Pada tengah hari tadi, semasa kawan-kawan sedang enak memakan makanan tengah hari seperti nasi pataya, nasi padprik ayam, nasi kukus kuah banjir dan nasi campur yang dibungkus dalam kertas minyak, saya dan kawan-kawan kaki basikal telah pergi ke The Bike Boutique untuk meninjau-ninjau dan melihat kalau ada apa-apa barang yang buleh kami beli (:P)

Ahli tertua kelab LeTuang sedang bertanya adakah Cervelo dicipta untuk memanjat dinding sepertimana yang ditunjukkan di galeri TBB.

Pemain duathlon nombor satu negara sedang cuba menjahanamkan basikal yang berharga 30 ribu ringgit di ruang pameran TBB

Tangan tak cukup panjang la nak jadi aero :P

"Tokey, tolong bungkus P3C saiz 48 warna Pink seketul. Masuk dalam buku 555, wokay?"
Lesson learned: Adalah amat perit sekali apabila ingin mengambil ukuran tepat untuk memesan basikal baru. Kayu pembaris haruslah ditekan betul-betul di celah kangkang sehingga terasa ke tulangnya. Boleh buat orang jadi mereng seketika :P Mujurlah prosesnya hanya mengambil masa 5 minit
5 comments:
Betul ke kena pakai pembaris kalau nak ukur kesesuaian basikal ni? Uhh... camner tu? Mana gambar kau masa ukur ke pembaris tu aku nak tengok! hihihihi...
hahaha.. gambar terlalu obscene untuk diambil dan dipamerkan. hence, no pictures allowed :P
cervelo ko naik tu brapa juta?
anony,
aku rasa, cervelo yg aku try tu ada dlm 30k kot.. HED wheels depan belakang tu ada kot dlm RM5k sepasang.. belom masuk kos aerobar, seat Selle italia, gear change kat aerobar, clip pedals, etc. framer jer 15k rasanya
Mak aiii..harga basikal dah boleh beli harga proton saga yg baru tu. Gulp! Expensive hobby! I'm glad i'm not crazy about it hehehe.
Post a Comment