Tuesday, November 13, 2007

Rakyat mesti bersedia hadapi trend kenaikan harga minyak

SOURCE: Utusan Malaysia Online. Ni nak hint2 harga minyak nak naik lagi la ni.. baca paragraph bawah "....kerajaan sedang berusaha membantu rakyat menjadi pengguna bijak dengan membeli barangan perlu saja serta membeli barangan berharga murah. " pikir-pikir le... //web mod TAPAH 12 Nov. - Masyarakat di negara ini perlu bersedia menghadapi kesan daripada trend kenaikan harga minyak yang melanda seluruh dunia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal hari ini. Beliau berkata, trend kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang memberi kesan kepada kemampuan rakyat, mesti dihadapi mana-mana kerajaan dan parti politik di dunia termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah. “Kadang-kala pihak tidak bertanggungjawab menyatakan ini (kenaikan harga minyak) tidak sepatutnya berlaku, dan ini (harga minyak) tidak sepatutnya naik. “Mana ada satu kerajaan dan pemimpin di dunia ini boleh kawal harga minyak daripada naik termasuk Presiden Bush (AS) dan Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Raya Muhibah Aidilfitri dan Deepavali Parlimen Tapah di Dewan Merdeka di sini. Beliau berkata, untuk meringankan beban masyarakat dalam menghadapi kesan kenaikan harga minyak dunia, kerajaan sedang berusaha membantu rakyat menjadi pengguna bijak dengan membeli barangan perlu saja serta membeli barangan berharga murah.

3 comments:

Anonymous said...

I think we can understand that oil price is beyond Malaysia's control. But with the increment in oil price, so does government revenue. So, what is government going to do with this excess revenue? More corruption than it already is? More wastage? More mega projects which turns out to be another failed white elephant? or more compensations due to cancelled projects? And how about the improvement on public transport that you've promised since last year? The only thing we hear is talk, but where is the action? Talk talk talk, empty promise empty promise.

Anonymous said...

With the rise in oil price, shouldnt our salaries rise with it too? Oil price increase gives better revenue, which means more income to be distributed. You ask rakyat to change how they live, do you even bother trying to understand how people get through their lives with the small income they get by working for you? You kept saying our oil price is still lower than US, UK, but the value of our money is less than a quarter of theirs. At the same time we see lavish spending by govt on mega projects. Who really benefit from this? Mereka dan keluarga mereka ler. Talk and talk and promise and more promises, thats all that you do.

[i] said...

govt nak ajar kita cara berjimat.. apa kata kita ajar govt cara berjimat

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai