Wednesday, November 07, 2007

Ucapan Dasar PM di Persidangan UMNO

Memperkukuh keyakinan - Meneroka era baru UCAPAN dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung UMNO Ke-58 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada Rabu, 7 November, 2007. MUKADIMAH Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata’ala, kita sekali lagi dapat berhimpun untuk melangsungkan Perhimpunan Agung UMNO kali ke lima puluh lapan. 2. Perhimpunan Agung UMNO kali ini, berlangsung ketika negara baru merayakan ulang tahun kemerdekaan kali kelima puluh. Perhimpunan ini juga merupakan Perhimpunan Agung UMNO yang pertama untuk 50 tahun akan datang. Bermula dari pilihan raya umum tahun 1955, UMNO di bawah parti PERIKATAN telah menubuhkan kerajaan berasaskan perkongsian kuasa. Negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957. 3. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang dianggap kurang berpengalaman. Dua belas tahun selepas merdeka, kita diuji dengan rusuhan kaum yang mengancam keutuhan negara. Alhamdulillah, berkat dari permuafakatan dan semangat kerjasama yang jitu, segala rintangan berjaya diatasi. Titik hitam tersebut menjadi satu tauladan, memberi pengajaran paling berharga bahawa perpaduan kaum haruslah diperkukuhkan dan segala kelemahan haruslah diatasi. 4. Berikutan tragedi ini, Kerajaan telah memperkenalkan tiga pendekatan utama. Rukun Negara diperkenalkan sebagai ideologi negara bagi mengukuhkan perpaduan demi keutuhan tanah air. Dasar Ekonomi Baru dirangka bagi memajukan ekonomi berasaskan pertumbuhan pesat dan pengagihan yang adil lagi saksama. Manakala Barisan Nasional ditubuhkan sebagai formula politik paling berkesan lagi inklusif. Tiga pendekatan utama ini telah menyumbang kepada kejayaan, kemakmuran dan survival negara. 5. Kita telah mendapat sokongan majoriti rakyat bagi menubuhkan Kerajaan secara berterusan selama 52 tahun. Rekod cemerlang ini dicapai hasil dari kepimpinan yang bijaksana serta komitmen parti-parti komponen dalam BARISAN NASIONAL. Rekod cemerlang ini adalah hasil dari kebijaksanaan UMNO menjalin kerjasama dengan kaum-kaum bukan Melayu berlandaskan budaya muafakat dan berkongsi kuasa. Rekod cemerlang ini dicapai atas gagasan gerak kerja yang realistik lagi pragmatik; gerak kerja yang mengutamakan agenda pembangunan negara dan agenda kesejahteraan warga. PENCAPAIAN 50 TAHUN [full speech here]

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai