Tuesday, November 06, 2007

Ucapan Nik Aziz di ECER - Tazkirah Mursyidul Am PAS kepada Presiden Umno

Bismillahir Rahmanir Rahim "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Maksud Surah An Nahl: Ayat 90). Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan isteri; Yang Amat Berhormat Dato' Sri Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang; Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Besar Terengganu; Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor; YB Dato' Seri Mohd. Effendi Norwawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet; Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri; Dif-Dif Kehormat; Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Alhamdulillah. Dengan seizin Allah S.W.T., sekali lagi kita dapat menghirup udara nyaman pada hari ini. Ini menandakan betapa kita masih terus dilimpahi nikmat dengan rahmat dan inayah dari-Nya untuk sama-sama menyaksikan pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi Negeri Kelantan. Sesungguhnya pelancaran ini boleh dijadikan titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua belah pihak dalam berkongsi anugerah Allah S.W.T. yang dilimpahi-Nya kepada kita semua baik di Kelantan atau negara Malaysia pada amnya yang sama-sama kita kasihi selama ini. Bahkan, ia adalah detik bersejarah yang mengesahkan lagi penerusan wujudnya jalinan kerjasama akrab sekian lama khususnya sejak 17 tahun negeri ini diperintah oleh Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini. Tanpa pertukaran apa-apa, pelan yang bakal dilancar dan dilaksanakan nanti tidak memerlukan apa-apa perubahan nakhoda. Kapal boleh berlayar dengan matlamat yang tidak berganjak yakni memakmurkan bumi Allah dengan segala ikhtiar yang tidak menyalahi syariat Ilahi. Dalam semangat ini, mewakili Kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan YAB Dato' Seri Perdana Menteri. YAB Dato Seri dan sidang hadirin yang dihormati sekalian, Tugas pemimpin laksana dasar Allah Ayat Al-Quran yang baru saya baca dalam muqadimmah tadi biasanya dibaca di atas mimbar Jumaat, saya membacanya pada hari ini di atas mimbar masyarakat. Di rumah Allah kita menjadi imam dan makmum, manakala di luar rumah Allah kita disebut pemimpin dan rakyat. Orangnya masih sama. Khutbah dalam masjid menerangkan dasar-dasar Allah manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar Allah. Setelah 17 tahun saya diamanahkan untuk memimpin Kerajaan Kelantan dengan dasar Al-Quran Nul Karim sebagai Kalamullah, termasuk ayat yang saya baca sekejap tadi, petang ini saya dan Kerajaan saya seakan-akan terasa akan adanya perubahan baru. Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin negara. Alangkah manisnya hidup kiranya insan yang sengaja diciptakan Allah Azzawajalla dengan berlainan watak dan kerenah ini boleh patuh kepada ketetapan azali sejak Nabi Adam alaihissalam lagi. [full article here]

2 comments:

Anonymous said...

Fuuhhhh, jauh giler apa yg Tok Guru actually cakap ngan apa yg kuar kat paper. Bila kuar kat paper, bab memuji PM je yg ada, yg lain censored. So alkisahnya bila orang baca mainstream media, mesti ingat yg Tok Guru bunyinya macam support PM kita and govt sekarang, sedangkan ucapannya penuh isi tersurat dan tersira yg memang tajam.

[web-mod] said...

few key notes.
1. Saya sedang berada di sebuah pentas buat pertama kalinya dengan pemimpin negara.
2. Seperti yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri sejak 10 tahun lalu, kami masih merayu agar gas dan minyak didaratkan di Pantai Senok.
3. Hanya inilah kali pertama saya diberi kesempatan untuk berucap di majlis yang dihadiri oleh YAB Dato' Seri Perdana Menteri. Apapun jua, syukurlah. Saya mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
4. Kenapa takde live kat TV? Biasa kalau PM pergi majlis perasmian, mesti ada live, tak kira la siang, malam, tengah malam....Nak kata tak cukup channel, ASTRO kan ada (or macam2 ada).. wallahualam

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai