Wednesday, July 25, 2007
movie review: Because I said So
Tuesday, July 24, 2007
...enCIK mod bercuti...
Bocor lagi -- Tuala wanita punca air kumbahan melimpah di kafeteria HSAH
SOURCE: Utusan Malaysia
Oleh OPAT RATTANACHOT
SUNGAI PETANI 23 Julai – Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini yang berharga RM468 juta sekali lagi mengalami kebocoran paip pada silingnya menyebabkan sebahagian ruang kafeteria hospital itu dilimpahi air sisa kumbahan.
Kejadian paip bocor hari ini adalah yang kelima sejak HSAH memulakan operasi Disember lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi ini, sebahagian besar pengunjung kafeteria terpaksa menikmati sarapan pagi dalam keadaan kurang selesa dan ada antara mereka beredar ke tempat lain.
Pengarah HSAH, Dr. Hariff Fadzilah Hashim berkata, siasatan awal mendapati kebocoran paip di kafeteria itu berpunca daripada sikap orang ramai membuang lampin pakai buang ke dalam mangkuk tandas.
“Apabila lampin itu dibuang, ia menyebabkan tandas tersumbat sehingga mengakibatkan paip bocor dan sisa kumbahan meleleh ke lantai kafeteria,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau kesal dengan sikap orang ramai itu kerana pihak hospital telah menyediakan tong sampah di dalam bilik air bagi mengelakkan lampin atau tuala wanita dibuang ke dalam mangkuk tandas, namun kejadian tersebut terus berlaku.
“Kejadian siling bocor itu berulang lagi kerana kurang kesedaran di kalangan pengunjung hospital mengenai fungsi sebenar tandas,’’ kata Dr. Hariff Fadzilah.
Pada 11 Jun lalu, sebahagian ruang kafeteria hospital itu juga dilimpahi air sisa kumbahan akibat kebocoran paip pada silingnya.
Kejadian yang sama pernah berlaku pada 18 Disember tahun lepas, penghujung Februari lalu dan pada 14 Mac.
Menurut Dr. Hariff Fadzilah, dalam kejadian hari ini pihaknya terpaksa bertindak menutup sementara kafeteria hospital itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
“Kafeteria itu hanya dibuka semula kira-kira pukul 12 tengah hari,’’ jelasnya.
Beliau berkata, HSAH masih diletakkan di bawah tanggungjawab kontraktor utama iaitu TH Universal Builders Sdn. Bhd. dan Bina Darul Aman Berhad (THUB-BDAB) sehingga Ogos tahun depan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Masyarakat Siam Kedah, Datuk Fong Chok Gin ketika dihubungi malam ini berkata, kerajaan negeri memandang serius kejadian kebocoran paip di hospital itu.
Sambil melahirkan rasa kesal, beliau menegaskan, kes itu tidak akan berlaku sekiranya para pengunjung hospital lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah sarap ke dalam mangkuk tandas.
“Saya minta orang ramai terutama pengunjung hospital bersama-sama menjaga harta benda awam supaya ia tidak mencetuskan masalah lagi pada masa akan datang,’’ ujarnya.
Menurut Chok Gin, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya dan kontraktor utama bangunan HSAH iaitu THUB-BDAB menyediakan laporan lengkap berhubung kejadian itu.
“Pada masa yang sama, kita juga mahu mereka menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengemukakan cadangan bagi membendung kejadian itu daripada berulang,’’ katanya.
resipi mee bandung
| SOURCE: www.mesra.net Bahan-Bahan: | |
| 500 gm mee kuning (dicelur) 300 gm daging (dipotong) 300 gm daging ayam (dipotong) 300 gm udang 200 gm tauge Garam & minyak masak 2 sudu besar cili kisar 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 5 ulas bawang merah (ditumbuk) 1 mangkuk stok ayam | 4 sudu besar sos tomato 4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus) 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 1 biji limau kasturi 1 biji telur Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris) |
| Cara: | |
| Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit. | |
| Cadangan Hidangan: | |
| Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang. Aku dah try resipi ni, memang best... | |
...peOpLe nEeDed...
[korang ingat dak?] teksi
Monday, July 23, 2007
mini update
interview JEFFERI SAKEDAN
[korang ingat dak?] m nasir - bonda
cool website
Sunday, July 22, 2007
weLKam
just to say welcome to Fae, 506... & dr hannah wardiah, 502
and congratSz in advance to Fae on your wedding day...
[CLICK HERE FOR INFO]
[korang ingat dak?] Mariah Carey - Hero
Rajab 5, 1428, A.H. - July 20, 2007, C.E.
personal character quiz
Saturday, July 21, 2007
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.
jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.
terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....
article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai





