Monday, December 17, 2007

My North Journey

Aku ke Penang awal pagi hari Rabu, bertolak kol 5:30 pagi.. bangun kol 4:55pagi. Tak bleh tido. Malam tu aku rasa nak demam.... menggigil beb.. Tapi sebab kerja + aku rasa OK pagi tu.. kira OK je la. Pi Penang pun sebab meeting. Kalau aku memang tak larat baru aku tak pi. Boss pun p naik keta gak, tapi lewat sket. Takkan aku nak bertembung ngan dia lak. Aku pulak pakai keta sawi je, boss aku pakai Merc. Takde apa yang menarik yang tulis pun.. hahahaha so kalau korang baca ni memang tak dak kerja la tu.. or dah holiday mood. Yang aku paling risau jalan ke utara ni pasal Tol Jelapang. Dah brapa orang bleh kira 'mati katak' sbb kena langgar dari belakang. Yang terbaru bas charter rempuh lori kat tol tu. Mcm aku ckp kat post cut and paste from utusan pasal kes ni, tol jelapang tu (satu) dibuat lepas turun bukit (dua) jalan bengkang bengkok (tiga) kalau hujan mmg brek tak makan punya. Aku tau Haq ckp PLUS akan alihkan & dah buat byk safety measure. Byk bende sebenarnya kerajaan bleh buat.. antaranya 1. PUSPAKOM check kasi through sket.... cut down duit kopi. 2. Kenderaan berat kasi la itu lampu belakang busat2.. kalau tengok 'bontot' area utk kereta & lori, lampu kereta proportion lagi besar pada lori. Dah la lori punya lampu selalunya masuk tanah & tak nampak. Aku pernah jumpa satu bas yang belakang dia kalau drebar tekan brake, keluar muka smiley.. lampu break lebih pada 10... baru la kita nampak. tapi ada gak yg kita bleh buat 1. drebar2 ni slow down la sket. OR maybe kalau naik bas, sound sket kat drebar... mau mati ka? 2. Check & service keta sebelum long distance trip. 3. mmg aku tau keta korang lajunya bleh lawan ferrari, porsche tapi kalau dah brek & chasis cap ayam apa cite?? 4. aku tengok dua kes depan mata aku.. satu kes ni kat PLUS mamat motor dok blakang lebey kurang steng meter dari lori kontena. kalau lori tu brek angin... sendiri mau ingat la... Kes satu lagi aku tengok sambungan citer tadi... motor lekat in between tayar lori (tayar lori kalau korang tak tau ada 2 setiap belah, kapit mcm biskust krim).. orangnya? polis dah bungkus surat khabar (ni kat KESAS) 5. aku tau korang nak jadi schumacher tapi kalau dok lane paling kanan tu jgn la p lencong sampai lane kiri. ada kes yg mamat nak tercabut lutut few mths back, actually kawan yasmin dok driving the same road.. cilok sana sini & kawan yasmin ckp accident baru padan muka... Tuhan tunjuk terus!! 6. Kalau pakai keta murah ni jgn laju2 sangat. Kat area Banting ada keta Proton Wira Special Edition laju sangat, lompat masuk gaung, dekat 1 hari baru jumpa sebab org tak perasan ada keta masuk gaung. both couple died on the scene. 7. jangan tail gate. kat US kalau polis nampak terus saman. takde cite. kat sini mmg habitat semasa. lagi takut kalau bas buat camgitu. Member aku ckp bas SCANIA baru ada 16 gear.. & semi auto.. senang nak tukar gear tu yg bawak mcm pelesit.. tu je kot.. majulah sukan utk negara

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai