Friday, June 13, 2008

PUNCH CARD

Assalamualaikum.. utk kengkawan sume especially yang keje menggunakan punch card baca la. Aku harap2 dpt la skit pengajaran sebab ramai antara kita yang dah terbiasa buat kerja mcm nih dan tak fikir apa akibat dan risiko yang akan datang.. cerita ini bukan rekaan atau nak menakutkan korang tapi realiti dah jadi pada kawan aku..

PUNCH CARD - korang biasa dengar dan tau benda nih kan? dan korang biasa meminta kawan2 tolong punch kalau korang lewat sampai ofis kan? atau kalau korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos then create alasan kenapa merah.. kalau ade alasan munasabah macam traffic jam ke bole la kot.. tp kalau korang bangun lambat? takkan nak bg alasan tuh kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat opis.. TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalau mintak tolong punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh.. Kawan aku - Ali (bukan nama sebenar) lewat datang keje.. then minta la Amat (bukan nama sebenar) punch kan.. then Amat tolong la.. tup-tup on the way nak sampai opis tuh Ali accident.. mula-mula dia koma then 2 ari lepas tuh dia meninggal dunia.. apa yang menyedihkan.. bila isteri Ali nak buat tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan.. macam nak buat pampasan keluarkan KWSP ke apa2 la yang bole waris tuntut bila seseorang tuh meninggal.. korang tau tak kenapa susah??

Sebab dalam punch card tuh memBUKTIkan Ali berada dalam opis pada waktu yang sama dia accident.. so opis nak luluskan pampasan dan everything camana? Opis boleh luluskan JIKA ada sape2 yang mengaku dah tolong Ali punch card.. Amat tak nak mengaku.. ye la.. kalau dia ngaku dia mesti kena tindakan tatatertib kan? silap2 dia kena buang keje.. so sampai sekarang pampasan tak dapat.. yang susah isteri Ali.. dah la tak bekerja then anak dah ade 2 lak tuh.. nak kuarkan KWSP pon hadapi masalah yang sama.. Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan korang? Kalau la korang mintak punch then jadi pape kat korang tgh jalan sape nak bertanggungjawab? for sure la kawan yang tolong punch card tuh tak nak mengaku.. ye la kita dah tolong sat lagi kita yang kena tanggung?? kalau kena denda je tak pe la.. sat lg siap kena buang keje mana mau cari keje??? yang si kawan yang tolong tuh pulak mesti seumur idup akan rasa bersalah.. Kalau accident just patah kaki je bole la lagi tak dikisahkan tapi kalau dah melibatkan nyawa ni.. walaupun niat nak tolong tapi biar la mcm org tua cakap.. buat baik berpada-pada.. jgn buat baik tak kira tempat.. nanti susah kat sendiri.. so aku just nak mintak tolong kat korang sume.. jangan la buat keje nih lagi.. tolong fikir ajal maut kita tak tau.. mungkin kita mati pastu dah tak de pape tanggungjawab.. tapi org yang idup.. mcm keluarga kita.. nak tuntut pape susah.. korang nak ke mcm tuh? mesti korang tak nak famili korang susah kan? aku harap mulai sekarang.. kalau korang datang lewat macamana sekalipon.. punch card la sendiri.. biarla bos marah sekali pon.. tapi jangan menyusahkan diri org lain.. dan diri sendiri.. tolongla diri sendiri dan kalau nak tolong kawan2 pon biar la kena tempatnya.. next time.. kalau korang rasa dah lewat tuh.. call la boss bagi tau lewat sampai then jumpa boss bila dah sampai.. kalau korang rasa nak balik awal lak.. mintak la time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la cuti ke?.. jangan la main kuar suka2 ati je..

p/s :- pas aku dgr cite tuh dari isteri Ali.. aku dah tak nak buat mcm tuh lg.. sebab sebelum ni.. aku penah beberapa kali mintak tlg punch dan beberapa kali tlg org punch.. aku rasa ngeri dgr cite tuh.. lg pon aku sempat lawat arwah sebelum dikebumikan.. terasa macam.. ish ape yang dah aku buat.. rasa bersyukur sangat sebab sepanjang aku buat keje tuh.. aku tak terlibat ngan pape accident dan org yang aku tlg tuh selamat sampai.. kalau aku pon kena macam tuh.. aku tak tau la apa jadi.. nangis air mata darah pon x guna lagi..

P/S : KAWAN-KAWAN YANG PERNAH TERLIBAT..AMBIK IKTIBAR!!!

14 comments:

zen non said...

Marilah kita sedekahkan doa pada isteri dan keluarga si mati..

Anonymous said...

ih, cite sebenar ke iklan dari HR department kau ni he2.

Anonymous said...

aku dpt dari member aku which aku rasa patut share. Kalau pikir2 balik mmg pampasan susah nak dpt kalau kes macam ni. SOCSO, KWSP semua akan check & kalau mende kecik ni tak clear mmg diorang tak bayar.

Anonymous said...

Ihsan...
Ini citer direct dari kau atau dari "perawi-perawi" lain?
Wife aku pun pernah citer bende ni dr HR dept., tak sangka plak kau kenal diorang. Itu kalau citer ni citer dari kau sendiri laa..

Anonymous said...

aku agak HR department hebahkan benda ni supaya semua employee tahu. tapi aku tergelak kat sini baca komen no 1 yg prihatin pada si mati. Ali(bukan nama sebenar) ada possibility kapiaq :-)

Anonymous said...

regardless mende ni betul ke idak tapi just imagine if something really happen.

Anonymous said...

Nasib baik kerja aku takde punch-card.

Anonymous said...

Kalau ada ada holdings sendiri(hahaha), aku tak pakai sistem punch card ni..byk kaki kelentong..aku pakai scan ibujari..haaa..camno nak tipu..:)

zen non said...

tak baik bersangka buruk dgn org..

naz..marilah bersangka baik dgn org lain, beginilah caranya nak menebarkan kebaikan ke seluruh alam.

kalau dia orang kafir (disbelievers) maka doakan lah agar Allah memberi hidayah kepadanya, kalau tidak sampai hati nak doakan macam tu, maka doakan agar kekufurannya tidak menjalari dan membebankan kehidupan kita.

Anonymous said...

emm.. its happened to one of my late technician. sama lah cam kes ni, punch card ada org ketip, tapi dia accident n mati on the way to office. tapi aku xtau lah mcm mana waris dia susah nak claim socso n kwsp sebab aku xterlibat ngan HR. but payah gak lah office nak menjawap ngan polis utk buat report polis sebab ada punch card membuktikan dia berada di pejabat. walaupun dia bujang, tapi kesian gak, dia anak sulung dari family nelayan. adik dia meninggal a year before. waktu nak bagitau berita tu, ayah dia still kat laut tgh tangkap ikan... huhuhu sedey woooo..

anyway, ikhtibarnya... "lu pikir la sendiri"..

Smiling Sukri said...

Aku berangan2 nak ada company yg buat sistem kerja flexible. Seminggu masuk kerja 3 hari sahaja (min), 2 hari kerja remote. Aku rasa pekerja pun motivated dan boleh save duit tambang pekerja atau bill letrik company. Of courselah sistem ni kena result/output oriented. Aku rasa kalau pekerja itu jujur, it's best for all dan bagi pekerja yg suka curi tulang, near to deadline.. he will be in hot water.

Smiling Sukri said...

Aku berangan2 nak ada company yg buat sistem kerja flexible. Seminggu masuk kerja 3 hari sahaja (min), 2 hari kerja remote. Aku rasa pekerja pun motivated dan boleh save duit tambang pekerja atau bill letrik company. Of courselah sistem ni kena result/output oriented. Aku rasa kalau pekerja itu jujur, it's best for all dan bagi pekerja yg suka curi tulang, near to deadline.. he will be in hot water.

Anonymous said...

he2, me and zaini totally in a different wavelength here.

mat yie,kerja 4 hari seminggu je memang sesuai, jimat minyak dan tol. increase kan time bekerja pun takpe, I bet many people are willing to stay late until 8pm rather than come to work on Monday.

at SYABAS GM pun kena showcause letter kalau dtg lambat. takde diskriminasi dr segi disiplin.

[i] said...

naz, kalau monday cuti then org ada Tuesday Blues plak :D

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai