Wednesday, May 21, 2008

Peringatan untuk kawan-kawan!!

Sebermulanya cerita semalam aku pergi ke Mines Shopping Centre untuk menyelesaikan dua urusan. Pertamanya, untuk mengambil modem aku yang telah siap diperbaiki dan keduanya mengambil duit RM 60 hasil dari jualan processor pentium lama yang aku dah tak pakai. Processor dan modem telah aku hantarkan ke salah sebuah kedai komputer di sana kira-kira sebulan setengah yang lalu. Akan tetapi, malangnya, modem sahaja yang aku boleh ambil sebab resit untuk jualan processor tu aku dah taktau letak kat mana. Jadi semalaman aku menggeledah, akhirnya malam tadi terjumpalah resit tersebut. Maka, tengah hari tadi aku ke Mines Shopping Centre semula. Sewaktu turun dari tangga, seorang lelaki gemuk berbangsa Cina memanggil aku. Dia menunjukkan sebuah telefon bimbit yang canggih, Nokia N95. Dia kasi aku pegang, belek-belek, "oh, canggih, boleh pakai" fikirku. Kemudian dia minta RM600. Aku katakan padanya aku ada RM100 sahaja. RM300, dia cakap. Aku nak blah. Sekali dia panggil. "Ok, kasi lah." Aku pun bayar RM 100, nokia N95 ni beb..sapa taknak seratus. Lepas aku bayar dia pun ambil telefon tu dan keluarkan simcard dia. Lepas tu aku dan dia pun cau. Balik rumah/opis, sekali tak boleh "ON" daaa.....aku telefon Buncit. Dia pun taktau macam mana nak ON. Akhirnya aku pergi kedai telefon kat belakang opis aku. "Ah, ni dah ramai orang terkena macam ni dik, 300 pun ada dorang bayar. Masuk kau dah dekat 10 orang datang mengadu kat sini.Ni telefon sampel aja. Buat pameran kat kedai telefon. Kalau kau nasib baik pergilah jual balik kat kedai telefon. Harga dia dalam seratus lebih aja. Telefon ni memang macam boleh ON sekali je tu." Aku cakap,"Celaka, anak haram!!". Terkena aku. Takpa..takpa..Allah Maha Kuasa. Allah Yang memberi dan mengambil semahuNya. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku. Murahkanlah rezeki aku. Amin. Pengalaman untuk aku, peringatan untuk kawan-kawan. RM60-RM100 = - RM40.. rugi..rugi... Ini buktinya..

6 comments:

Anonymous said...

Hang ni pun satu..dok pi beli handphone tepi tangga apsal??? Tak pikiaq ka masa tu ni henpon curi ka..apa ka...lain kali jgn pikiaq nak untung aja nooo..

Anonymous said...

Ini cerita yg betul2 berlaku kat kau ke? atau copy paste dr email jer? Aku pernah baca cerita cam ni dlm email/metro (tak ingat kat mana).
Tak nak komen byklah.. sbb aku pun selalu loklak. Thinking too much about sth, tp miss another thing. Harap sabarlah... kesilapan kau buat tak sebesar kesilapan aku book tiket MAS tu! (not refundable or changeable or transferable). Isya Allah... ada hikmahnya tu (ayat penyedap hati).

zen non said...

Terima kasih matyie dengan ayat penyedap hati dan terima kasih juga pada tanpa nama, hehehe.. memang aku terpikir mungkin henpon curik.. tapi tak boleh tahan lah tengok.. murah lak tu..
ni lah akibatnya kalau keluar rumah sekali sekala aja. Apa boleh buat, kan, dah nasib aku..sabar ajalah

niefeng said...

Alahai ini mcm pun ada ka, pes taim aku dgr, tp zaini tak kata kau, kalau aku pun org bg telepon canggih rege 100, boleh kelabu mata kejap. Thanks for the posting, boleh ingatkan org yg belum terkena lagi.

Anonymous said...

Zenoni,

Ingatkan alim, mana tau handphone tu handphone curi. Padan muka...

zen non said...

mana ada alim...biasa aja...just a normal person like you.
kalau dah godaan macam ni pun tak tahan..apa kes? kan?
tu la kan..padan muko den..
pengajaran untuk aku jangan cintakan barang-barang dunia..nanti merana beb..

THE WORLD IS A DECEPTICON

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai