Tuesday, April 07, 2009

'Apa Ni?'

apa ni?
tanya si kecil
jari menunjuk
mata terkebil-kebil
ekspresi muka ingin tau
menunggu jawapan si tua

si ayah menjawab tenang
si kecil tidak puas
ditanya lagi
apa ni?

tumpuan ayah tertanggu
menonton kotak menyaksi sepak bola ditekan suaranya
garau bunyinya
si anak mendengar teliti

diulang soalan
apa ni?
mencari jawapan hakiki
si tua sudah angin
diguris hati si kecil

si kecil sekadar ingin tahu
hatinya suci bersih
tiada sengketa
walau dimarahi

3 comments:

Smiling MY said...

Apa plak ni?

..::EnAikAY::.. said...

ala matyie, ni kisah ihsan dgn anak dia semalam, bilamana ihsan sibuk nak tengok bola kat astro bila anak dia dok tanya apa benda yg melekat kat tepi hidung tu. si ihsan malu nak ngaku taik idung dia terkeluar, sbb tu la dia tak berani bagi jawapan kat anak dia...

[i] said...

enaikay,
tahi idung takpe lagi.... ada byk mende lagi yg susah nak explain :D

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai