Thursday, May 17, 2007
[Pelajar MMU dakwa murtad]
Nauzubillah, moga kita dijauhkan.
Harap kembali ke pangkal jalan.
SOURCE: Harian Metro Online..
PUTRAJAYA: Kemungkinan khuatir dengan tindakan pihak tertentu, penuntut Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang mendakwa dirinya murtad dan kini mengamalkan fahaman atheis, menutup blognya daripada dilayari pengunjung.
Jika sebelum ini, blog yang diberi nama `Awakening', itu boleh dilayari di alamat akidos.blogspot.com, tetapi bermula semalam, pengendali blog berkenaan hanya membenarkan pengunjung yang dijemput saja melayarinya.
Sejak dua hari lalu, akhbar ini menyiarkan mengenai satu blog yang dikendali penuntut universiti berkenaan mendedah dirinya murtad dan berfahaman atheis kerana tidak mempercayai hukum dalam agama Islam.
Penuntut kursus Kejuruteraan Meanikal di cawangan MMU Melaka itu, mengemuka beberapa alasan meninggalkan Islam.
Antara alasan yang dikemukakan ialah tidak nampak faedah menjadi orang Islam, malu menjadi seorang Islam kerana ada orang Islam yang mengamal perkara mungkar seperti maksiat dan minum arak, berpendapat hudud itu tidak berperikemanusiaan dan jihad dilakukan semata-mata untuk berselindung di sebalik agama Islam.
Dia juga mendakwa diajar membaca al-Quran oleh neneknya ketika kecil selepas Maghrib hingga Isyak tetapi terseksa dengan rutin itu.
Berikutan pendedahan itu, dia menerima mesej ugutan bunuh dan mahu mencederakan dirinya.
Beberapa pihak yang dihubungi mengulas berhubung pendedahan itu mahu siasatan dijalankan segera bagi memastikan sama ada tindakan penuntut terbabit benar-benar murtad.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata semua pihak sepatutnya mencari punca mengapa kes seperti itu boleh berlaku dan mengkaji punca dia bertindak demikian.
Exco Pemuda Umno yang juga Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Datuk Shamsul Najmi Shamsudin, turut bimbang kelemahan pihak berkuasa agama yang lambat mengambil tindakan mencegah umat Islam daripada terpesong akidah mereka.
Menurutnya, pihaknya sudah banyak kali mengemukakan laporan berhubung tindakan beberapa pihak yang berusaha memurtadkan umat Islam di negara ini tetapi tiada tindakan susulan dijalankan pihak berkuasa agama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.
jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.
terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....
article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai

No comments:
Post a Comment