Tuesday, April 03, 2007

Ramai lulusan perubatan tidak jadi doktor

Source: Utusan Malaysia 3 April 2007 PUTRAJAYA 2 April – Sebanyak 150 pelajar atau 10 peratus daripada 1,500 siswazah perubatan yang menamatkan pengajian mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kerjaya sebagai seorang doktor perubatan bertauliah pada setiap tahun. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, keputusan tersebut dibuat kerana mereka tidak menyangka kerjaya sebagai seorang doktor bertauliah memerlukan komitmen yang mendalam, selain tekanan kerja yang teruk. Beliau berkata, ia juga mungkin disebabkan faktor usia di kalangan pelajar berkenaan yang terlalu muda ketika mereka berjaya menamatkan pengajian perubatan masing-masing. ‘‘Keputusan tersebut dibuat selepas pelajar berkenaan melalui latihan praktikal di mana-mana hospital atau klinik kesihatan milik kerajaan seluruh negara. ‘‘Ini kerana semasa latihan berkenaan, para pelajar didedahkan dengan suasana dan budaya kerja seorang doktor walaupun belum ditauliahkan oleh kerajaan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Penggunaan Kemudahan Kesihatan di Hospital/Klinik di bawah Kementerian Kesihatan antara kementerian itu dengan Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Allianze College of Medical Science (ACMC) di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Naib Canselor UM, Prof. Dr. Amin Jalaluddin; Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Datuk Dr. Lokman Saim dan Pengerusi ACMC, Datuk Dr. Zainuddin Wazir. Dr. Abd Latiff memberitahu, walaupun peratusannya itu tidak begitu serius tetapi tindakan pelajar berkenaan dilihat telah mempersia-siakan sokongan dan bantuan yang kerajaan berikan sepanjang tempoh pengajian mereka. ‘‘Tetapi jika keputusan itu dibuat sebelum atau semasa pengajian, kita mungkin boleh menggantikan tempat mereka dengan pelajar lain yang berminat,” katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, kementerian menyambut baik langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendedahkan bakal pelajar perubatannya terhadap suasana kerja seorang doktor selama tiga hari yang bermula tahun lalu. Ini kerana, tambahnya, bakal pelajar perubatan perlu memahami budaya dan suasana kerja seorang doktor sebelum meneruskan pengajiannya itu. ‘‘Kita mahu pelajar perubatan yang benar-benar mahu menjadi seorang doktor dan bukannya mereka yang sekadar dipengaruhi oleh desakan pihak lain,” katanya.

5 comments:

bola2api said...

lain kali sebelom jadi doktor, tengok la citer ER ker, Greys Anatomy ker...

nasib baik aku tarik diri sebelom terlambat.. phew..

Anonymous said...

haha, true story.. masa member2 kita interview for medical school in UK (course lain biasanya takde interview kecuali cambridge & oxford) sapa jawab i'm keen to do medicine because i watch ER kena bambu abes ngan interviewer...

kalau kat edinburgh uni, one assignment kena tengok ER.. maybe this is what they called integrated learning...

aku sokong gomen buat new rules, sapa nak buat medic kena p spital for 3 days.. tengok darah, tengok working environment, ask the expert about being a dr... so that later they wont regret or do half way.

and TABIK to nadiah the previous SPM achiever kata dia nak jadi pharmachist! at least someone who succeed in SPM won't do medicine. (ok, its health related). Harap2 in the next few years ada high achievers nak jadi ID, businessman/woman or anything but medic. If they do, I hope they really understand and aware what lies in front of them...

bola2api said...

actually kan.. satu-satu benda tu memang la kita buleh belajar n jawab soalan dgn tepat. tapi adakah kita buleh buat praktikalnya pulak?

for me, last time, I knew I can study for the exams n all. But during the first summer holiday, aku try pegi hospital, tengok working environment. kaki yg kena gangrene pun aku tak mampu nak tengok.. masuk labour room yg ada 4,5 orang tengah bersalin pulak, aku hampir pitam.. haha.. that was the turning point for me. It got me thinking, am I cut out to be a doctor? maybe the compassion bit I can do.. but the gory stuff??

So I decided to change before it's too late. alhamdulillah it was the best choice that I've made.

kepada kwn2 yg memilih medic, aku mmg respect n tabik kat korang semua sbb korang tabah n buleh hadapi semua tu..

ishak said...

tak ingat ke cikgu warden/chemistry kita tuu..

bola2api said...

mohdzir

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai