Friday, November 16, 2007

Murid tahun enam mula kayuhan 2,061km

aku rasa part result dia tu tak payah la ckp. aku teringat ada sorang student ni, dia selamatkan budak2 sekolah dari hanyut kat Perak. Dia dpt bravery award dari Readers Digest, & result dia tak bagus pun surat khabar tulis. Kesian that girl. wallahualam p/s - aini, ko takmo join ke?? //web mod SOURCE: Utusan Online Oleh SUWARNI MOKHTAR PULAU PINANG 15 Nov. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun hari ini memulakan kayuhan untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pengayuh basikal termuda mengelilingi Semenanjung sejauh 2,061 kilometer (km). Farah Aina Abdul Razak, memulakan kayuhannya dari Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana, Bayan Lepas di sini menuju ke Sungai Petani, Kedah dan dijangka meneruskan perjalanan selama 23 hari bagi mencatatkan rekod itu. Pelepasan Farah Aina dari sekolah tersebut dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung, Ir. Mansur Musa dan dia turut diiringi oleh empat rakannya dari Persatuan Berbasikal Barat Daya hingga ke Jeti Pangkalan Sultan Abdul Halim. Bagaimanapun kanak-kanak itu yang memperoleh 2A, 2B dan 1C dalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak sempat melihat keputusan peperiksaannya. Farah Aina ketika ditemui berkata, dia berhasrat mencipta rekod tersebut kerana ingin membuktikan murid perempuan juga mampu melakukannya selain menguji kebolehan diri sendiri. [full article]

4 comments:

bola2api said...

2061km? aku kena berenti keja la camni..

kalo buat 100km sehari.. takes at least 21 days.. buleh kot.. it's do-able..

route dia camner? kawasan bukit bukau ker flat jer?

Anonymous said...

kesian budak ni, kecik2 dah jadi bahan propaganda.
Dahlah kena kayuh beskal satu semenanjung. Tu pun mak bapak dia kasik. Dan datuk2 pun meraikan lagi, apa tak pikir ke budak tu kecik lagi. Ish ..ish...ish..apa nak jadi la..

[web-mod] said...

ada gerik - jeli tu... yg lain tu aku rasa not that extreme.. tapi kalau dah 2000 km... tak kira la flat ke, curam ke, semua letih..

bola2api said...

kalo tak larat, tolak jer beskal tu.. jgn malu-malu hehehe

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai