Sunday, February 21, 2010

Suatu bayan yang bagus

Aku tahu ada ramai bapa di sini. Setiap bapa yang baik akan mengenang masa hadapan anak-anak mereka. Maka, atas dasar sayang dan tanggungjawab, bapa ini akan menyediakan segala-gala yang terbaik yang mampu dicapai olehnya untuk anak-anak. Tabung pendidikan, ilmu yang berterusan, keselamatan daripada kejahatan dan sebagainya. Namun jauh di sudut hati setiap bapa yang baik akan berdoa agar anak-anaknya nanti berdiri tegak di bawah bayang-bayang panji Islam mempertahankan dan memperjuangkan tradisi muslimin di sini. Kendatipun, ramai bapa hanya mengambil pendidikan atas dasar populariti yang diaruskan oleh media semasa. Harapan setiap bapa agar setiap anak berdoa tanpa jemu kepadanya nanti akan pudar jika terus-terusan serangan media mengancam integriti kolaborasi pendidikan yang disusun oleh setiap bapa dan kerajaan. Luangkan sejam masamu untuk mempelajari bagaimana Nabi Ibrahim a.s. sebagai bapa dan pengaplikasian pengetahuan silam ini di dalam era semasa.Suatu bayan yang sangat baik dan memberangsangkan daripada saudara Nouman Ali Khan. Perbincangan beliau akan berlanjutan kepada penyelesaian dan pendekatan yang perlu diambil untuk memastikan anak-anak kita selamat di dunia dan akhirat. Semoga kalian sekeluarga tinggal berjiran di syurga. Ameen Ilmu tanpa amal adalah seperti pokok yang tidak berbuah.

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai