Monday, May 17, 2010

Viva Palestina The Fourth

Ini ialah suatu mesej untuk semua muslimin dan muslimat.
Saudara-saudari sekalian,

Jika kita mahu berdoa kepada rakyat Palestin, maka berwuduklah, hadapkanlah wajahmu kepada al-Kaabah, dan berdoalah dengan penuh keikhlasan seraya mengaitkan kejayaan itu dengan Yang Maha Kuasa.

Berdoalah dengan meminta kepada-Nya umur dan kesihatan yang panjang agar kami dapat memuji-Nya lagi dan lagi. Kemudian berdoalah agar Islam terus teguh di Baitulmaqdis, semoga seluruh umat Islam boleh berkunjung dengan aman, bersembahyang dan terus-terusan memuji-Nya di dalam masjid yang telah dimuliakan itu, di atas tanah yang telah diberkati itu, di atas agama yang telah Dia redhai itu. Berilah kami akan apa yang tidak mungkin dapat diberikan oleh sesiapapun makhluk-Mu.

Sesungguhnya doa yang baik adalah doa yang tidak mementingkan diri akan tetapi doa yang memuji-muji Yang Maha Pencipta, yang bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan ujian yang hadir. Justeru amalmu kini bermula dengan niat yang benar dan lurus.

Tebalkan imanmu kemudian dengan menyimpan nombor ini di dalam telefonmu.
Tabung Palestin - 5644 9020 8528

Maka apabila ingat, sedekahkanlah barang seringgit dua buat usaha untuk meneguhkan ad-deen ini di bumi Palestin dengan memberi umatnya makanan, ubat-ubatan, pakaian hatta permainan untuk anak-anak mereka. Moga-moga nanti sedekahmu akan menjadi sebuah istana yang agam di syurga.

Lihatlah, mereka sudah membeli sebuah kapal!

http://www.perdana4peace.org/
The Crew's Blog - Regular Report
Related Photos  
http://www.shiptogaza.gr/Other-Languages/English

Inilah konvoi keempat Viva Palestina. Marilah kita jua menyumbangkan sesuatu sebagai asbab agar Allah meneguhkan umat Islam di sana dari cobaan dunia akhir zaman yang menggila-gila. Ameen Ya Rabbul A'lameen. Perkenankanlah doa kami wahai Tuhan Sekalian Alam.

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai