Kolej Kediaman
Bilik sentiasa bersih dan kemas
Komen : Bab ni biasanya hari Sabtu je yg jalan, sebab ada pengawas yg check. Maklumlah, satu tak nak malu, satu lagi kalau ada rezeki dapatlah anugerah wing terbersih & bilik terbersih. Tapi kalau kat Aminuddin Baki tu tak banyak sangat bezanya. Sebab AB sentiasa 'bersih' & 'mesra alam'. Kat Kenanga lah yang sakit sikit, sebab ada sistem denda. Katil tak strech 20 sen, tong sampah tak clear 20 sen. Isk...sakit..sakit.
Keluar 'prep' tepat pada waktunya
Komen : Prep malam biasanya okay je. Lepas Maghrib terus turun. Tapi yg liat sikit ni prep petang. Maklumlah, pukul 3.00 petang tu waktu wajib 'membuta'. So, paham2 jelah. Dress code pulak satu hal, kena pakai lawa2. Terpaksa la ikut sebab tak nak kena sound ngan cikgu2. Tapi ramai tak kisah pakai lawa2 sebab boleh la 'jual minyak' sikit.
Turun ke surau untuk solat Maghrib berjamaah (putera)
Komen : Putera aje? Yelah, puteri kadang2 ada cuti. Tapi kalau ikutkan, puteri pun kena clear gak & terus pegi prep. Putera pulak ramai gak yg 'cuti' jugak. Sembahyang kat bilik aje. Antara alasannya : overslept, tak sempat, bilik air penuh, takde songkok & lupa!
'Lights-off' tepat pada waktunya
Komen: Tang lights-off tu okay lagi. Kira pukul 11.00 tu semua gelap aje. Tapi menjelang 11.15 aje, mulalah ceria balik kolej kediaman. Maklumlah ramai yg nak 'study'. Tak ketinggalan nak kemas katil, cuci muka tengok tv, gosok baju, buat port & main chess ngan Mr. Ranjit.
Gotong-royong sekali setiap bulan
Komen : Form 4 boleh tahan. Form 5 boleh jalan. Jangankan sekali sebulan, sekali setahun pun kira Alhamdulillah. Nasib baik ada akak & abang yg tolong bersihkan setiap pagi, kalau tidak....
Hadir 'roll-call'
Komen : Part ni best. Sebab tak semua orang pernah rasa. Time ni lah kena sound. Kekadang tu ada gak peluang 'menyaound' orang. Tapi yg cool nye sebab boleh tahu perkembangan, kes & krisis terbaru. Kira macam dengar gossip la. Tak caya tengok tiap kali lepas roll call, mesti ada groups buat port. Buat analisis la tu kononnya. Biasanya semua datang sebab kalau tak datang tu, cari penyakit tu.
Blok Akademik
Kawasan akademik dikosongkan selepas 6.30 petang & 10.15
Tidak dibenarkan memakai selipar, sandal & round-neck T-shirt
Tidak dibenarkan membawa 'walkman'
Perhimpunan Pagi
Hadir tepat pada waktunya
'Negaraku' dinyanyikan dengan sempurna
Memakai tag nama
HUKUMAN
Kesalahan kategori A adalah tindakan Guru Disiplin
Kesalahan kategori B & C dikenakan hukuman 'Confinement'
Bagi confinement, dikehendaki menandatangani Buku Confinement sebanyak tiga kali setiap Sabtu dan Ahad
Bagi DC, dikehendaki menandatangani Buku DC sebanyak empat kali setiap Sabtu dan Ahad disamping kerja amal
[mekacih to talib for this piece]
3 comments:
Aik, tak tau lak aku pasal hukuman kategori B&C, buku confinement tu. This is new.
kau tak pernah kena confinement kot..
aku pernah kena sekali sbb kuar town masa AGM ko-op hehehe.. aku rasa, ada a few gak terlibat.. fazi n hez kot.. tak ingat.. sori kalo salah :)
budak kelas aku termasuk harris, nuar, naj ponteng senaman pagi. kantol ngan saedah.. dia kata tak mo masuk confinement.. tapi lain jadinye... :D
Post a Comment