Thursday, October 11, 2007

Tips Balik Kampung Beraya di Rumah Emak

SOURCE: saujanautama.net Sent thru email by Adzimi Bila giliran kali ini jatuh beraya di kampong rumah emak kita, maka hati kita amat gembira sekali. Terbayang wajah-wajah emak, ayah, abang-abang, adik-adik berkumpul bersama-sama di ruang depan rumah bersembang dan bergebang sampai larut-larut malam. Masa inilah emak dengan tabiatnya akan membuat bubur kacang kegemaran anak-anak nya itu. Dua hari sebelum raya, kita dah bersiap-siap nak balik kampong. Isteri kita juga lebih sibuk persiapannya. Dia sungguh teliti tentang pakaian baru anak-anak kita. Dia amat gelisah dengan resipi kek yang akan dibuat untuk bawa balik ke kampong nanti. Acap kali dia peringatkan kepada anak-anak kita untuk berdisiplin bila balik ke kampong nanti. Apatah lagi jika ada dikalangan anak-anak kita yang suka kencing tikar, lagilah nampak kerisauannya. Dia juga lebih cerewet terhadap baju melayu dan samping yang akan kita pakai pagi raya nanti. Dia benar-benar pastikan "said" strekar baju tu lurus kemas. Tetapi kita yang nak balik ke rumah emak sendiri ni agak tak kisah sangat. Asalkan isteri mahu balik itu pun sudah cukup mengembirakan kita. Bagi kita, emak dan ayah kita tu bukan tidak kisah sangat tentang isteri dan anak-anak kita tu, asalkan kita sekeluarga anak beranak balik raya tahun ni pun sudah mengembirakan mereka. Maka berayalah kita di kampong tempat tumpah darah kita. Sesampai di rumah, kita dengan perangai lama semasa belum bernikah, mulalah bermanja dengan emak. Suruh emak masak itu dan ini. Lepas makan kita bersembang dengan adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak dari satu tajuk ke tajuk yang lain. Seronok bercerita, kadang-kadang tu usik mengusik, sekali sekala terusiklah isteri kita tu. Kita tak kisah. Reunion lah katakan. Pagi raya kita keluar dengan anak-anak yang besar-besar ke masjid atau surau kampong kita. Lepas solat raya kita merayau-rayau ikut orang kampong dari rumah ke rumah menziarahi raya. Sepas zohor kita keluar semula dengan geng-geng lama yang ajak berunion lagi dengan agenda khusus kita. Bila malam sebelum maghrib, baru kita balik ke rumah. Sampai di rumah kita tengok isteri kita duduk menyendiri dalam bilik terpelesok di atas katil, muka bermuram durja laksana cuka bermandikan air asam gelugur. Anak-anak kita terbiar berkumpul depan tv dengan anak-anak saudara yang lain. Emak-emak saudara merekalah yang melayan sambil tengok siaran tv yang penuh dengan anika ragamnya. Malas nak bising, kita pun keluar bilik dan terus bersembang dengan tetamu dan adik-adik. Dalam hati bertanya sendiri. "Apa hal pulak isteri ni? Orang seronok, dia munyok pulak?" Hari yang sepatutnya bergembira menyambut kejayaan menewaskan gudaan nafsu, telah bertukar menjadi muram laksana negeri telah diserang garuda. Habis raya, komunikasi menjadi lebih basi bila kita kata seronok balik ke kampong. Akhirnya dia akan berani kata, "Tak seronoklah balik ke rumah you". Mengapa boleh terjadi demikian? Bagi diri kita, memang tiada masalah jika balik ke rumah sendiri. Semua tindak tanduk emak, ayah, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik sudah kita maklumi. Kehadiran kita memang amat mengembirakan mereka. Bagaimana pula isteri kita? Isteri kita pula amat bimbang, sebab dia akan ke rumah ibu mertuanya yang memang asing baginya. Asing menghadapi keluarga kita, asing berhadapan dengan suasana rumah ibu mertua dan asing bertemu dengan keluarga mara dan jiran kampong kita. Apa yang dibimbangkan? 1. Terhadap ibu kita: Dia bimbangkan ibu kita akan menilai perangai anak-anak kita dengan membuat bandingan dengan cucu-cucunya yang lain. Dari sudut pakaian baru, bangun tidur, cara makan, bersosial dengan cucu-cucunya yang lain dan macam-macam lagi. Lagi dia sedih jika emak kita menasihat dia cara-cara didik anak yang betul (Walaupun dia tahu yang emak kita tu memang ikhlas memberikan nasihat). 2. Terhadap adik-adik dan kakak-kakak kita: Dia bimbang akan perangai anak-anak kita yang mengganggu mereka seperti manangis waktu malam, bergaduh dengan sepupu yang lain dan macam-macam lagi. Lagi dia bimbang ialah komen dari adik-adik dan kakak-kakak kita nanti. Alhamdulillah jika dapat komen positif, dia pun tumpang seronok. Tetapi apa kata pula jika mendapat komen yang disebaliknya. Jenuhlah dia beri alasan-alasan. 3. Terhadap diri kita sendiri: Dia bimbang perangai kita berubah bila bersama-sama dengan keluarga sendiri. Kalau pagi-pagi rajin membantunya menguruskan anak, jemur kain, tukar lampin anak dan sebagainya, tetapi apabila di rumah emak kita, kita berubah menjadi malas, tidur sepanjang hari dan bersembang tidak mahu membantunya. Dia bimbang emak akan mengata yang kita, suaminya ini, memang malas. Apa yang harus kita buat? Sebaik-baiknya, sebelum balik ke kampong tu, kita sekeluarga termasuk anak-anak yang dah besar-besar tu, berbincang apakah matlamat kita balik ke kampong kali ini. Jika matlamat kita nak menghiburkan opah dan atok, maka kita mestilah bersetuju bersama-sama untuk menghiburkan mereka. Buatlah strategi dengan isteri dan anak-anak kita. Bila tiba di rumah emak kita, apa yang mesti kita buat. Berikan tugas kepada semua termasuk anak-anak yang kecik-kecik tu. Bila waktu pagi, apa yang mesti masing-masing buat. Contohnya: kita ke surau untuk solat subuh, jika kita terlena, isteri mesti kejutkan. Sedang kita ke surau, isteri bangunkan anak-anak yang besar-besar ke bilik air sebelum sepupu yang lain bangun. Semua kena siap sebelum kita balik dari surau. Isteri dan anak yang besar pula selepas solat terus bantu opah di dapur menyiapkan makanan pagi. Kita balik dari surau tolong mandikan anak-anak yang kecik-kecik tu. Anak-anak yang besar kena kemaskan tempat tidur. dan seterusnya. Anak2 kena faham isyarat dari kita dan emaknya jika ada sesuatu perkara yang tidak menyenangkan kita. Agar tidak perlu kita bersuara dalam memberi arahan. Sebelum kita tidur, adalah baik jika kita buat penilaian pencapaian matlamat kita bersama-sama dengan anak-anak yang besar-besar tu. Ubahlah strategi jika keadaan memerlukan. Pujilah isteri dan anak-anak jika semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Bersyukurlah kepada Allah. Pohonlah keberkatan dariNYA. Amalkanlah! Pasti anda mendapat 2 kegembiraan, gembira berhari raya dan gembira kerana isteri kita juga bergembira. Selamat mencuba

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai