Wednesday, January 31, 2007

Kalo rasa2 nak dera badan

Hi all.. ada 2 events best for March insya allah.. tapi ini event mendera diri la.. kalo nak datang tengok n cheer pun buleh.. no hal punya. 1. Larian Terowong SMART Date: 11 March 2007 Venue: Pejabat Urusan, Sya. Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd. Jalan Davis off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Reporting: 6.30am Start time: 7.30am Distance: 14km Closing date: 5 March 2007 Entry fee: RM10.00 The route: 2km is to be run on road before entering the tunnel,inside the tunnel you run 6km and make a U turn at the end of the tunnel to cover another 6km. More Info: click here Form: click here 2. KL International Marathon 2007 Date: 18th March 2007 (Sunday) Venue: Start / Finish - Dataran Merdeka (Independence Square) More Info: click here Ada berani? (parithilton.n0thinginthisw0rld)

kepada contributorS

blogger dah di-Beli oleh google.com, jadi korang kena register pakai gmail account. kalau korang takde account lagi, bleh le email kat saya & saya invite... sesapa yang nak jadi contributorS pun bleh email saya, nanti saya + mekacih...

Tuesday, January 30, 2007

-----futsal------cancelled-----

memandangkan geng2 kita semua sayang nak kasi pecah lemak maka terpaksalah di-kensel futsal... pihak penganjur memohon maap atas segala kesulitan yang dialami... mekacih

:::TAGBOARD:::

aku jumpa satu tagboard.. baru happening sket... enjoy!

Thursday, January 25, 2007

Kisah 503

Buat pertama kali, muncul di sini untuk berkongsi cerita. Ini, aku tuliskan khusus buat rakan-rakan sekelas. Adapun, entri ini pernah aku tuliskan beberapa tahun yang lepas (sekitar 2001). Maka, ayat pun macam budak-budak jugalah kiranya. Mengenang kembali kisah lama, terfikir juga, betapa jauh sekali jalan yang kita tinggalkan. Hinggakan di suatu ketika, ada juga di antara kita sudah pun menjauh dan hilang terus dari pandangan mata buat selamanya. [+] Aduhai, apa khabar kawan-kawan? Lama sungguh tak dengar berita ya? Azree: Budak Sarawak yg aku suka dengar bila dia bercakap- "kamek-kitak". Ketua kelas form 4. Ingat lagi masa dia pengsan dalam makmal waktu kelas Biologi. Terkejut kami! (Selamat Pengantin Baru) Rozaini: Budak yang agak 'cool' suatu ketika dulu! Pernah menjadi ketua kelas semasa form 5. Aris: The tallest guy in the class. Masih ingat lagi Aris secara tiba-tiba menjadi perhatian kerana mendapat markah tertinggi dalam ujian Matematik yang pertama dalam kelas kita. Imran: Jejaka yang sentiasa membuatkan orang lain rasa gembira dan ingin ketawa. Semakin dia serius, semakin ingin ketawa orang dibuatnya. Dan orangnya suka menyanyi, dan ada bakat - ingat lagi masa dia nak bertanding jawatan BIRO SEBARAN AM, promosi melalui suara dia. Dan sebuah lagu pernah didendangkan sebelum pulang beraya di dalam dorm (semasa roll-call). Shahril: Orangnya besar. Tinggi. Macho. Nik Fahusnaza: Jejaka yang boleh dikategorikan sebagai jejaka popular dan menjadi idaman ramai. Hahaha. Dinobatkan sebagai Ketua Lembaga Pengawas Maktab, menambahkan lagi sahamnya. Jefferi: Seorang yang kreatif, suka sangat melukis kartun. Mungkin tanda dia sedang boring atau terdesak untuk mengekpresikan nalurinya melalui lukisan. Firdaus @ Dos: Dulu dia ini pendiam sangat. Susah betul ingin mendengar suaranya. Namun begitu bukan mudah untuk bertemu dengan orang sebegini - begitu rajin. Fauzi: Sebut saja namanya, pasti akan dikenali oleh semua orang. Sudah tentu amat disenangi kerana karektornya. Seorang yang cukup artistik dan suka melagukan irama evergreen. Fadly: Pada mulanya, dia agak serius. Masuk tahun berikutnya, dia suka ketawa dan buat lawak. Harizal: Suara dia dalam-very deep. Muka dia serius dan renungan dia tajam, sampaikan sesetengah orang menjadi takut untuk berurusan dengannya. Tapi, baik hati orangnya. Shamsul Rizal: Otak yang gila-gila. Selalu saja bersama kawan-kawan dia untuk buat lawak. Naguib: Waa, the 'tough' and 'macho' guy in the class! hehehehe. Yazid: A nice guy dan suka buat lawak...miss him all the way (Al-Fatihah) DJ: Seorang yang sukakan budak-budak. Dan sudah pun berjaya mengejar impiannya sebagai doktor. Caya la Dr DJ! Shihan: Dia yang terror main tenis, terror main chess, terror Add Maths dan juga Ketua PBSM 95! Azrina: Gadis yang paling susah untuk mendengar suara emas dia. Seorang yang cukup baik hati. Kak Sue @ Suhaliah: Gadis yang cute, walaupun kecil tapi pandai bersyarah dan memasak. Bersopan santun sekali. Ziba: Budak perempuan yang paling tinggi di dalam kelas dan antara yang tinggi di maktab ketika itu. Suka sangat menyanyi dengan segala lagu Mariah Carey. Masihkah ingat lagi sewaktu bergaduh tentang isu 'telur masin' dan 'keju'. Aeriza: Kalau cakap, very sexy! Ada gaya yang tersendiri. Kak Ayu: Seseorang yang pandai mengambil hati. Very open and understanding! Layak benar digelar sebagai 'kakak' di kelas kami. (Al-Fatihah) Suriati: Anak Pengetua kami! Orangnya baik, suka senyum dan beri nasihat. Berkepimpinan seperti ayahnya juga! Fariny: Seorang rakan kongsi gelak dan lawak. Macam-macam lawak bangang yang telah dicipta bersama dia. Benda yang tidak lawak pun menjadi lawak. Sumber rujukan English dan sering mendapat pujian guru kelas English kami. Wan Hafiza: Kalau gelak, mesti mahu gelak bersama. Rakan kongsi Fariny untuk membuat lawak bangang antarabangsa di dalam kelas bagi menghilangkan kebosanan. Ingat lagi, semasa pilihanraya maktab berlangsung, kami bertiga pun ada buat kempen pilihanraya wakil kaum kat kelas. Indon, Boyan dan Tasaday. [+] Dan kini, masa terus berlari membawa kesemua kita pada arah yang berbeza. Dalam kehidupan yang tersendiri. Moga kejauhan tidak membawa bersama kemesraan yang pernah kita jalin suatu ketika dulu. Dan, pada yang tiada, samalah kita mendoakan agar sentiasa dirahmati Allah.

Sunday, January 21, 2007

ANSARA Taiping dikecewakan pada penentuan penalti Piala Alumni 2006

Perlawanan hebat yang bermula dalam hujan lebat (lepas tu aku tak tau, balik.. anak dah ngamuk), berkesudahan dengan ANSARA KT layak ke perlawanan akhir. ANSARA Taiping kecewa pada sepakan penalti setelah keputusan seri tanpa jaringan sehingga akhir masa perlawanan. Laporan lanjut sila rujuk ke www.ligaalumni.com :D Korang2 juga diajak menyertai blog ANSARA Taiping di www.actorg.com.

Friday, January 19, 2007

PERUBAHAN TEMPAT!: ANSARA TAIPING vs ANSARA KT (SEMI-FINAL LIGA ALUMNI)

Ada perubahan tempat, pada saat-saat akhir oleh pihak penganjur. TEMPAT: PADANG MSN BUKIT JALIL, masuk ikut Gate C. MASA: Sepak mula 5:15ptg. Ape2 masalah seperti tak jumpa tempat, boleh call Madun (Senior kita) 012-3005913, Azraf 017-2125700 or Ihsan 019-6951688 Terima kasih

HAMPERS FOR SALE

Kalau ada sesapa yang berminat nak beli or company korang nak beli hampers untuk Chinese New Year bleh la call handphone saya 019 - 695 1688 atau email ihsan.hasbullah@gmail.com. Pakej hampers ada 3 harga, RM200.00, RM250.00 & RM300.00 Kalau nak tau lebih lanjut sila call saya personally or email. Missed call pun boleh, nanti saya call balik. Thank you... Ihsan & Dr Yasmin

Tuesday, January 16, 2007

..FUTSAL..

ada plan nak start buat futsal & now dah ada date & place tempat: sportscity, PJ ATAU sports village, bukit jalil tarikh: 3 febuari 2007 hari: sabtu jam: 8 malam nak tau pasal tempat tu, lawat laman ni sports village, bukit jalil sportscity, pj kalau nak main pls letak nama dlm comment.. KALAU BOLEH NAK CONFIRM HARI JUMAAT NI (19 JANUARY 2007) SEBAB NANTI TURF FULLY BOOK.

from TagME! webmaster....

Dear Ihsan Hasbullah,

You may have noticed that TagMe! is no longer viewable on your site/blog.

I'm sorry to annouce that the current hosting has blocked my account, and I'm in a process of transferring to a new hosting company. The process might take at least 1 week to finish. I also afraid that TagMe! won't be available at all during those time.

Feel free to contact me on this email if you have any query.

"Sorry for the inconveniences caused"

Kind regards, Webmaster of mohdimran.com

Monday, January 15, 2007

tribute to Tuan Nurul Akmar AKA kak ayu 503

by FizA 503 A'kum sumer, Rasanya sumer org dah maklumkan pasal berita sedih nih. Kak Ayu, our dearest sister also the founder of this yahoo group telah pun kembali ke rahmatullah on last Saturday night 8.30 (19-02-2005). rasanya baru lagih dia ade hantar email kat kita. Aku baru check tadi,email yg terakhir dia hantar on 17-01-05 kira2 sebln 2 hari sblm pemergianya. I couldnt imagine what was her condition masa dia hantar email tuh. Aku rasa guilty sgt sebab aku mmg tau dia kena breast cancer early last year from norsurayahine 502. Kebetulan Anie was a doctor kat HUKM masa tuh ,di mana kak Ayu mendapatkan rawatan dan dia pun ade involved sesket dgn operation kak ayu tuh. Aku just shared berita sedih ni dulu dgn ziba and fariny jer sbb according to Anie, arwah was still in denial state dan kalau boleh tak nak org lain tau. After discussed with ZIba and Fariny,we decided to keep quiet dan adelah merancang utk melawat arwah one day. Tapi ckp jer..tak pergi pon sampailah terima berita yg dia dah meniggal..Terkilan sgt rasa... Aku ingat lagih, early last yr..masa kita dgn aktifnya beremail2 ,bergelak ketawa tapi sbrnya masa tuh lah kak ayu tgh menjalani operation...Aku tak berani nak berciter kat korang pasal berita nih.I'm very sorry for that. Tak silap aku,aku ade try called her,bertanya kabar kot2lah dia nak bercerita..tapi dia tak cerita pon.So, I made my own conclusion that she was not ready to share the news with us. Tup2 pastuh she came back into our mailing list and did mention yg dia ade cuti sakit,,pastuh once in a while did send us some fowarded emails dan sekali skala mencelah dlm email.So,aku wat assumption yg she is recovered.Tapi hakikatnya, it was the other way round.... Anyway,life goes on..mmg mati itu pasti. hanya masa dan saatnya sahja belum kita ketahui.Semoga arwah Kak Ayu dicucuri rahmat dan berbahagia disana.Marilah kita sesama doakan utknya , seandainya ada sebarang hutang atau kesilapan yg arwah lakukan dulu,marilah kita sesama halalkan dan maafkan. Al fatihah.

Sunday, January 14, 2007

ANSARA TAIPING at Semi-Final Liga Alumni

Kengkawan yang tade plan 20hb ni, jom kita beri sokongan padu kepada pasukan ANSARA TAIPING, yang telah melayakkan pasukan ke peringkat akhir Piala Alumni 2006. Tarikh: 20 Januari 2007, 5:15pm Tempat: Padang MSN Bukit Jalil (masuk melalui Gate C) Link ke Website Piala Alumni: http://www.ligaalumni.com/ligaalumni?cat=29 Apa kata kita buat simple gathering kat sini, sambil memeriahkan perlawanan! Keterangan lanjut, hubungi: Madun @ 012-3005913, Azraf @ 017-2125700..

Friday, January 12, 2007

wedding azree 503

azree sekarang kerja as pharmacist kat pharmaniaga, sarawak... congrats to both of you!
(gambar ehsan dari nurina)

Wednesday, January 03, 2007

Saliza - NAWEM award

[email from jep sakedan]

Assalamualaikum Sahabat semua

Saya dengan rendah diri nak menjemput semua rakan2 sekeluarga datang umah saya ari sabtu ni.. nak buat sedikit jamuan dan bacaan yasin+tahlil sempena masuk umah. Agenda mula pukui 2.30 petang dengan bacaan yasin dan tahlil lepaih tu kita bole menjamu selera.

Terima kasih in advance sebab sudi datang.

address: No 18, Lorong Perda Timur 9, Bandar Perda, Penang {klik kat sini utk info Bandar Perda}

Jefferi 012-4097210

{klk kat sini utk peta}

sKo 507

sko sekarang kerja shell cyberjaya dept IT. Nama wife: Siti Firdaus bt Hamsah nama anak: Syazreen Humairah bt. Syahrul Azni (sko akan update dianye intro later...)

>>>gaMbar<<<

sesapa yang pergi kenduri kawin kengkawan tu bleh la hantar gambar kat blog utk tatapan kengkawan... yEop ada buat 17/12, skem 10/12, & aku jumpa nurizam kumar kat MPH one utama semalam.. dia kata baru 3 minggu kawin... tahniah bRo...

--- birthDay ---

JaNuaRy aNuar - 1St nALin - 3rd YeOp - 3rD nuRina - 10tH hEzRiN - 9th aInI - 29th kalau ada lagi pls update... tQ
..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai