Thursday, December 20, 2007
KHUTBAH HARI RAYA @ taiping9495
JEMAAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T,
Sempena hari mulia lagi berkat ini, mimbar ini mengajak jemaah muslimin dan muslimat agar meningkatkan lagi iman dan taqwa kita kepada Allah S.W.T. dengan beristiqamah atau tetap teguh melaksanakan perintah Allah S.W.T, dan dalam masa sama meninggalkan segala yang ditegah-Nya. Mudah-mudahan hidup kita akan bertambah mulia, diberkati dan diredhai Allah S.W.T. di dunia ini dan juga di akhirat kelak.
JEMAAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT AIDIL ADHA YANG DIMULIAKAN,
Islam telah menetapkan bagi umatnya dua kali hari raya dalam setahun, iaitu; Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji atau disebut juga Hari Raya Korban. Kedua-dua hari raya ini ada kaitannya dengan ajaran dan syariat Islam. Sejarah Islam ada mencatatkan bahawa setelah Baginda Nabi S.A.W. berhijrah ke Madinah, di sana Baginda Nabi S.A.W. mendapati umat Islam di Madinah merayakan dua hari raya yang mereka warisi secara turun-temurun dari nenek moyang mereka. Maka Baginda Nabi S.A.W. bersabda kepada mereka, yang bermaksud:
"Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menggantikan kedua-dua hari raya kamu itu dengan dua hari raya yang lebih baik dari apa yang kamu rayakan itu, iaitu: Hari Raya Puasa (Aidil Fitri) dan Hari Raya Korban (Aidil Adha)".
Sejak itulah, sambutan kedua-dua hari raya ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia sehingga hari ini dan seterusnya. Inilah kelebihan dan keistimewaan kedua-dua hari raya dalam Islam. Dan setiap perkara yang berdasarkan kepada syariat ia merupakan suatu yang terbaik dan dituntut kepada umat Islam mengamalkannya, dan amalan itu pasti mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T.
Satu lagi, kelebihan atau istimewanya hari raya dalam Islam, bahawa Islam sebagai agama fitrah, kerana itu, Islam melayani fitrah dan kehendak serta tabiat semulajadi, di mana kita ketahui setiap bangsa atau kaum di dunia mempunyai hari-hari tertentu sebagai hari raya atau hari besar masing-masing yang dirayakan setiap tahun.
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT AIDIL ADHA YANG BERBAHAGIA,
Aidil Adha adalah hari raya paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Kerana itulah, syariat Islam menentukan masa bertakbir dipanjangkan bermula pada malam hari raya (10 Zulhijjah) hinggalah berlarutan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dan takbir Aidil Adha akan berakhir pada petang (waktu Asar) hari keempat Aidil Adha (13 Zulhijjah). Pada hari-hari tersebut diharamkan berpuasa, sebagaimana haramnya puasa pada 1 Syawal.
Sambutan Aidil Adha bukanlah sekadar perayaan bersukaria. Tetapi ia adalah hari raya umat Islam untuk beramal dan beribadah kepada Allah S.W.T. demi untuk menambahkuatkan lagi keimanan, ketaqwaan dan sifat tawaduk manusia kepada Allah S.W.T, maka Islam men-syariatkan dan menganjurkan amalan bertakbir (mengagongkan kemahakuasaan Allah S.W.T), bertahmid (memuji-muji kebesaran Allah S.W.T), bertasbih (mensucikan Allah S.W.T. dari sebarang kesyirikan) serta melakukan ibadah korban yang amat dituntut dalam Islam kepada mereka yang berkemampuan pada bulan Zulhijjah ini dengan ditentukan hari-harinya selama empat hari setiap tahun.
[read more here]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.
jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.
terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....
article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai

No comments:
Post a Comment