Thursday, November 05, 2009

Wang Ihsan Untuk Kelantan

Terbaca dalam local newspaper pasal isu nih, dan antara statement menarik dari PM kita:

1- "Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk memberikan wang ihsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan. Perdana Menteri berkata, pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan." - Utusan Malaysia

2- “Oleh itu, Kelantan juga wajar diberikan pertimbangan sama oleh Kerajaan Persekutuan sekiranya terdapat aktiviti pengeluaran petroleum di luar perairan negeri terbabit, sungguhpun dari segi perundangan, Kelantan tidak berhak untuk menerima apa-apa bayaran. Dengan ini, saya dengan sukacitanya memaklumkan Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan menyediakan peruntukan wang ihsan bagi Kelantan, sama seperti Terengganu." - Harian Metro
If Kelantan & Terengganu are the same case, does it sound funny when the Federal Gov. just realised they mistakenly paid the "royalty" to Terengganu goverment after the opposition won the election?

8 comments:

walid lomoi said...

kaya IHSAN bagi duit kat kelantan.. :p

adzimi said...

Hahaha, aku pun tak perasan sampai Syahid mention ni. Kaya Ihsan wei boleh bagi duit kat kerajaan negeri. Moga suatu hari nanti menjadi kenyataan, Amin.. :).

niefeng said...

ihsan bg bukan kat kelantan aje, kat terengganu pun dia bg, kaya kaya, tahu la duk besut, daerah sempadan kelantan teregganu

Smiling Sukri said...

Kerana nama...
Dato Rais Yatim jadi anak yatim selepas daftar surat beranak...

[i] said...

ameeen

Anonymous said...

kesian org2 kelantan, terengganu dilanda banjir. Bukan takda langkah nak mengawal banjir, tapi tak cukup wang nak tambak dan dalamkan sungai. Bila kerajaan negeri yg berduit memerintah pulak, dilaburkan atas projek mega yang tak membantu. Kesian..kesian...semalam dah mati sorang kat terengganu..sapa la nak bertanggungjawab.

adzimi said...

Memang kesian sangat, tiap2 tahun kita dgr benda ni jadi, makin lama makin teruk. Sibuk dgn projek2 mega, pembaziran wang rakyat berbillion2, tiap2 tahun keluar laporan audit kita cuma boleh geleng kepala, sebab tahun depan benda sama gak yg jadi. Alangkah bagusnya kalau duit yg berbillion2 bazir ni dapat buat kat projek2 yg betul2 dapat menaik taraf basic necessities rakyat kita. Tak payah lah nak bercerita jadi negara maju, kalau sedangkan setengah2 tempat pun, air dan letrik masih tak konsisten, yg miskin betul2 hardcore pun masih ramai.

I seriously do fear for how the future will look like for our children in the years to come if this trend continues.

adzimi said...

I read an article in The Malaysian Insider semalam. Mungkinkah suatu hari nanti kita akan menggantikan Phillipines sebagai salah satu negara pengeksport maid terbesar dunia? If we are stuck in the current income, economic and corruption level, while Indonesia, Thailand, Phillipines continues to progress, this is a very real situation that may happen someday.

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai