka membantu saudara-saudara baru kita yang mahu mula bertapak mencari rezeki setelah dipinggirkan oleh keluarga dan kawan.
Kami AJK serta Rakan PERKIM USJ amat berharap agar tuan-puan dapat memberikan sambutan terhadap perniagaan beliau serta mewar-warkan berita baik ini kepada rakan taulan dan saudara. Semoga Allah swt memberkati usaha kita ini.
Terima kasih.
Wasalaamu `alaikum wm wb.
Yusman Nawazir
Pengerusi
PERKIM USJ - Subang Jaya
Selangor
3 comments:
hafiz wong??? mcm ku kenal jer...
nama betul dia wong ah thiam ker?? siapa buleh confirm??
mcm ko kenal??
aku dpt email ni dari abg aku.. aku dah suruh dia carikan info utk ko...
nasi ayam hainan tu bunyi mcm sodap jek.... hmmm bleh suruh bini aku p beli lah :D
Post a Comment