Tuesday, July 24, 2007

Bocor lagi -- Tuala wanita punca air kumbahan melimpah di kafeteria HSAH

Aku bukan nak ckp apa, dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah, selalu cikgu dok bebel masa perhimpunan pasal mende ni.. //Mod

SOURCE: Utusan Malaysia

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 23 Julai – Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini yang berharga RM468 juta sekali lagi mengalami kebocoran paip pada silingnya menyebabkan sebahagian ruang kafeteria hospital itu dilimpahi air sisa kumbahan.

Kejadian paip bocor hari ini adalah yang kelima sejak HSAH memulakan operasi Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi ini, sebahagian besar pengunjung kafeteria terpaksa menikmati sarapan pagi dalam keadaan kurang selesa dan ada antara mereka beredar ke tempat lain.

Pengarah HSAH, Dr. Hariff Fadzilah Hashim berkata, siasatan awal mendapati kebocoran paip di kafeteria itu berpunca daripada sikap orang ramai membuang lampin pakai buang ke dalam mangkuk tandas.

“Apabila lampin itu dibuang, ia menyebabkan tandas tersumbat sehingga mengakibatkan paip bocor dan sisa kumbahan meleleh ke lantai kafeteria,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau kesal dengan sikap orang ramai itu kerana pihak hospital telah menyediakan tong sampah di dalam bilik air bagi mengelakkan lampin atau tuala wanita dibuang ke dalam mangkuk tandas, namun kejadian tersebut terus berlaku.

“Kejadian siling bocor itu berulang lagi kerana kurang kesedaran di kalangan pengunjung hospital mengenai fungsi sebenar tandas,’’ kata Dr. Hariff Fadzilah.

Pada 11 Jun lalu, sebahagian ruang kafeteria hospital itu juga dilimpahi air sisa kumbahan akibat kebocoran paip pada silingnya.

Kejadian yang sama pernah berlaku pada 18 Disember tahun lepas, penghujung Februari lalu dan pada 14 Mac.

Menurut Dr. Hariff Fadzilah, dalam kejadian hari ini pihaknya terpaksa bertindak menutup sementara kafeteria hospital itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

“Kafeteria itu hanya dibuka semula kira-kira pukul 12 tengah hari,’’ jelasnya.

Beliau berkata, HSAH masih diletakkan di bawah tanggungjawab kontraktor utama iaitu TH Universal Builders Sdn. Bhd. dan Bina Darul Aman Berhad (THUB-BDAB) sehingga Ogos tahun depan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Masyarakat Siam Kedah, Datuk Fong Chok Gin ketika dihubungi malam ini berkata, kerajaan negeri memandang serius kejadian kebocoran paip di hospital itu.

Sambil melahirkan rasa kesal, beliau menegaskan, kes itu tidak akan berlaku sekiranya para pengunjung hospital lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah sarap ke dalam mangkuk tandas.

“Saya minta orang ramai terutama pengunjung hospital bersama-sama menjaga harta benda awam supaya ia tidak mencetuskan masalah lagi pada masa akan datang,’’ ujarnya.

Menurut Chok Gin, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya dan kontraktor utama bangunan HSAH iaitu THUB-BDAB menyediakan laporan lengkap berhubung kejadian itu.

“Pada masa yang sama, kita juga mahu mereka menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengemukakan cadangan bagi membendung kejadian itu daripada berulang,’’ katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Rendam je pengunjung kat hospital tu..mcm warden buat kat sekolah kat sabah.. :)

[web-mod] said...

bagus gak idea tu haq, letak gambo budak2 kena rendam tu kat depan pintu tandas..

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai