Monday, May 28, 2007

Dikompaun RM22,500 -- Restoran jual Milo ais RM1.80 dikenakan denda maksimum

Adakah KPDNHEP akan bertindak tegas ke atas peniaga yang menaikkan harga 6 bulan dari sekarang. Apa akan jadi kepada harga petrol & toll dalam masa 12 bulan dari sekarang? //Abu Muhammad Source: Utusan Malaysia Online

Oleh Rajmah Hasan

KUALA TERENGGANU 27 Mei – Peniaga yang mahu mengambil kesempatan mengadakan ‘pesta naik harga’ ekoran berita kenaikan gaji kakitangan kerajaan bermulai Julai ini perlu berfikir dua kali selepas ini.

Hari ini, Restoran Nasi Kandar Tanjung di Jalan Hiliran di sini yang menjual Milo ais dengan harga RM1.80 segelas melebihi harga biasa, menerima ‘padah’ apabila dikenakan kompaun berjumlah RM22,500 - dua hari selepas kegiatan itu didedahkan oleh Utusan Malaysia.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Ab. Ghani Harun berkata, kompaun tersebut ialah bagi dua kesalahan iaitu di bawah Seksyen 3 (1) Akta Kawalan Harga (AKH) 1946 kerana tidak meletakkan tanda harga dan Seksyen 14 (1) Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 kerana mempamerkan harga mengelirukan.

Menurutnya, bagi kesalahan di bawah AKH 1946, restoran itu dikompaun RM7,500, manakala bagi kesalahan di bawah APD 1972, nilai kompaunnya ialah RM15,000.

‘‘Ini merupakan kali pertama KPDNHEP negeri mengenakan hukuman maksimum terhadap peniaga yang didapati tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual serta menaikkan harga barang sesuka hati,’’ katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, restoran mamak yang baru beroperasi beberapa bulan lepas itu diserbu oleh sepasukan pegawai penguat kuasa kementerian itu diketuai oleh Azman Adam dan merampas pelbagai barangan makanan bernilai RM750 selepas peniaganya didapati menaikkan harga makanan dan minuman keterlaluan, selain mempamerkan harga mengelirukan.

Ab. Ghani memberitahu, pemilik restoran berkenaan diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan kompaun tersebut sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Utusan Malaysia kelmarin mendedahkan sebuah restoran di bandar ini menjual Milo ais pada harga RM1.80 segelas, lebih tinggi antara 20 sen dan 30 sen berbanding harga biasa.

Harga itu juga didapati lebih tinggi berbanding restoran mamak di ibu negara yang menjual Milo ais dan Nescafe ais pada harga antara RM1.50 dan RM1.60 segelas.

Ab. Ghani menjelaskan tujuan pihaknya mengenakan kompaun maksimum itu adalah untuk mengingatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga sesuka hati.

Sementara itu, beliau memberitahu, sejak kenaikan gaji kakitangan awam diumumkan pada 21 Mei lalu, pihaknya mengerahkan lebih 90 anggota menjalankan pemantauan harga di seluruh negeri menerusi Ops Gaji.

‘‘Kita telah membuat pemantauan dan pemeriksaan terhadap 2,660 pelbagai jenis premis termasuk kedai runcit, pasar raya dan gerai makan di seluruh negeri bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ekoran pengumuman kenaikan gaji itu," jelasnya.

Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan pihaknya telah berjaya mengesan 24 kes di bawah AKH 1946, empat kes Akta Timbang dan Sukat dan satu kes di bawah APD 1972 yang melibatkan nilai rampasan bernilai RM6,033.

Katanya, kesemua kes itu dikesan di sekitar bandar Kuala Terengganu dan kesemua peniaga yang terlibat telah dikenakan kompaun berjumlah RM9,650.

Menurutnya, KPDNHEP juga melakukan pemantauan harga terhadap 225 jenis barang harga kawalan harian bagi memastikan tiada kenaikan harga berlaku.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai supaya tampil membuat aduan di mana-mana cawangan KPDNHEP negeri jika mempunyai sebarang maklumat tentang peniaga yang menaikkan harga barang bagi membolehkan tindakan tegas diambil.

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai