Tuesday, December 11, 2007

Tujuh maut, empat parah bas rempoh lori di Tol Jelapang

aku tak sure la brapa orang lagi yg nak kena hilang nyawa kat Tol Jelapang ni.. Aku tau byk kes sbb masalah kenderaan, tapi tol jelapang tu mmg bahaya especially kalau balik dari utara. Tambah lagi kalau hujan, dah la jalan turun bukit, bengkang bengkok lagi.... aku akan ke penang esok... balik hari Khamis petang. Doakan perjalanan selamat pergi & pulang.. Wallahualam.. //web mod SOURCE: Utusan Malaysia Online IPOH 11 Dis. - Tujuh orang terbunuh dan 28 cedera, empat daripadanya parah, apabila sebuah bas membawa rombongan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah, merempuh belakang sebuah lori tangki di Plaza Tol Jelapang menghala ke selatan di Lebuh Raya Utara Selatan awal hari ini.

Mereka yang meninggal dunia dalam nahas pada 4 pagi tadi ialah pemandu bas, Lim Teh Lee, 49; pemandu kedua, Saad Salleh, 45; serta anggota rombongan, Siti Rosedah Ibrahim, 46; Puteh Mat Isa; Mohamad Hussin, 50; Dahara Mohamad; dan Nur Shuhadah Muhamad, 15.

Empat yang cedera parah di bahagian kepala dan badan ialah Che Som Yusoff, 51; Halijah Hanafiah, 52; Sipah Sulaiman; dan seorang lelaki yang identitinya belum diketahui. [read more here]

1 comment:

Anonymous said...

Al-fatihah utk mangsa kemalangan yg meninggal dunia..Actually tol jelapang ni mmg akan dirobohkan..So, lepas ni perjalanan dr utara ke selatan dh x payah berenti bayar tol kat jelapang ni..Projek dijangka siap dlm pertengahan tahun depan (company aku keja yg buat)..Sementara tunggu projek tu siap, PLUS dh byk buat safety measure kat tol tu..bas & lori je yg x ikut peraturan..speeding masa turun bukit..

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai