Wednesday, June 18, 2008

June Babies

yati [512] adzimi. farid wak. amed. afaf. beron. hazar. haniss.

one year older one year wiser.. happy birthday!

Tuesday, June 17, 2008

HELP needed....

Aku tengah dok compile Facebook accounts, so kalau sesapa ada jumpa kengkawan tu bleh buat suggestion to me.

Bleh tengok [My profile] kat sini

Mekaceh...

ReLIVE US Open Golf.

ada sapa nak start main golf? bleh p driving range ramai2

iPhone with 3G

11.07.08
Price in US for 8G US$199, 16GB US$299. Kat Malaysia aku bet 8G tu around RM2,500.00 - 3,000.00 & 16 GB more than 3g!

Read it @ [apple]

Monday, June 16, 2008

SMS dari Ustad

"Mas baru deliver baby boy 3.5kg kt hosp usm k kerian"
--salehuddin 14 June 2008, 00:18 hrs--
Congrats to both of you. Semoga anak menjadi anak soleh Insya Allah.

Perbankan Islam?

Kebenaran itu adalah selalunya dirasai pahit kerana dunia ini dirasakan manis. Semoga artikel-artikel di bawah dapat membuka pemikiran kita untuk mencari kebenaran.

"They change the meaning of the words...", Imaam Anwar Al-Awlaki, The Battle of Hearts & Minds

1. PUBLICATIONS ABOUT ISLAMIC BANKING I) ISLAMIC BANKING By A.L.M. Abdul Gafoor II) THE FALLACY OF THE 'ISLAMIC BANK' by Umar Ibrahim Vadillo III) Islamic Banking Concepts BY BANK NEGARA (another explanation in pdf) 2. THE SOLUTION Dinar & Dirham Uniting the Ummah

3. FATWA & RULINGS ABOUT PERSONS WHO INVOLVE IN RIBA' BANK i) Insurance and Loan ii) The ruling regarding the salary of bank employees iii) Circumstances compel him to work for a bank which deals with ribaa iv) Working for a company which takes a loan from a bank which deals with ribaa

Samsung SGH i780 FOR SALE

Ada kawan aku (bukan budak tepen) nak jual Samsung SGH i780. Smart phone.

Original Price: RM1,999.00
Duration pakai: 1 week (bau plastik tak abes lagi)
Harga Jualan: RM1,800.00

Sebab-musabab dia nak jual, dia dah kena racun kat member aku sorang lagi pasal iPhone. So dia nak jual phone ni and pakai iPhone.

For info klik kat [sini] - Official Samsung website
For forum [gsmarena]

Cool Website .... 9resume.com

Ada sesapa yang rasa susah nak buat resume or CV? Jangan risau, sekarang ni ada kawan kita yang setup company, siap dengan website lagi.

Nama company intertina inc sdn bhd & websitenya http://www.9resume.com

Sound familiar? Memang lah, company ni milih kawan kita Sdr. Talib Sabri & Isteri Nurmisuarina. Kalau rasa nak tukar kerja & dapat gaji lebih, or ada kawan-kawan, sedara mara yang nak apply kerja refer la diorang ni kat 9resume.

Kat website tu siap ada pricing lagi, so tak payah dah nak tanya quotation ke hapa. Just choose and click saja.

Satu lagi website ni menyediakan blog for update. Bleh p kat sini http://9resume.blogspot.com/

Meh kita sesama support kawan-kawan kita!

Lepak2 Hari Senin

Friday, June 13, 2008

Dari Komputer Web Mod 13 Januari 2008

Nota: Gambar sebelah hanyalah gambar hiasan semata-mata.

Dah lama dah tak menulis. Agak BZ dengan kerja-kerja baru. Tambah lagi sekarang ni account belom audit. Kalau setahun je takpe la, ni bertahun-tahun. Tu baru satu kompeni. Company 4-5.. jadi kerjanya memang bz tahap gaban. Ni tengah tensen tahap gaban yang aku dok menulis nih.

Isu hangat sekarang ni tak lain dan tak bukan pasal minyak. Memang tak dapat nak nafikan rege minyak akan naik, tapi kalau tahun lepas Najib kata duit 'lebih' tu akan di invest ke public transport. Tapi sampai sekarang aku dok tengok public transport dok macam tu je.

Statement macam, rege beras naik, kita makan ubi memang celupar dan kurang ajar. Ada ke suruh kita makan ubi sedangkan menteri-menteri dok belasah duit kita tak ingat dunia. Suruh baik beskal? Apa kata kita suruh Najib naik beskal p Parlimen? Macam Lee Kuan Yew buat operasi bersih tandas, dia sendiri pi bersih tandas. Haaaa, dah PM boleh buat, pesal korang tak bleh.

Isu minyak ni sungguh power sampai hangat bola pun tak bley lawan hangat isu rege minyak. Dah lama tak layan bola world cup & Euro sebab time tu lewat sangat. Kekadang game kol 11 pun tak abes tengok. Tengok news je awal pagi. Sokong team Itali tapi nampaknya Itali tak mengancam tahun ni. Maybe sebab dah ramai player yang dah 'masa dah cukup time' untuk bersara. Spain, Netherland & Portugal memang time pemain-pemain muda macam Fabregas & Torres (Spain), Sneider & Robben (Netherlands) dan Ronaldo, Quresma (Portugal) just to name a few.

Dah cakap pasal bola, Chelsea ada new coach Scolari. Mamat ni ala-ala Jose jugak. Tak takut nak buat apa yang dia pikir. Tambah sekarang dia dok promote Ronaldo p ke Real Madrid. Agak-agak kalau Ronaldo pindah sapa yang nak score 40 gol untuk United? Bijak si Scolari ni hahahaha..

Plan nak buat widget utk facebook jugak tapi masa tak mengizinkan lagi. Insya Allah bila dah rileks sket bleh la nak decorate sket blog ni. Dah lama dah pakai this page, maybe its time to change :D

Chiao...

Ar-Rahman Ayat 1-9

1) Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2) Dialah yang telah menciptakan manusia. (3) Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (4) Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. (5) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (6) Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (9) Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.

Wake Up, Rise Up from your Sleep in the Cradle of Azazil

Brothers and sisters, Dare yourself to rise up against the enshrouding dark cumulonimbus cloud on top of our head. Have you forgotten what Saiyidina Ali r.a. said? He said, "O World! Do you want to deceive me after being decorated? Get out from here and deceive some other person. I sever all my relations from you forever. Your age is short and yours company is abject; and to be overtaken by misery over here is easier (than in the Hereafter). Ah! Ah! The Provision is short and the journey is long and the way is dangerous.." read more... Listen Online / Download Link(part of its transcript also available) Herewith is a revealing lecture by Imam Anwar Al 'Awlaki, in which he disclose that our enemy are at our own front yard and yet we are inside the house baffling about rising of oil and food price, corruptions, moral desecration, and human inequalities. Imam Anwar emphasized that Islam, our beloved religion is currently under a great threat, many shall prevail if no actions to be taken by us, Muslim brothers and sisters. We can't say what is happening now in Palestine, Iraq, Afghanistan, Sudan, Nigeria et cetera is not our responsibility. For we Muslims had crossed the border of ethnicities and races as told by the Prophet Muhammad in his last speech. Indeed we shall do whatever we can to ease the pain in the other part of this great Ummah. Imaam Anwar al-’Awlaki said, “…And this cowardly thing, I have heard it again and again. And I’m amazed that some Muslims like parrot are repeating this accusation. And Subhanallah, I failed to understand how the Israeli soldier wearing his bulletproof vest and his steel helmet, covering behind the pile of sandbags and still runs away from the stones thrown by the Palestinian children are called courageous. And the Palestinian children, ….” “So they (America) are failing, and Mrs. Bernard and her cronies at RAND and the Pentagon should know that their plan would fail because Allah is the best of planners, and that the fundamentalists and extremists - whom they despise - are not only going to win in Afghanistan and ‘Iraaq, but they will continue their march until they drive your people, the Jews, out of the Holy Land and plant their black banners on the rooftops of Jerusalem.”, The Battle of Hearts & Minds by Anwar Al-Awlaki This lecture was delivered to a South African audience via live phone link on Sunday 11 May 2008. It was part of a Conference held by PureIslam Da’wah and Publications themed: Holding on to Hot Coals - Surviving as a Muslim in the West. An important topic that is going unnoticed by the majority of people around the world. With the advancement of communications in the world, the enemies are not only plotting away with their weapons but also with their lies portrayed in the media spreading all sorts of lies to justify the slaughter of innocent human beings. p/s: My friends, you got to listen to this..Insya Allah, knowledge is power and is to act upon it.

PUNCH CARD

Assalamualaikum.. utk kengkawan sume especially yang keje menggunakan punch card baca la. Aku harap2 dpt la skit pengajaran sebab ramai antara kita yang dah terbiasa buat kerja mcm nih dan tak fikir apa akibat dan risiko yang akan datang.. cerita ini bukan rekaan atau nak menakutkan korang tapi realiti dah jadi pada kawan aku..

PUNCH CARD - korang biasa dengar dan tau benda nih kan? dan korang biasa meminta kawan2 tolong punch kalau korang lewat sampai ofis kan? atau kalau korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos then create alasan kenapa merah.. kalau ade alasan munasabah macam traffic jam ke bole la kot.. tp kalau korang bangun lambat? takkan nak bg alasan tuh kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat opis.. TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalau mintak tolong punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh.. Kawan aku - Ali (bukan nama sebenar) lewat datang keje.. then minta la Amat (bukan nama sebenar) punch kan.. then Amat tolong la.. tup-tup on the way nak sampai opis tuh Ali accident.. mula-mula dia koma then 2 ari lepas tuh dia meninggal dunia.. apa yang menyedihkan.. bila isteri Ali nak buat tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan.. macam nak buat pampasan keluarkan KWSP ke apa2 la yang bole waris tuntut bila seseorang tuh meninggal.. korang tau tak kenapa susah??

Sebab dalam punch card tuh memBUKTIkan Ali berada dalam opis pada waktu yang sama dia accident.. so opis nak luluskan pampasan dan everything camana? Opis boleh luluskan JIKA ada sape2 yang mengaku dah tolong Ali punch card.. Amat tak nak mengaku.. ye la.. kalau dia ngaku dia mesti kena tindakan tatatertib kan? silap2 dia kena buang keje.. so sampai sekarang pampasan tak dapat.. yang susah isteri Ali.. dah la tak bekerja then anak dah ade 2 lak tuh.. nak kuarkan KWSP pon hadapi masalah yang sama.. Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan korang? Kalau la korang mintak punch then jadi pape kat korang tgh jalan sape nak bertanggungjawab? for sure la kawan yang tolong punch card tuh tak nak mengaku.. ye la kita dah tolong sat lagi kita yang kena tanggung?? kalau kena denda je tak pe la.. sat lg siap kena buang keje mana mau cari keje??? yang si kawan yang tolong tuh pulak mesti seumur idup akan rasa bersalah.. Kalau accident just patah kaki je bole la lagi tak dikisahkan tapi kalau dah melibatkan nyawa ni.. walaupun niat nak tolong tapi biar la mcm org tua cakap.. buat baik berpada-pada.. jgn buat baik tak kira tempat.. nanti susah kat sendiri.. so aku just nak mintak tolong kat korang sume.. jangan la buat keje nih lagi.. tolong fikir ajal maut kita tak tau.. mungkin kita mati pastu dah tak de pape tanggungjawab.. tapi org yang idup.. mcm keluarga kita.. nak tuntut pape susah.. korang nak ke mcm tuh? mesti korang tak nak famili korang susah kan? aku harap mulai sekarang.. kalau korang datang lewat macamana sekalipon.. punch card la sendiri.. biarla bos marah sekali pon.. tapi jangan menyusahkan diri org lain.. dan diri sendiri.. tolongla diri sendiri dan kalau nak tolong kawan2 pon biar la kena tempatnya.. next time.. kalau korang rasa dah lewat tuh.. call la boss bagi tau lewat sampai then jumpa boss bila dah sampai.. kalau korang rasa nak balik awal lak.. mintak la time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la cuti ke?.. jangan la main kuar suka2 ati je..

p/s :- pas aku dgr cite tuh dari isteri Ali.. aku dah tak nak buat mcm tuh lg.. sebab sebelum ni.. aku penah beberapa kali mintak tlg punch dan beberapa kali tlg org punch.. aku rasa ngeri dgr cite tuh.. lg pon aku sempat lawat arwah sebelum dikebumikan.. terasa macam.. ish ape yang dah aku buat.. rasa bersyukur sangat sebab sepanjang aku buat keje tuh.. aku tak terlibat ngan pape accident dan org yang aku tlg tuh selamat sampai.. kalau aku pon kena macam tuh.. aku tak tau la apa jadi.. nangis air mata darah pon x guna lagi..

P/S : KAWAN-KAWAN YANG PERNAH TERLIBAT..AMBIK IKTIBAR!!!

Thursday, June 12, 2008

Subsidi di Pejabat POS

Ada member kita yg request utk cakap pasal bola, tapi sekarang ni isu rege minyak lagi hangat dari EURO 2008! Aku dpt mende atas ni dari Naleen.

BICYCLE POOL anyone?

great offer! Bicycle pool from Shah Alam/Subang to Kuala Lumpur. We will cycle using Federal Highway - Jalan Kinabalu - Jalan Sultan Ismail - Jalan Ampang Please contact 019-MACAM-NI for info...

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin

A bit long but worth reading. Article by Dr Asri, Mufti Perlis

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesun gguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujua nnya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan', "Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?" Se belum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Pembaziran

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, diseb abkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menu lis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An- Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahk an kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?" (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperoleh ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian rin ggit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli s yurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Tanggungjawab

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bu kan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Wednesday, June 11, 2008

Lawak Rege Minyak Naik

Chill OK!

Cool Website... myteamkit

Company ni kepunyaan kawan kita Azraf 502. Dia start buat company ni utk jersey sukan dan jugak t-shirt korporat. Kalau ada company korang yang nak cari orang buat t-shirt, bleh dapatkan quotation dari Azraf. Custom T-Shirt at http://www.myteamkit.com

Tuesday, June 10, 2008

Monday, June 09, 2008

Cool Website... Nickila

Kalau sesapa ada nak beli baju kanak-kanak bleh la support kawan kita, nik suhaila aka nickila. Website ni masih baru, so barang pun masih tak banyak. Tapi aku sure NikSu akan tambah as she will get more supply. June 2008 dah ada 14 postings... Welcome to blog & tabik spring for starting your own business!! nick's idea @ http://nicksidea.blogspot.com/
..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai