Wednesday, March 19, 2008

Sapa Pak Lah?

From Jabatan Penerangan Malaysia website http://pmr.penerangan.gov.my/custom.cfm?name=lihatbiodatadetail.cfm&id=17 Dilahirkan pada 26 November 1939, di Kampung Perlis, Bayan Lepas. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam. Beliau kemudian memasuki Sekolah Tinggi Bukit Mertajam sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Methodist Pulau Pinang. Beliau banyak mendalami ilmu agama di sekolah agama yang diasaskan oleh ayah beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya sehingga berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang pengajian islam Pada Tahun 1964. Sejurus menamatkan pengajian, beliau memulakan karier sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau kemudian berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk bagi menangani tragedi 13 Mei 1969. Berkat pengalaman yang diperolehi, beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada 1974. Pada tahun 1978, beliau melepaskan jawatannya dalam kerajaan untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas. Beliau kemudian berjaya memenangi kerusi berkenaan dan mengekalkannya sehingga ke hari ini. Ekoran kejayaan yang cemerlang itu, Dato' Seri Abdullah dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1980, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri di kementerian yang sama hasil daripada kecekapan dan kebolehan mentadbir yang beliau miliki. Pada tahun 1981, Dato' Seri Abdullah dilantik menjadi menteri penuh apabila diberi kepercayaan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Selepas berkhidmat selama empat tahun, beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Pelajaran bagi membantu merevolusikan bidang pendidikan negara. Di bawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad, Dato' Seri Abdullah seterusnya dilantik memegang Menteri Pertahanan selama satu tahun iaitu pada tahun 1991. Setelah berkhidmat selama lapan tahun, beliau akhirnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada tahun 1999. Dato' Seri Abdullah memulakan karier politiknya dalam UMNO pada tahun 1965. Beliau yang mengetuai Cawangan Bertam kemudiannya dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas pada tahun 1978. Karier politik beliau dalam UMNO semakin terserlah apabila beliau dipilih menganggotai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1981 dan seterusnya dipilih sebagai Naib Presiden pada tahun 1984. Dato' Seri Abdullah yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun 1999 telah diberikan kepercayaan sebulat suara oleh ahli-ahli UMNO seluruh negara sebagai Timbalan Presidan UMNO bagi menggantikan Tun Mahathir Mohamad yang melepaskan jawatan beliau dalam parti dan juga kerajaan. Dato' Seri Abdullah telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1965. Hasil perkongsian hidup beliau bersama Datin Seri Endon binti Mahmood, beliau dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dan perempuan. Beliau secara rasmi dilantik senagai Perdana Menteri ke-5 pada 31 Oktober 2003 menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi meneruskan kecemerlangan Malaysia menuju Wawasan 2020. Menerusi ucapannya 'bekerja bersama-sama saya, bukannya untuk saya', beliau menyeru kepada semua pihak agar bersama-sama beliau menjadikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai