Monday, March 23, 2009

FANTASY POINTS

YAHOO Fantasy Points
Rank Team Points
1 Chikungunya CF 2,267.00
2 YouMustBeatLiverpool1st 2,197.00
3 {KBM} Geng Cakcibor Eleven FC 2,126.50
4 PakLahKuatTido 2,082.50
5 Kera Jadian (KJ) FC 2,080.00
6 FC J'en ai marre 2,031.00
7 Raub FC 1,956.50
8 naz united 1,887.00
9 Korok FC 1,874.00
10 Rempit F.C 1,770.50
11 intertina 1,698.00
12 Lupikirlasendili 1,602.50
13 P11 FC 1,498.00
14 FC Geroda 1,458.50
15 Neu 1,181.00

Tuesday, March 17, 2009

FOLLOWERS

Meh kita ramaikan followers blog ni. Macam mana mau buat? Senang aje, pergi kat [sini]. So far dah ada zaini, hadlynoor & ahmad kamal a.k.a yeop.

Download Al-Quran with English Voice Translation

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim Jazakallahkhairn to the people who make this work possible to be uploaded. Please make duaa' to them and their families so Allah can show His mercy to all of us on the Day of Resurrection.

English Description: The Qur'an Arabic Recitation With Corresponding English Meanings Revised and Edited by Saheeh International Meshary Rashid Alafasy’s Tarteel Recitation with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English Read by Canadian Muslim Ibrahim Walk

Download link

Explanation of the surahs from CD1 to 12.

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 1 of 46]

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 2 of 46]

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 3 of 46]

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 4 of 46]

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 5 of 46]

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 6 of 46]

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 7 of 46]

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 8 of 46]

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 9 of 46]

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 10 of 46]

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 11 of 46]

The Qur'an with a Verse by Verse Reading of its Meaning in English [CD 12 of 46]

Remaining volumes are coming daily, so please register with http://www.islamictorrents.net/ and check for new uploads in the torrent tab regularly. Support islamictorrents.net by whatever means you can. May Allah bestow goodness upon those who promotes good deeds. Ameen.

You can use thunder torrent which is the best torrent software as far as I am concern. Download link..please follow readme.txt properly upon installation.

Monday, March 16, 2009

Calon Wanita IKON 2008

Lima finalis lain ialah Pengarah RZ Motivation (Zhulian), Dr. Rosnani Sabtu, 45, Pengarah Urusan Idaman Pharma, Farshila Emran, 42; Pengarah Urusan NK Laboratories, Norazah Khamis, 43; Presiden Kumpulan Syarikat Eurofine, Ida Rahayu Md. Noor, 38; dan Pengarah Eksekutif Berani Guard, Saliza Abdullah, 31 {manggaonline: baca selanjutnya} ..........

USAHAWAN wanita berjaya, Datuk Azlina Che Abdullah yang juga Pengarah Urusan D'Navechee Beauty (Malaysia) Sdn. Bhd. muncul antara lapan finalis Anugerah Wanita Ikon 2008.

Beliau yang tersenarai sebagai 20 calon separuh akhir Wanita Ikon tahun lalu, kini bersaing merebut gelaran itu di samping tujuh wanita lain.

Antaranya, Ketua Pegawai Eksekutif Nineteen O One Sdn. Bhd. (1901), Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin; Pengarah Urusan Leesa Formula Sdn. Bhd., Che Muna Din dan Pengarah RZ Motivation Sdn. Bhd., Dr. Rosnani Sabtu.

Lain-lain finalis terdiri daripada Pengarah Urusan Idaman Pharma Sdn. Bhd., Farshila Emran; Pengarah Urusan NK Laboratories Sdn. Bhd., Norazah Khamis @ Atan; Pengarah Eksekutif Berani Guard Sdn. Bhd., Saliza Abdullah dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Eurofine, Ida Rahayu Md. Noor. {utusan online: baca selanjutnya}

Pagi di UMT

tq to kak yani 502 for sharing

Saturday, March 14, 2009

CONGRATS TO KASNOR 505

As per kasnor sms
"Alhamdulillah, Anak ke 3 kami, lelaki, selamat dilahirkan pada 4:15am, 12 Mac 09."

Tuesday, March 10, 2009

Sumbangan anda diperlukan

Assalamu'alaikum kawan-kawan sekalian,

Seperti mana yang anda sedia maklum melalui entry dari Webmod bertajuk "Takziah Buat Fajare 503", salah seorang dari kawan kita iaitu saudara Fajar (ex-503) baru kehilangan anakanda kesayangannya pada hari Jumaat lepas di Glasgow, Scotland. More stories can be found at Fajar's blog here.

Pada awal pagi Jumaat lepas lebih kurang pukul 12:15am, aku baru aje terlelap tidur semasa aku dapat SMS ni dari Fajar,

"Nik, Amir dlm keadaan yg kritikal skrg..."

Aku yang selalu mengikuti kisah dugaan Fajar ni melalui blog dia sejak sekian lama, tiba-tiba terasa lain macam dengan SMS kali ni.

Pada sebelah malamnya pula, lebih kurang pukul 9:15pm masa aku kat dalam bas dari JB ke KL, aku dapat SMS ni pula;

"Salam Nik. Amir Yusof lebih disayangi dan kini pulang ke pangkuan-Nya jam 12:51pm waktu Glasgow. Al-Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat sentiasa.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun.

Bermakna, aku dapat SMS tersebut dari Fajar lebih kurang 25minit selepas Amir Yusof menghembuskan nafasnya yang terakhir, kalau tak silap perkiraan aku. Sedih memang sedih. Mengenangkan kawan baik aku yang kehilangan anakandanya yang tersayang, dalam keadaan jauh dari keluarga, jauh dari kawan-kawan, tak dapat aku bayangkan keadaan sebenar yang dihadapi.

Mereka yang pernah berpeluang untuk menempuh hidup beberapa tahun di UK sebagai student, mesti tau sangat betapa susahnya dan besarnya dugaaan kat sana, especially dari segi kewangan. Berbekalkan kuasa batteri henpon aku yang dah 50% pada masa aku dapat SMS dari Fajar tu, aku contact kawan-kawan baik untuk memaklumkan berita sedih pasal Fajar. Aku call kawan2 bermula dengan Ihsan, DJ, Amyzaddin, Adzimi, Daus, dan beberapa kawan yang lain, lepas tu aku SMS pulak beberapa lagi kawan lain yang jauh dan dekat, until my handphone went dead sebab dah habis batteri.

My message to them was, "Geng, kawan kita dilanda musibah kat tempat orang. Dan aku tau financially he might be having some difficulties now. Selain dari doa dan al-Fatihah, apa kata kita cuba collect sumbangan sikit dari kawan2 tepeng semua melalui blog ni?", to which they all agreed. Alhamdulillah.

Thanks to DJ, I got Fajar's Maybank account number the next day.

So, to all reading this blog now, this is my message to you:

Walaupun aku tau dia terbeban dengan berbagai-bagai kesulitan kat sana, Fajar tak pernah sekali pun mintak tolong dari aku dalam hal ni sampailah ke saat ni. Habis-habis pun, dia akan SMS je kat aku untuk bagitau masalah yang dia hadapi, dengan harapan agar lebih banyak doa yang dipanjatkan. Beliau seorang yang tabah dan sangat susah nak dengar dia mintak tolong dari kawan-kawan. Itulah Fajar yang aku kenal sejak dari zaman kat Taiping lagi.

Sebagai salah seorang kawan baik kepada Fajar, aku dengan rasa rendah hati ingin meminta jasa baik kalian sahabat-sahabat semua untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan kepada Fajar. The reason why I was looking for Fajar's account number is that korang semua boleh transfer directly to him, tak perlu lalu orang tengah langsung. Fajar juga takkan tau siapakah dermawan-dermawan di kalangan kita yang telah membantu sebab yang akan tertera pada account dia hanyalah jumlah yang dipindahkan.

To my knowledge, this is the best way we can direcly help Fajar yang mana hanya korang tau apa dan sebanyak mana yang korang telah sumbangkan. Bukankah sebaik-baik sedekah ialah yang mana tangan kanan memberi sedang tangan kiri tidak mengetahui? Semoga kehikhlasan kita semua akan sampai ke 'langit'.

Below is Fajar's Maybank account number (click image for larger view):

I'm sorry for I only have his Maybank's number. So, for those who do not have Maybank account and still wish to donate, hope you don't mind calling up your bank to ask how could you do the inter-bank transfer. Zaman canggih macam sekarang ni, you just need to ask.

Besarlah harapan aku kalau korang semua sudi membantu Fajar sedikit sebanyak. Juga, harap dapat di war-warkan kepada kawan-kawan lain yang jarang jengok blog kita ni supaya diorang tau dan at least, diorang boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Amir Yusof bin Nurul Fajar.

Dengan penuh rasa rendah diri, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kalian para dermawan sekalian. Semoga keikhlasan korang semua akan diganjari Allah pahala yang tidak berbelah bahagi.

Minta mengundurkan diri, wassalamu'alaikum.

Yang benar,
Nik Fahusnaza
(ex-503, Maresmart94/95)

KENANGAN DULU

"satu dua tiga empat, silalah jawab dengan cepat"
Pantun dua kerat dari Jigon semasa dia jadi MC perlawanan pantun antara kelas. Masa ni tgh tunggu jawapan dari salah sorang peserta (aku lupa kelas mana). Lepas pertandingan ni, cikgu buat rules MC tak boleh berpantun!!! hehehhehe

Monday, March 09, 2009

SIREH PULANG KE GANGGANG KEMBALI LAGI

Untuk sesiapa yang berminat menyertai Program Sireh Pulang ke Ganggang (SPKG) 2009 boleh lah 'lock your diary'.

Tarikh: 4 - 5 Julai 2009
Hari : Sabtu & Ahad

Tempat: Ada sebuah sekolah di kaki Bukit Larut, Taiping... dekat2 dengan the famous Taman Tasik Taiping

Tentative blom kompem lagi. Nanti aku updates kalau commitee dah agreed.

Sunday, March 08, 2009

WHITE PAPER FROM ANSARA CAW. TAIPING

ACT bercadang untuk mengendalikan satu program untuk adik-adik kita di maktab. Kalau ada cadangan bley hantar kat laman actorg.net Bley upload white paper kat [sini]

Saturday, March 07, 2009

Takziah buat Fajare 503

Setiap yang datang pastinya akan pergi.

Amir Yusuf bin Nurul Fajar telah menghembuskan nafas terakhir jam 12:51 tengah hari waktu Glasgow, Scotland (8:51 malam waktu Malaysia) pada 06.03.09, hari Jumaat.

Amir Yusuf tidak berpeluang untuk menghirup udara segar Glasgow. Sejak dilahirkan Amir Yusuf ditempatkan di wad kanak-kanak. Si kecil ini juga telah menjalani bermacam-macam pembedahan untuk membetulkan keadaanya.

Dari blog Fajar (http://www.fajaril.net/blog), setiap masa terluang Fajar & Isteri akan dihabiskan dengan melawat Amir di hospital. Korang boleh baca & tinggal pesanan kepada Fajar dengan melayari laman web di atas.

Aku dan Nik Fa sedang mengusahakan mencari akaun bank Fajar untuk sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Fajar.

Al-Fatihah untuk Amir Yusuf bin Nurul Fajar. Isya Allah, Amir Yusuf akan menanti kita di pintu syurga...

Thursday, March 05, 2009

Focus on Problems or Focus on Solutions?

This is an urban legend about US/Russia sending their asronaouts to outerspace.
When NASA began the launch of astronauts into space, they found out that the pens wouldn't workat zero gravity. (Ink won't flow down to the writing surface) In order to solve this problem, they hired Andersen Consulting (Accenture today). It took them one decade and 12 million dollars.They developed a pen that worked at zero gravity, upside down, under water, in practically any surface including crystal and in a temperature range from below freezing to over 300 degrees C.
The Russians used a pencil...
p/s: What you think about our "Outsmart Tunnel" ?

Smart Tunnel Facts

The "Stormwater Management and Road Tunnel" or "SMART Tunnel", is a storm drainage and road structure in Kuala Lumpur, Malaysia, a major national project in the country. It is the longest stormwater tunnel in South East Asia and second longest in Asia.The main objective of this tunnel is to solve the problem of flash floods in Kuala Lumpur and also to reduce traffic jams along Jalan Sungai Besi and Lok Yew flyover at Pudu during rush hour. There are two components of this tunnel, the stormwater tunnel and motorway tunnel.
It is the longest multi-purpose tunnel in the world. It begins at Kampung Berembang lake near Klang River at Ampang and ends at Taman Desa lake near Kerayong River at Salak South. The project is led by the government, including Malaysian Highway Authority (LLM) and the Department of Irrigation and Drainage Malaysia (Jabatan Pengairan dan Saliran = JPS) and also a company joint venture pact between Gamuda Berhad and Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC). Construction of the tunnel began in 25 November 2003.
Two Herrenknecht's Tunnel Boring Machines (TBM) from Germany were used, including "Tuah" on north side and "Gemilang" on south side. On 11 December 2003, the 13.2 m diameter Mixshield TBM, Tuah, completed a 737 m section after 24 weeks of excavation. By the end of January 2004, Tuah would start a second drive covering a distance of 4.5 km to Kampung Berembang lake. A second TBM, Gemilang, has bored 350 m since getting underway in August 2004. Operated by Wayss & Freytag of Germany, this second Herrenknecht's TBM would drive 5.3 km in the south of the city to Taman Desa lake.
On 22 April 2006, the Gemilang's TBM completed digging on the south side at the Taman Desa outfall, while the Tuah's TBM completed digging in the Kampung Berembang area in 2 April 2007.The motorway sections on the SMART system was officially opened at 3:00PM, 14 May 2007, after multiple delays.[1] [2]Meanwhile, the stormwater sections on the SMART system began operations at the end of June 2007.
TECHNICAL SPECIFICATION
Stormwater tunnel
Construction cost: RM1,887 million (US$514.6 million)
Stormwater tunnel length: 9.7 km (6.0 mi)
Diameter: 13.2 m (43.3 ft) (outer diameter)
Tunnelling method: Tunnel Boring Machine (TBM) TBM type: Slurry shield
Motorway tunnel
Motorway tunnel length: 4 km (2.5 mi)
Structure type: Double Deck
Ingress and egress: 1.5 km (0.93 mi) at Jalan Sultan Ismail and Jalan Imbi
Length: 1.4 km (0.87 mi) at Jalan Tun Razak
Links: 1.6 km (1 mi) at Kuala Lumpur-Seremban Expressway
Links: City Centre near Kg. Pandan Roundabout KL-Seremban Expressway near Sungai Besi Airport

Rezeki trak penunda

KUALA LUMPUR: Banjir kilat di beberapa kawasan sekitar ibu kota kelmarin umpama `durian runtuh’ kepada pengusaha trak penunda apabila beratus kenderaan tenggelam dan rosak dalam kejadian itu terpaksa ditunda untuk dibaiki.Tinjauan Harian Metro semalam di Jalan Rahmat berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mendapati deretan trak tunda menunggu pelanggan di luar parkir terbuka dan tertutup di kawasan yang teruk terjejas dalam banjir kilat kelmarin.Beberapa pengusaha trak penunda ketika ditemui berkata, mereka terpaksa bersaing sesama sendiri memujuk pemilik kereta mendapatkan khidmat mereka.Seorang pengusaha trak tunda, Jumadi Zakaria, 44, berkata walaupun banyak kenderaan tersadai, namun belum tentu boleh ditarik kerana kebanyakannya sudah `ditempah’ pesaing yang cepat menyedari peluang sejak berlakunya hujan lebat kelmarin.
“Kita berniaga seperti ini mengamalkan ‘siapa cepat dia dapat’. Ada antara pesaing mempunyai ‘kabel’ dengan pengusaha parkir menyebabkan mereka mendapat maklumat kenderaan tersadai dengan segera. “Bagi saya, itu semua rezeki dan persaingan merebut pelanggan setakat ini tidaklah sampai bergaduh,” katanya. Menurutnya, dia lebih mengutamakan membantu pemilik kenderaan kerana menganggap mereka ditimpa musibah dan perlu mengeluarkan kos bagi membaiki kenderaan.
Penunda, Raymond Kok, 41, pula menafikan mereka mengambil kesempatan dalam kepayahan pengguna kenderaan dengan mengenakan caj tinggi. Menurutnya, caj RM100 dikenakan untuk kerja menunda kenderaan sekitar bandar raya ini, manakala tambahan caj RM10 hingga RM20 akan dikenakan bagi setiap satu kilometer di luar Kuala Lumpur. “Ini harga dikenakan kebanyakan pengusaha trak penunda. Tidak tahulah jika ada pesaing sengaja meletakkan harga cekik darah. “Lagipun dalam keadaan bencana seperti banjir, banyak trak penunda akan berkampung di tempat yang berpotensi. Justeru, pemilik kenderaan boleh menolak pengusaha trak tunda yang meletakkan caj mahal dan boleh memilih sebaliknya,” katanya.

Tuesday, March 03, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan Tepen Style... Kopitiam 333

Jalan-Jalan Cari Makan Tepen Style membawa anda ke Kopitiam 333, Jalan USJ 11.

Apa yang special pasal kedai ni? It's Malay kopitiam & nearby my current house.

Originally premis ni dah ada beberapa owner restoren mamak (bukan kopitiam) yg cuba untuk capture market terutama penghuni USJ 11. Owner saling berubah & sebelum Kopitiam 333 ni bertapak kat sini restoren kat sini 2-3 jugak berubah nama. Tapi hasilnya tetap sama. Tahun 2008 mungkin tahun gemilang utk restoren kat ni sebab ada World Cup di South Korea/Japan. Tapi tak tahan lama sebab MPSJ mengacau big screen kat kawasan lapang depan restoren ni.

Walaupun namanya Kopitiam tapi setting restoren ni macam restoren melayu. Meja & kerusi bukan macam oldtown kopitiam or White Cofee Kopitiam. Ada 2 partition, smoking & non smoking (air cond). Partition dia pakai kaca. Kawasan lapang seberang jalan Kopitiam 333 ni jual yong tau fu, mee bandung muar, char kuey tiaw & sate. Sebelum ni ada big screen setinggi 10 kaki (aku agak) tapi sekarang big screen tu diturunkan jadi 6 kaki (angkara MPSJ).

Aku pergi opening day Kopitiam 333, kelam kabut. Normallah kalau baru first day. Aku order kuey tiaw kung & ice blended mocha. Kalau tengok kat gambar tu byk kuey tiaw & almost jadi kuey tiaw basah. Rasa? biasa saja, isi (udang, ayam & sayur) kat dalamnya biasa saja. Time tu diorang charge aku 15 rengget.

Second time aku pergi ngan adik aku. Time aku pergi kali ni diorang buat order style kopitiam, diorang letak kertas menu kecik kat meja & isi sendiri apa yg kami nak. Aku perasan waiter diorang pun dah tukar attire dah. Pakai topi koboi, t-shirt with name tag & jeans. Aku order air sirap bandung & adik aku order mee hailam dan air jus epal susu. Air sirap & jus epal ok, tapi kuah hailam tu tak cukup pekat. Isi pun kurang. Adik aku cakap kedai ni 'paying for the rent rather than serving their customers'. dalam bahasa kita kedai ni kedai biasa saja, takde yang special. Time ni diorang cas kami 12 rengget.

Aku takde la fussy kalau makan sedap I am willing to pay more. Tapi kalau macam cukup syarat agak susah untuk aku nak kasi high rating.

Rating: 4/10 untuk biasa saja ambience, biasa saja makanan, agak luar biasa utk harga.

Monday, March 02, 2009

Gurau orang arab?

Kawan aku kata mungkin diorang bukanlah muslim, tp sama ada Arab non-muslim atau Yahudi. Allahua'lam...

Sunday, March 01, 2009

Bush or Obama

Middle picture will haunt you...
..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai