Monday, November 19, 2007

Gangguan Bekalan Air

From Hazlinda Gangguan bekalan air dijadualkan akan berlaku di beberapa kawasan SYABAS di Wilayah Petaling dan Klang/Shah Alam yang disebabkan oleh kerja-kerja hentitugas Untuk Pemasangan Semula ’Delivery Sluice Valve’ di No. 10 Bergaris Pusat 1100mm di Rumah Pam Air Bersih Loji Air Bukit Badong pada 24 November 2007 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. A. WILAYAH PETALING Kawasan USJ 3A, 3B, 3C & 3D B. WILAYAH KLANG - SHAH ALAM 1. Kawasan Shah Alam Seksyen 22, 23, 26, 27,28, 32, 33 & 34 2. Putra Heights / Putra Bestari 3. Subang Height 4. Subang Emas 5. Bukit Kemuning dan Bukit Naga 6. Kawasan Perindustrian Hicom 7. Seluruh Kg. Bukit Lancong Segala kesulitan amatlah dikesali. Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Sebarang pertanyaan atau aduan sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL jarak taipkan aduan atau pertanyaan hantar ke 39222 dan lawati laman web SYABAS di www.syabas.com.my. Gangguan bekalan air dijadualkan akan berlaku di beberapa kawasan di Selangor yang disebabkan oleh kerja-kerja selenggara dan menaiktaraf bekalan perkhidmatan bekalan air oleh SYABAS. Tarikh dan kawasan terlibat adalah seperti berikut: TARIKH/MASA GANGGUAN 20 November 2007 (Selasa) 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam SEBAB-SEBAB GANGGUAN Kerja-kerja pencucian Kolam Air Sedutan Taman Tun Dr. Ismail (A) KAWASAN TERLIBAT Petaling Keseluruhan kawasan Taman Tun Dr. Ismail TARIKH/MASA GANGGUAN 21 November 2007 (Rabu) 8.00 pagi hingga 10.00 malam SEBAB-SEBAB GANGGUAN Kerja-kerja pencucian Kolam Air Bukit Sentosa 1 KAWASAN TERLIBAT Hulu Selangor Keseluruhan kawasan Bukit Sentosa TARIKH/MASA GANGGUAN 22 November 2007 (Khamis) 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam SEBAB-SEBAB GANGGUAN Kerja-kerja pencucian Kolam Air SS19, Subang Jaya KAWASAN TERLIBAT Petaling Keseluruhan Kawasan SS19 dan sebahagian SS 18/1 hingga SS18/5, Subang Jaya TARIKH/MASA GANGGUAN 23 November 2007 (Jumaat) 10.00 pagi hingga 6.00 pagi keesokan harinya (24 November 2007) SEBAB-SEBAB GANGGUAN Kerja-kerja pemasangan ’Scour Point’ di Kilang Batu Bata Seng Hup Lee (kanan), Taman Sri Merbau dan Bagan Lalang. KAWASAN TERLIBAT Sepang Melibatkan keseluruhan kawasan Sepang, seluruh kawasan Sungai Pelek, kawasan Batu 4 dan keseluruhan kawasan Bagan Lalang. Segala kesulitan amatlah dikesali. Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Sebarang pertanyaan atau aduan sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL jarak taipkan aduan atau pertanyaan hantar ke 39222 dan lawati laman web SYABAS di www.syabas.com.my.

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai