Friday, October 24, 2008

Job Vacancies with TM

Ruj Kami : ( 62 ) HR SSO/REC/Iklan/4

YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan

Warga Telekom Malaysia
Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa TM mempelawa calon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Kumpulan Telekom Malaysia (TM Group) seperti berikut:

HSBB SYSTEMS
Team Leader - Testing
Team Leader - Business Analyst
Team Leader - EAI SA
Team Leader - Integration
Team Leader - Inventory
Team Leader - Migration
Team Leader - NTAPS
Team Leader - SFM
Team Leader - Siebel
Team Leader - SLM
Team Leader - SPM
Team Leader - TA

SPECIALISED NETWORK SERVICES (SNS)

1. Pembantu Pegawai Teknik
Kekosongan jawatan-jawatan ini adalah terbuka kepada anggota-anggota Kumpulan TM (TM Group), saudara mara dan sahabat handai.

Bagi anggota dalaman yang memohon jawatan Pembantu Pegawai Teknik di bahagian SNS, ianya akan dianggap sebagai pertukaran dan bukannya kenaikan pangkat. Bagi calon luar, perlantikan adalah secara kontrak.

Maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan tersebut adalah seperti fail-fail yang dilampirkan.

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui TM Online Recruitment, laman web pengambilan anggota TM di http://www.tmcareer.com.my

Sebarang permohonan secara selain daripada yang tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 November 2008. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon-pemohon tidak dihubungi atau menerima sebarang maklum balas dari kami dalam tempoh dua (2) bulan, adalah dianggap permohonan yang dikemukakan tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi HR Helpdesk 1-800-88-9779 atau emelkan kepada hrhelpdesk@tm.com.my

Sekian. Salam hormat
"HAYATILAH KRISTAL KITA"

t.t.

IR ABDUL RAZAK HUSSIN
Pengurus Besar
HR Shared Service Organization

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai