Tuesday, September 29, 2009

BRAINSTORMING FOR 2010 ACTIVITIES

Kepada kengkawanku sekaliang, Mintak maap awal2 sebab plan untuk buat BBQ raya terpaksa ditunda kepada tarikh yang belum ditetapkan. Sebab musababnya? kita baru je buat makan-makan bukak puasa hari tu (read: bulan lepas). Jadi cadangannya BBQ Raya ni ditukar kepada Annual BBQ.

Cadangan Annual BBQ ni dijadikan sebagai acara tahunan, mungkin di bulan Disember atau Januari. Mak bapak akan sibuk sket bulan 12 sbb anak nak masuk sekolah, tapi anak-anak masih bercuti sekolah. Kalau di bulan Januari, mungkin kita buat mid Januari selepas mak bapak dah settle down dengan anak-anak masuk sekolah. Biasa le, mak bapak yang anxious lebey dari anak-anak yang masuk sekolah. Apa pendapatan korang?

Untuk tahun 2010 ni, aku proposed kita buat 3 acara dan kalau boleh 3 acara ni jadi acara tahunan unofficial ACT94/95 (unofficial sebab tak register lagi).

Dec'09/Jan'10 - Annual BBQ
Jul'10 (date tak confirmed lagi, tapi sejarahnya around this time) - Sireh Pulang ke Ganggang
Aug'10/Sept'10 - Acara Buka Puasa / Makan-Makan Hari Raya

Untuk acara ketiga tu kita pilih sama ada kita nak buat makan buka puasa or hari raya sebab dua acara ni dekat-dekat. Pendapat aku baek kita pilih salah satu.

Sireh Pulang ke Ganggang SPKG
Pendapat aku kita boleh mintak geng ACT untuk kita buat one slot activity conducted by our batch. Interesting kan? Tema tak strict tapi the base are on career (do and don't during interview, climbing corporate ladder, leadership, etc), mcm mana nak buat decision on moving forward, maybe on investment or even a bit on pengisian rohani. Aku ngan Adzimi bincang maybe we can do something yang interactive ngan adik2 kita instead one way communication (makan suap ajo. read: kita bagi talk talk talk talk talk talk talk talk and they not listen). Really need everyone output on this project.

Mock Interviewer volunteers
Kaunselor MRSM Taiping ckp lagi satu yg kita boleh contribute ialah kaki dan tangan untuk mock interview budak2 kita untuk scholarship. Dengar cerita nombor student yang dapat scholarship makin kurang, jadi maybe dengan pertolongan kita diorang akan ada more feedbacks and confident nak jawab soalan interview.

Finance
Disamping dan diramping itu ACT perlukan our finance support untuk event-event esp. projek white coat. Project White Coat ni ACT akan bawak pelajar mrsm taiping sekarang untuk melihat sendiri kerja doktor di USM, Kubang Kerian. Faci kat USM tu adalah alumni MRSM Taiping sendiri + others sukarela dan paksarela.

ACT jugak plan untuk buat Annual Dinner di KL. Kalau boleh luangkan masa untuk hadir annual dinner in support of ACT.

Register ACT
Mintak tolong kawang-kawang register as life members utk kita daftar as NGO. Tak mahal pun, fee is RM250 dan korang tak payah dah bayar apa2 untuk membership. Senang tak?

Updates
As one of ACT committee members aku akan update korang on next event for ACT.

Thank you for reading. Any comments, suggestion?

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai