By Abi Hidayati
“Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya). “(Al Baqarah 2:212)
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali" (Al Baqarah 2:126)
*********
Mengikut sunatullah, Allah memberi rezeki kepada semua, yang beriman dan yang kafir. Tetapi, yang beriman dapat kejayaan dunia dan akhirat. Yang kafir, Allah beri rezeki untuk dunia saja dan mereka akan dihumban ke dalam neraka di akhirat nanti.
Laporan Keputusan SPM 2009
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah mengumumkan keputusan SPM 2009. Malangnya akhbar-akhbar harian perdana hanya memberi lapuran meluas tentang keputusan SPM sekolah-sekolah bukan agama.
Pelajar-pelajar dari sekolah agama , khususnya dari Kelantan, juga mencapai keputusan SPM cemerlang. Seperti biasa, hanya akhbar Harakah saja memberi liputan meluas tentang perkara ini.
Tidak Tahu Guna Media Massa
Sepatutnya akhbar-akhbar yang dikuasai orang-orang Melayu, seperti NST, BH dan UM, menonjolkan kejayaan ini untuk menaikan imej dan kepercayaan diri pelajar-pelajar Melayu / Islam yang mereka juga boleh cemerlang seperti yang Allah janjikan dalam ayat-ayat dari Surah Al Baqarah 126 dan 212 di atas.
Seperti musuh Islam kata, umumnya, orang Islam tidak tahu mengguna media massa dengan betul.
Kecemerlangan Pelajar-pelajar dari sekolah Agama
Pencapaian sekolah agama setanding, kalau pun tidak lebih cemerlang dari sekolah bukan agama.
Keputusan SPM 2009 Sekolah Agama Kelantan
Sekolah | 15A | 14A | 13A | 12A | 11A | 10A | 9A | Jumlah Pelajar SPM |
Maahad Laki | 1 | 1 | 1 | 9 | 9 | 13 | 22 | 359 |
Maahad Perempuan | 1 | 1 | 1 | 5 | 10 | 14 | 20 | 385 |
Maahad (Agama) Lelaki
Seorang 12A+ (Pelajar terbaik SPM 2009 negara 10+). Kenapa dia tidak diistihar sebagai pelajar terbaik SPM 2009?
Maahad (Agama) Perumpuan
Seorang 10A+
Pelajar Hafiz/Hafizah Juga Cemerlang
Satu perkara yang juga tidak diketengahkan oleh akhbar perdana ialah kecemerlengan pelajar-pelajar yang menghafal 30 juzuk Al Quran. Seorang hafiz dari Maahad Tahfiz Pulau Chondong Kelantan mendapat 14A (13A+ dan 1A) dan seorang hafizzah mendapat 13A (9a+, 3A dan 1A-).
(Rizal Tahir “SPM: Dua Pelajar Maahad Muhammadi Dapat 15 A” Harakah daily net 12 Mac 2010 )
MCKK: Tiada seorang dapat semua A+
21 semua A
Pelajar-pelajar MCKK dan TKC adalah pelajar-pelajar terpilih, yang mendapat keptusan UPSR terbaik di negara. Sebaliknya, pelajar-pelajar Maahad Lelaki dan Perumpuan pelajar yang tidak terpilih ke MCKK atau TKC. Kalau pun ada pelajar-pelajar cemerlang yang menolak pelawaan ke MCKK atau TKC tetapi memilih untuk ke Maahad, jumlahnya hanya sedikit saja.
Bagaimana Islam Menjamin Kejayaan Dunia dan Akhirat?
Untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat, manusia mesti mengikut petunjuk Allah.
1. Niat:
Nilai setiap perbuatan manusia bergantung kepada niat. Tujuan kita belajar ialah kerana menurut perintah pertama Allah kepada manusia: “Iqra!” (Baca!) Ini perintah Allah untuk manusia mencari ilmu . Membaca ialah cara utama untuk mendapat ilmu. Dengan ilmu, kita dapat beriman kepada Allah dengan betul:
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). “ (Al Hujurat 49:15)
Jelas, tujuan utama mencari ilmu ialah untuk mengenali Allah, beriman kepada-Nya dan untuk meningkatkan rasa takut/taqwa kepada -Nya. Iman, yang bertunjangkan ilmu yang mengeratkan hubungan manusia dengan Allah, akan menguasai perbuatan manusia supaya melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.” (Al Fatir 35:28) .
Dengan ketaqwaan, jadilah manusia itu yang terbaik. “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).” (Al Hujurat 49:13) . “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (al Imran 3:110)
Ilmu juga dapat menolong manusia memenuhi tujuan penciptaan manusia. “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". (Al Baqarah 2: 30).
Khalifah ialah wakil Allah di dunia, dijadikan Allah untuk mengurus bumi dengan mengikut petunjuk-Nya, supaya manusia dapat hidup aman dan bahagia.
Ilmu juga dapat membantu manusia menangani segala ujian Allah yang merupakan satu dari pada tujuan penciptaan manusia.
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);.” (Al Mulk 67:2)
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al Baqarah 2: 155)
Dan dengan ilmu, iman dan amal, manusia dapat menguasai bumi Allah; “Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh" (Al Anbiya' 21:105)
Inilah prinsip dasar Islam: Dengan ilmu kita kenal dan beriman dengan Allah; dengan iman kita beramal/ buat sesuatu dengan harapan agar di akhirat nanti, dengan izin-Nya, kita masuk ke syurga dan di tempatkan di syurga Firdaus.
2. Ibadat
Dengan niat yang betul, maka belajar menjadi satu ibadat. Ia memberi pahala ke pada pelajar selama dia belajar. Maksud hadis Nabi Muhammad saw :
“Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah swt akan melorongkan baginya jalan ke syorga.” (Petikan dari Imam Ghazaali “Bimbingan Mu'min (Ihya' 'Ulumuddin) bab Kitab Ilmu Pengtahuan m.s 14 cetakan tahun 1979)
3. Minda Islam:
Untuk mendapat hasil maksimum dari pembelajaran, maka pelajar mesti mengurang gangguan kepada mindanya. Minda bekerja mengguna tenaga minda. Sekiranya tenaga minda dilencongkan untuk menghadapi tekanan/stress, yang mencetuskan rasa bimbang dan sedih yang melemahkan kuasa ingatan, maka hanya sedikit saja tenaga minda boleh diguna untuk belajar. Hasilnya, kurang kecemerlangan.
Sekarang, wabak penyakit utama di seluruh dunia ialah kebimbingan dan kesedihan (anxiety and depression), bukan sakit jantung, barah, tekanan darah tinggi dan kencing manis (diabetes ). Jesteru, dengan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim-Nya, Allah mengadakan beberapa prinsip untuk mencapai ketenangan minda semaksimum mungkin: “ Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”(Al Fat-h 48:4)
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”. (Yunus 10:57)
“Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al Baqarah 2: 38)
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar Ra'd. 13:28)
Minda manusia akan rasa tenang bila ia yakin tentang sesuatu. Bila berdepan dengan musibah, orang Islam yang sentiasa ingat kepada Allah akan merasa tenteram bila dia ingat firman Allah yang bermaksud:
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”(Al Baqarah 2:286)
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” ( Al Nasyarah 94: 5-6)
Bila terpahat dalam minda kita bahawa kesusahan itu sementara dan Allah menjamin bahawa Dia, dengan sifat-Nya Maha Pemurah dan Penyayang, buat sesuatu hanya ke tahap yang kita boleh tangani , jiwa jadi tenang. Sebab itu sentiasa ingat kepada Allah amat penting: “....dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)” (Al Ankabut 29:45) dan “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka” (Al Hasyr 59:19)
Bila Nabi Muhammad saw ditimpa apa-apa musibah, Baginda saw terus sembahyang sunat dua rakaat, kerana dalam solat manusia paling hampir kepada Allah.
Ini berbeda dengan pelajar-pelajar bukan Islam yang mencari ketenangan jiwa denga muzik, sukan, arak, dadah-dadah lain seperti ganja, judi dan party. Semua ini membuat mereka lupa sementara kepada apa-apa masalah yang mereka sedang alami.
3. Bahasa: Bahasa mempunyai peranan penting dalam pencapaian kecermelangan. Allah menjadi manusia dengan berbagai bahasa. Jadi, Dia memberi petunjuk bagaiman memanafaatkan bahasa. “Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka” (Ibrahim 14:4) “
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" (Al Fussilat 41:44). Perlu dingat bahawa masa Al Quran diturun, bahasa ilmu dan perniagaan ialah bahasa Farsi dan Latin, dua bahasa kaum, kaum Rom dan kaum Farsi, yang menguasai dunia masa itu.
Jelas bahawa penggunaan bahasa ibunda bagi setiap kaum amat penting bagi menyampaikan pengajaran. Lihat saja apa yang berlaku kepada kaum bumiputra di Amerika Syarikat (Red Indians), Amerika Selatan, masyarakat Abrogine di Australia dan kaum Maori di New Zealand di mana bahasa asing, bahasa Inggeris, bukan bahasa ibunda mereka, diguna sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Mereka jadi hina, miskin dan terbiar.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Ta Haa 20:124)
Masyarakat Melayu pernah megalami nasib yang sama. Selepas merdeka sehingga tahun 1969, bahasa pengantar negara ialah bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar Melayu kurang cemerlang. Hanya selepas trajedi 13 Mei 1969, bila bahasa pengantar di tukar kepada Bahasa Melayu, pelajar-pelajar Melayu setanding dengan pelajar-pelajar Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina.
5. Peranan Guru Di peringkat awal dakwah Nabi Muhammad saw, buta huruf berleluasa.
Baginda saw bertindak dengan menyuruh orang-orang tawanan perang, yang tahu membaca, menjadi guru kepada orang-orang Islam. Sebagai balasan, Nabi saw membebaskan guru-guru itu. Orang-orang islam yang baru tahu membaca pula menjadi guru. Seterusnya, orang Islam mengembara di seluruh dunia, sehingga India dan Cina, untuk menuntut ilmu. Sekembali mereka, ilmu yang baru diperolehi disaring mengikut nilai Islam, di kembangkan dan diajar kepada orang Islam dalam bahasa ibunda Arab.
Kenapa penekanan kepada peranan guru? Mengikut satu kajian di England, guru berperanan membuat pelajar cemerlang jadi kurang cemerlang, dan pelajar biasa jadi cemerlang.(S. Covey: The Seven Habits of Highly Effective People A Fireside Book 1989 m.s. 300-301 )
Orang Melayu pernah alami suasana ini. Sebelum trajedi 13 Mei 1969, majoriti guru ialah bukan Islam. Selepas trajedi itu, ramai orang Melayu dilatih menjadi guru sehinggakan kini majoriti guru ialah orang Melayu, khususnya di sekolah kebangsaan dan UKM. Kecermelangan pelajar-pelajar Melayu menyerlah.
Perbezaan di antara guru Muslim dan bukan muslim jelas: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Al Fushshilat 41:43) Dan mereka bekerja bersungguh-sungguh bukan kerana harapan tinggi imbuhan di dunia, tetapi kerana takut kepada Allah. Maksud hadis Nabi saw : “ Sesiapa yang mengetahui sesutau ilmu lalu disembunyikaannya, nescaya di Hari Khiamat nanti, ia akan dikekang oleh Allah swt dengan tali kekang dari api neraka.” (“Bimbingan Mu'min (Ihya' 'Ulumuddin) bab Kitab Ilmu Pengtahuan m.s 16 cetakan tahun 1979)
6. Cara Belajar Cara belajar yang betul penting untuk kecemerlangan.
“Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?” (Al Balad 90:10) .
Cara belajar mathematiks lain dari cara belajar sejarah. Maka pelajar perlu mendekati guru untuk bertanya cara belajar setiap mata pelajaran yang paling berkesan. Umumnya, cara belajar paling berkesan ialah SQ3R.
7. Kerja keras dan Istiqamah.
Satu kejayaan besar hanya boleh dicapai dengan kerja keras dan konsisten.
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)”(Alam Nasyarah 94:7)
8. Solat Hajat
Sementara berusaha bersungguh-sungguh, pelajar jangan lupa mengharap kepada Allah. “Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).” (Alam Nasyarh 94: 5-8) .
Solat hajat ini mesti dilakukan oleh pelajar dan ibu-bapanya berterusan, bukan hanya menunggu usaha sekolah atau tok guru atau tok iman. Bagi orang Islam, hubungan manusia dengan Allah ialah secara langsung, tanpa perantaran. Oleh itu, ibu bapa dan anak-anak mestilah berterusan sembahyang hajat bersendirian di rumah.
9. Bersyukur Bersyukurlah dengan kejayaan yang Allah beri. Sujud syukurlah kepada Allah bila mendapat kejayaan cemerlang. Allah menambah rezeki bagi mereka yang bersyukur. Allah memberi pahala bagi orang yang sabar bila mendapat musibah.
Kawan-kawan saya di universiti dulu mera'i keputusan kejayaan dengan minum arak sehingga mabuk dan pengsan!!!
Hadiah Dari Allah Bagi Pelajar Islam Cemerlang.
Allah sudah memberi petunjuk-Nya kepada manusia. Terpulanglah kepada kita untuk melaksanakannya.
“Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"
Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan". (Ta Haa 20: 123-127)
Balasan Allah di dunia hanya sebahagian saja. Balasan sepenuhnya di akhirat. Dengan melaksanakan cara yang ditetapkan Islam untuk mencapai kejayaan cemerlang yang hakiki, manusia nanti tidak akan menyesal di akhirat nanti.
Bagi mereka yang membelakangkan petunjuk Allah, mereka akan menyesal:
“Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka" (Al Mulk 67:10)
Reformasi Pendidikan Malaysia
Kerajaan Malaysia sedang melakukan reformasi pendidikan bertujuan meningkatkan “kecemerlangan”,“creativity, renovation”, “menjadi negara berdaya saing, dan negara berpendapatan tinggi” dan “mencapai visi 2020”, iaitu menyerupai negara-negara seperti Amerika Syarikat, Eropa dan Jepun.
Semua ini terdorong oleh sifat manusia yang cinta dunia yang Allah terangkan di dalam Al Quran:
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya.” (Al mran 3:14)
Dengan ilmu, Barat dapt mengatasi halangan untuk ke bulan. Dengan ilmu juga, segelintir manusia Barat menimbun harta sehinggakan majoriti manusia terkaya di dunia berada di Amerika. Namun dengan ilmu itu juga Barat menuju ke hancuran. Kerana apa?
“Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).” (Al Baqarah 2:279)
Setiap 10 tahun, ekonomi dunia merudum. Jurang kekayaan di antara miskin dan kaya kian melebar yang mengakibat berbagai masalah.
“Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.” (Al Isra' 17:16)
Sekarang Malaysia sudah lebih kaya dari tahun 60an. Sudah ada kondo dan rumah bungalow
Kenapa ini berlaku? Ia berlaku kerana membelakangi petunjuk Allah:
“Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan. (Al Imram 3: 196-167)
“Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)” (At Taubah 9:55)
Musuh Islam berterusan berusaha keras untuk menjauhkan masyarakat Islam dari cara hidup Islam . Mereka mahu supaya kita mengikut mereka. Antara usaha mereka:
“ Di sekurang-kurangnya 24 buah negara, Washington senyap-senyap membiayai radio Islam dan siaran TV, kerja kursus di sekolah-sekolah Islam, institut pemikiran Islam, woksyop politik dan berbagai program untuk mengembangkan Islam moderate. Bantuan federal disalurkan untuk membaiki masjid dan juga membina sekolah-sekolah Islam.” (Terjemahan dari laporan US news and World report.)
Satu lagi rancangan mereka jelas dari satu lapuran Rand Cooperation, satu badan NGO AS yang menyediakan analisis kepada Jabatan Pertahanan Negara Amerika Syarikat (US Department of Defense):
“Masukkan pandangan mereka (golongan Islam moderate) ke dalam kurikulum pendidikan Islam.” (Syeryl Bernard (se orang Yahudi) “Civil democratic Islam”
( Terjemahan dari Ceramah Imam Anwar Al-Awlaki: Battle of the Hearts and Minds Transcribed by Al Murabiteen publications)
Mari Menuju Kecemerlangan
Jadi pelajar-pelajar , awasilah perancangan halus musuh Islam.
Marilah cemerlang dengan Islam untuk kejayaan dunia dan akhirat. Di dunia kita kuasai bumi Allah, dan di akhirat , insyallah, Allah, dengan izin-Nya, memberi syurga dan menjauhkan kita dari azab api neraka jahanam. Itulah kecemerlangan yang sebenar dan kejayaan terbesar bagi setiap manusia.
Wallahhua'lam
bernilai lebih dari RM1 juta seunit. Walaun pun masih belum menyerupai negara-negara maju, Malaysia sudah dilanda oleh masalah- masalah seperti masalah sosial, berbagai jenis jenayah, penagihan dadah, berbagai wabak jenis penyakit seksual, HIV, masalah ekonomi dan lain-lain yang membarah di negara-negara “maju”.
No comments:
Post a Comment