Friday, June 27, 2008

SIRIH PULANG KE GANGGANG, the latest

SAMBUTAN JUBLI PERAK

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING

(1983 – 2008)

MRSM Taiping merupakan antara MRSM terawal yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kini penubuhannya sudah menjangkaui 25 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1983. Untuk itu pihak pengurusan MRSM Taiping dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) cawangan MRSM Taiping telah merancang mengadakan majlis sambutan sempena 25 tahun penubuhan MRSM Taiping. Pelbagai program telah dirancang sepanjang sambutan ini diadakan. Butirannnya adalah seperti berikut:

Tarikh : 25hb – 27 Julai 2008.
Tempat : MRSM Taiping.
Tema : “Nurturing Geniuses In Unison”.

Program Sambutan:
1. Jamuan Makan Malam.
2. Pertandingan Golf Amal, Boling, Badminton, Volley Ball.
3. Larian Bukit Larut.
4. Sirih Pulang Ke Gagang ( Program ANSARA : Forum, Bengkel Kerjaya dan Temuduga, Ceramah Motivasi, Pameran dan Sukan.).
5. Hari Terbuka Asrama.

Justeru, sambutan Jubli Perak MRSM Taiping diadakan bagi menemukan semula bekas-bekas pelajar, guru-guru dan individu-individu yang pernah memberi sumbangan terhadap kecemerlangan MRSM Taiping, di samping mencungkil nostalgia pahit-manis sepanjang MRSM Taiping ditubuhkan. Paling istimewa ialah Program Hari Terbuka Asrama memberi peluang kepada bekas pelajar dan keluarga menginap di asrama bagi mengingati nostalgia tinggal di asrama semasa belajar di MRSM Taiping. Butiran pakej program adalah seperti berikut:

Pakej A ( Bayaran RM 200.00)

Pakej B ( Bayaran RM 300.00)

- perseorangan. - goodies. - makan-minum selama 3 hari. - penginapan di asrama. - majlis makan malam.

- suami – isteri (keluarga) - goodies. - makan-minum selama 3 hari. - penginapan di asrama. - majlis makan malam.


Keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa program-program sempena sambutan ini amat bermakna sekali khususnya bagi bekas pelajar dan individu yang pernah berkhidmat di MRSM Taiping.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi urusetia sambutan iaitu :

  • En Khairul Anuar (013-5234607)
  • Pn Haleeza (012-5800450)
  • Pn Azwani (019-2667795)
  • En Zaini (012-2015610)

atau layari :

1 comment:

[i] said...

aini, ko mesti suka activity ni. ada larian bukit larut tu!!! boleh la ko show off skill potong sayur ko

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai