Thursday, September 20, 2007

MAYAT DALAM BEG SAH MAYAT NURIN JAZLIN

UPDATED: As retrieved from Bernama Newslink at : http://newslink.bernama.com/bin/getsubs.pl?v_wirelang=bahasa on 20/09/2007-15:18:51
PETALING JAYA, 20 Sept (Bernama) -- Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak. Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu. Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini. Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas. Sementara itu di KUALA LUMPUR, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33,seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya. "Saya ayah Nurin... Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang. Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya. "Jika polis suruh saya ambil mayat tersebut, saya akan terima, saya akan mandikan dan akan mengebumikannya. Tetapi saya hendak polis teruskan usaha mencari Nurin kerana saya tahu Nurin masih berada di luar sana dalam keadaan selamat," kata Jazimin kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jazimin juga berkata beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin. Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya. Jazimin berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut. Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35, telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu. Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa. "Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi. "Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami," katanya dengan linangan air mata. Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya. Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan "saya tetap akan menunggu kepulangannya," katanya sebak. Norazian berkata lebih memilukan perasaannya adalah apabila dalam keadaan beliau bersedih dengan kehilangan Nurin, ada pula orang yang tergamak mempermain-mainkan mereka suami isteri dan keluarga dengan membuat panggilan telefon kononnya Nurin Jazlin yang dikenali dengan panggilan "Kak Ngah" ada dalam kawalan mereka. Menurutnya beliau turut menerima satu panggilan semalam daripada seorang yang tidak dikenali yang memberitahunya Nurin berada dalam penjagaannya. "Saya dah lemah, dah tidak bersemangat lagi untuk menerima sebarang panggilan yang menyakitkan hati. "Sekarang ini saya harap Tuhan akan balas (tindakan kejam) pembunuh anak saya supaya setimpal dengan apa yang telah dibuat terhadap Nurin," katanya pilu apabila mengenangkan pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh anak perempuannya itu sejak sebulan lepas sebelum mayatnya disumbat di dalam beg. Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu. Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektum mangsa pecah hingga dijangkiti bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayatkan kanak-kanak itu. Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan "kurus kering" selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas. Imej kanak-kanak itu kemudian disiarkan dalam semua media tempatan, menyaksikan banyak pihak yang bersimpati menawarkan ganjaran wang kepada mereka yang dapat memberikan maklumat hingga tertangkapnya pembunuh kes itu. Selain media tempatan, media asing turut membuat liputan perkembangan semasa kes itu.
ALFATIHAH

6 comments:

Smiling Sukri said...

Kesian mak bapak dia... Aku rasa semakin hari semakin banyak jenayah yang "tak masuk akal" berlaku. Ia menjadi isu satu Malaysia, tp setelah beberapa lama ia seolah2 basi & masyarakat mula melupakannya spt kes Siti Syazwani, budak 9 tahun yg dirogol & dibunuh...

Anonymous said...

mintak simpang....

Anonymous said...

Benda dah berlaku..cuma kita ni yg bakal/dah ada anak ambil iktibar..parents si Nurin ni learned the hard ways..and had to pay a hefty price--the lost of their girl, due to their pure IGNORANT.(bagi anak keluar sorang, tak kisah la dekat ke, apa ke..)

[web-mod] said...

That's what my mom are doing now even my adik-adik dah besar panjang.. hantar ke KL make sure aku tunggu kat stesyen or airport.. always remind tunggu tempat cerah & ramai orang. Don't be friendly (for security sake) ... adik aku yg bongsu skolah kat KT (100++km from my house) my bro selalu p hantar pakai keta rather than naik bas)

what's going to be in the next 3-5 yrs time when most of us have our own children in primary school??

[web-mod] said...

Bukan nak kata apa la, the only thing that will make sure government really stamp out this kind of lunacy & animal behaviour is when one of their love ones is in the front cover of newspaper...

Anonymous said...

Sedih sangat when i was watching the news on the confirmation about this. And even more when i saw the pics they show on TV waktu solat jenazah dan pengkebumian, rasa ada jugak tergenang air mata. Such an innocent little child. How could someone be so cruel to a little child? We all pray and hope that the killer will be brought to justice, pancung je terus senang. These kind of people should not be allowed to see the light of day anymore. Also as parents, i'm sure Nurin's parents love their child so much, and it never came across their mind that one walk to the pasar malam (thats the first and last as i understand it) is also the last time they see their daughter. Its not fair to blame them. Dulu waktu kita kecik2, we can roam around freely, dari tengahari sampai dah nak maghrib baru balik seronok berlari sana sini main ngan kawan2. I walk to my school or sometimes cycle, and its about 5km from the house. The only fear at that time is traffic when crossing the road. Pity the kids of the current generation, because of all these psycho and perverts, they are deprieved of what they should be enjoying as kids. I hope our police give the upmost priority to bring these criminals to justice. Kalau boleh tangkap blogger dengan kadar yg segera, diharap kes2 macam ni pun boleh disegerakan. Al-Fatihah to Allahyarham Nurin.

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai