Kejadian yang dipercayai berlaku pukul 2 petang itu menyebabkan ibu yang menemani anak mereka di hospital tidak dapat menggunakan kemudahan di bilik berkenaan.
Hospital baru bernilai RM468 juta itu siap pada Julai tahun lalu dan proses perpindahan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sejak 10 Disember tahun lepas.
Pemangku Pengarah HSAH, Dr. Shariff Ishak berkata, tidak ada kecederaan dilaporkan kerana semasa kejadian tidak ada orang di bilik tersebut.
Menurutnya, kejadian itu disedari oleh beberapa kakitangan wad terbabit setelah ternampak beberapa keping siling jatuh secara tiba-tiba.
“Berikutan itu, sepasukan pekerja penyelenggaraan terpaksa dikejarkan ke bilik terbabit,’’ katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Menurut Shariff, siasatan awal mendapati hanya lima keping daripada keseluruhan siling bilik terbabit didapati terjatuh.
“Pasukan penyelenggara telah memperbaiki siling terbabit dan keadaan kini adalah terkawal,’’ katanya.
Beliau yang juga Ketua Jabatan Kecemasan HSAH memberitahu, pihaknya telah memaklumkan kejadian tersebut kepada kontraktor bangunan bagi menjalankan siasatan lanjut.
“Buat masa ini terlalu awal bagi kita mengesan punca kejadian,’’ ujarnya.
Pada Januari lalu, para pengunjung HSAH dikejutkan dengan kejadian kafeteria dilimpahi air najis ekoran saluran paip kumbahan bocor.
Sebelum ini, kejadian siling runtuh berlaku di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur melibatkan bilik Setiausaha Mahkamah Tinggi Sivil 6 dan siling Dewan Serbaguna Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Putrajaya.
2 comments:
is this a sign of something bigger is happening?
ni senang aje
kalau org tanya apa yg turun semua naik
siling la yg turun hehehe
Post a Comment