Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kesal dengan apa yang berlaku yang mengaitkan pembunuhan kejam kanak-kanak berumur lapan tahun itu begitu rupa.
“Saya telah melihat gambar-gambar yang disiarkan melalui e-mel dan telah membuat laporan.
“Penyiasatan sedang dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan saya memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu supaya berhenti berbuat demikian atau menghadapi risiko didakwa mengikut OSA atau didakwa memiliki bahan-bahan lucah,” katanya.
“Saya tujukan amaran ini khususnya kpd anggota saya sendiri (polis) kerana mereka yg mempunyai akses secara langsung kpd gambar berkenaan dan juga sesiapa yg kini memiliki gambar itu,” kata Khalid.
Nurin dilaporkan hilang pada 20 Ogos selepas dia seorang diri pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju di sini.
Pada 17 September, mayat kanak-kanak itu yang dalam keadaan bogel ditemui disumbat dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah kedai di Petaling Jaya.
Hasil bedah siasat mendapati dia didera secara seksual, dengan terung dan timun dimasukkan ke dalam kemaluannya.
Polis menahan lima orang, termasuk seorang wanita, berhubung kes pembunuhan itu 10 hari selepas mayat kanak-kanak itu ditemui tetapi hanya wanita itu masih ditahan reman.
Empat lelaki terbabit dilepaskan empat hari kemudian setelah ujian DNA yang dilakukan terhadap mereka tidak sepadan dengan bahan asing yang ditemui pada mayat Nurin.
Menyifatkan penyebaran gambar-gambar itu sebagai perbuatan yang keji, Khalid berkata, kemungkinan pihak lain juga memilikinya.
Ditanya jumlah gambar yang dipaparkan dalam internet, beliau berkata: “Banyak, kira-kira seluruh set gambar berkenaan.” - Bernama
No comments:
Post a Comment