Wednesday, August 04, 2010

Pada Waktu Pagi




Pagi itu embun masih jatuh menyiram wajah bumi. Air yang luluh dari langit menyusun rezeki hari ini. Desiran angin dingin merdu sekali. Nikmat menyedut bayu ini menyegarkan makhluk pagi. Udara suci datang lagi hari ini. Dari gunung angin berhembus menelus-nelus alunan bukit. Dari hutan ombakan embun bergulung-gulung membasahi padang-padang tempat berdiri  makhluk-makhluk nan menanti-menanti. Datang dan tiba dengan pelbagai bunyi. Dengan cinta mereka berdiri. Menyiapkan bekalan untuk sambungan generasi.


Indah nian pemandangan sebuah kapal terbang yang berlepas meninggalkan bulan di belakang menuju kepada matahari jingga kemerahan tanpa awan yang mengaburi suasana. Terbang. Pergi dari bumi. Tinggi dan tinggi lagi. Seolah-olah tidak mahu kembali. Mereka yang pergi dari bumi sementara sahaja kerna hukum keabadian tenaga. Tenaga yang tersesar pasti akan memusar pada jantung galaksi. Segala benda akan mengikut jalan graviti. Umpama jatuhnya embun pagi.



Terang-terang perang datang dari langit gelombang hitam mengetuk pintu.Tiba tanpa pedang, parang atau senapang. Dari peti serangan peluru-peluru sakti bertubi-tubi imej yang tidak henti-henti menggentarkan hati. Kalbu terperangkap jiwa dikurung lantas keras membeku. Minda tersekat akal terjerat akibat melekat berabad-abad.

Namun pagi ini harapan masih pasti. Lihat saja pada ibu-ibu yang bersiap di dapur. Tenaga ibu disimpannya dalam masakan. Agar nanti anak-anak akan habiskan. Tenaga ibu dan tenaga bumi pun bersebati di dalam diri meluhurkan peribadi. Makanan yang baik untuk mereka mencari ilmu. Agar sempurna akal berfikir. Sentiasa akur sentiasa bersyukur.

Tenggelam dalam pemikiran wasap nafas berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidung seraya berdiri di tepian sungai di tepi hutan di hadapan gunung. Sisa dingin malam dan semburan deruan air bercampur baur memekatkan lagi  ketepuan udara. Di sini dan tatkala inilah kenikmatan awal pagi paling terasa. Pagi yang indah untuk semua. Semalam pagi pergi kini sudah datang semula. Pagi ini masih milik kita.

Selamat pagi semua. Moga kita saling berdoa.
Di hujung desa maupun kota, sebelum subuh pasti sudah ada ibu yang terjaga.

Kutak ketik klik klok, capal terompah dihentak ke bumi,
              Ketung ketang kling klong, bunyi dentungan sudip dan kuali.



Blogger Templates

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai