Wednesday, July 18, 2007

Interview NIK FAHUSNAZA

Interviewer: Ihsan Interviewee: Nik Fa (503) - Bekas Ketua Lembaga Pengawas Maktab (atau LDP - lebuhraya damansara puchong, haha) Soalan pertama, boleh kasi nama penuh anda, no maktab (kalau ingat la), homeroom dan kelas? “Nama sebenar saya Nik Fahusnaza NM Najmi. Tak glamer pun, kalau google tak banyak pun jumpa match results. No maktab tak ingat dah, tapi kalau tanya no. plate kereta ingat la. Homeroom Intan D, kelas 403/503. Sekian, terima kasih.” OK, ada lagi soalan ni, tunggu. Oleh sebab mrsm taiping ni start from form 4, sekolah form 1-3 dulu kat mana? ”Oh, dulu sekolah kat skolah biasa2 je. Nama sekolah tu ialah SM Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu. Antara yang sama2 masuk taiping dari skolah tu ialah Naguib (503) dan Farizal Kasim (512). Ada sorang lagi, nama dia Nik Salwani Idora, tapi lepas sebulan tu dia keluar dari maktab. Ada soalan lain?” Ada, ada. Best & worst memories masa kat tepen? “Banyak benda yg best masa kat taiping dulu. Yang tak bestnya ialah sebab dulu takde henfon. Cuba bayangkan kalau boleh bawak henfon masa kat taiping… hmmm… I know.” Apa yang paling anda rindu pasal tepen? “Rindu nak main volleyball, rindu nak naik bukit larut, dan rindu kat kawan2 lama.” Cikgu kesayangan? “Is this a trick question? Nak tanya cikgu mana yang sayang saya atau nak tanya cikgu mana yg saya sayang? Ulang suara, ulang suara. Hehe. Sebenarnya, semua cikgu best…hehe (dalam ertikata yg tersendiri la)”. Kita dah tinggalkan tepen 12 tahun lepas, apa mende yg anda buat sekarang? (kerja, hobi, kelab, etc) “Alhamdulillah lepas saya grad, saya dapat kerja yg boleh la tahan, cukup makan je. Lepas dah 6 tahun kat situ, tukar keje lak. Sekarang ni saya tengah enjoy sakan dengan kerja baru yg lebih relax dari dulu (sebab tu boleh jawab soalan interview panjang2).” “Tentang hobi, saya ada la kayuh basikal racing sekali sekala time petang2. Orang kata, badan cergas otak cerdas. Konon2nya ada hati macam nak masuk triathlon atau ironman la suatu hari nanti. Tapi buat masa sekarang ni, nak masuk competition kayu-man pun tak layak lagi.” Apa pandangan anda tentang blog tepen9495? ada cadangan yang boleh buat blog ni lagi mantap? “Saya kagum dengan kemahiran IT moderator blog ni (kipas, jangan tak kipas..hehe). Walaupun beliau datang dari kelas 511 (aliran akaun), tapi beliau mampu membuktikan yg sapa2 pun boleh contribute something to anjung maresmart 9495 mengikut citarasa tersendiri. Semangat dan usaha yg macam ni la yg kita patut hargai. Bukan senang nak maintain sebuah blog yg disukai ramai. Kita semua patut lebih mesra alam dan tak perlu malu-malu kucing utk contribute to this blog. Belasah je, nak hantar gambar ke, nak buat cerita pak pandir ke. Asalkan bahagia.” “Bagi saya, blog ni penting sebagai sebuah media perhubungan antara kawan2. Dan yang lebih penting ialah kita sendiri, sebagai individu2 yang pernah hidup bersama kat tepeng selama 2 tahun yang menjadikan kita KAWAN atau SAHABAT, untuk meneruskan hubungan silaturahim persahabatan yang pernah terjalin. Orang kata, berkawan biar seribu, berkawin biar satu. Hehe.” “Jadi, untuk memantapkan lagi blog ni, kita semua perlu bekerjasama dengan pihak moderator. Puji2lah sikit blog tu sekali sekala, biar kembang sikit lubang hidung moderator so that lagi best dia kasi bikin ini blog.” (Hampeh punya orang, aku jugak yg kena). Akhir sekali, apa idea anda untuk kita buat reunion tahun depan sempena MRSM Taiping 25 tahun? “Ini satu idea yg bernas. Saya rasa kita patut adakan reunion. Cuma, kita perlu buat banyak persediaan. Pertama sekali, financial kena strong la. Option pertama, setiap orang mula kumpul duit masing2 mulai sekarang, supaya by the time kita nak buat reunion tu, diorang semua dah ada cukup duit utk petrol, tol, hotel, makan2 & bayar hutang lama kat member2. Option kedua, kita boleh start menjana funding atau yg seumpama dengannya supaya bebanan individu takde la berat sangat, tambahan lagi kalau kita banyak duit banyak benda best boleh buat time reunion tu nanti. Budak2 kelas 511 & 512 kan ramai yg jadi accountant atau masuk bidang finance, maybe diorang boleh ikhtiar sesuatu.Yang dah jadi businessman pun ramai.” “Kalau perkara pertama dah kaotim, perkara kedua ni agak subjektif sikit la – tentang tarikh dan tempat utk reunion. Kalau masing2 boleh allocate satu masa yg diorang boleh sacrifice aktiviti2 hujung minggu diorang, saya rasa mana2 tarikh yg akan dipilih utk buat reunion tu takkan menimbulkan masalah kehadiran yg besar. Kecuali, kalau diorang memang tak hingin nak datang reunion sebab takut member tuntut hutang lama, itu lain cerita la. Utk yg dok jauh dari lokasi reunion tu, as I said earlier, this is subjective. Orang kata, if there’s a will, there’s a way. Dan bagi kawan2 yg masih study atau keje kat oversea, diorang boleh hantar voice message or video message or picture message dan kita boleh tayangkan semasa reunion nanti.” “Yang ketiga tentang nak organize reunion tu. Yang ni rasanya paling senang nak buat kalau masing2 dah bersemangat nak datang reunion. Saya rasa kita semua ada cita2 utk reunion, tapi ramai yang berat bontot nak commit or at least actively participate in the reunion committee tu nanti. Saya pasti committee tersebut akan cuba utk organize sebuah reunion event yg paling bermakna utk semua orang dgn sebaik mungkin. They do their part, and we as participants have to do our role lah pulak – to attend and participate the reunion. Kalau ramai orang boleh hadir, kita semua happy, dan semestinya ahli committee akan lebih happy. Let us all pray that this reunion will become a reality, Insha-Allah.” “Ada soalan lain?” Dah dah, cukup, cukup. Bagi chance kat orang lain pulak utk interview. Terima kasih daun keladi.

1 comment:

Anonymous said...

Selamba but insightful...

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai