Monday, December 03, 2007

Kronologi Hidup Kita-kita

Special posting kali ni aku buat sempena permintaan khas kawan aku yang maintain blog schoolmates kitorang, Maresmart 9495. Blog dia dah cecah entry ke-1000, so dia nak aku contribute something. Dah lama aku janji nak buat, baru kali ni ada mood nak buat karangan ni. Kali ni aku nak kongsi sikit kronologi hidup batch kitorang, saja suka-suka. 1978 Tahun ni, kita semua dilahirkan. Ada jugak sorang dua yang dilahirkan tahun 1977, pastu depa masuk sekolah agama atau kelas peralihan menyebabkan diorang start masuk Maresmart lewat setahun daripada kitorang. 1985 – 1990 6 tahun ni ialah zaman sekolah rendah kitorang. Zaman ni, kerajaan ada buat projek bantuan susu sekolah, lebih kurang macam tu la. So, kitorang dapat susu berperisa cokelat percuma. Kononnya kementerian pendidikan nak suruh kanak-kanak ribena ni sihat walafiat la kalau minum susu hari-hari. Tapi, ada jugak beberapa insiden di mana ada budak-budak yang terminum susu basi, susu masam dan sebagainya. Ended up masuk hospital sebab keracunan makanan. Buang karen je. Tahun 1990, kitorang exam UPSR. Aku cuma ingat ada empat subjek yang masuk periksa, BM 1 dan BM 2, BI dan matematik. Subjek Alam dan Manusia dan subjek Agama setakat belajar je tapi tak masuk periksa untuk UPSR. Zaman ni jugak, adanya cerita-cerita macam Space Cop Gaban, Ksatria Baja Hitam, He-Man, Thundercats, Mask, The-A-Team, Knight Rider, Airwolf, BlueThunder, Street Hawk, Ninja (cerita alih bahasa jepun), and the very famous summersault berputar of Moero Attack dan juga Tom and Jerry. Banyak lagi cerita-cerita best, tapi aku dah takleh nak recall, minor memory lost syndrome. 1991 – 1993 Daripada zaman pakai seluar atau kain warna biru, kita beralih masuk ke sekolah menengah dengan memakai seluar atau kain warna hijau tua. Jenuh mak ayah kita kumpul duit nak beli set pakaian sekolah baru untuk kita. Kita lak mengada-ngada nak buat style seluar kaki besar la, style GQ la, style seluar labuh seret sampah kat jalanraya la. Macam-macam. Ada yang mula aktif dalam bidang sukan, paling tidak pun jadi wakil untuk rumah sukan. Rumah sukan biru, hijau, kuning, merah. Ini antara warna-warna yang standard lah masa zaman tu. Kalau terlebih aktif, boleh jadi wakil sekolah, atau wakil zon, atau wakil daerah dan yang paling hebat kalau boleh jadi wakil negeri la. Aku dulu jadi wakil penonton kat tepi padang je. On the other hand, tahun-tahun ni kita semua mula berubah dari zaman pra-akil baligh menjadi manusia yang akil baligh. Dosa pahala semua dah tanggung sendiri, especially untuk budak lelaki la. Antara yang aku ingat, masing-masing jadi nakal. Kalau budak lelaki, diorang suka selongkar beg budak perempuan untuk mencari “harta karun” bulanan. Lepas tu depa gelak beramai-ramai bila dah jumpa. Budak-budak perempuan pulak mungkin ada yang dah tubuhkan persatuan gosip diorang sendiri. Pot pet sana, pot pet sini. Terserlah bakat semula jadi diorang. Yang lelaki dengan bakat diorang, yang perempuan pun sama la 2 x 5. 1994 – 1995 24 Januari 1994, lebih kurang 150 pelajar lelaki dan 150 pelajar perempuan mendaftarkan diri masing-masing di Maresmart, Taiping. Ada yang datang dari utara, pantai timur, tengah dan selatan tanah air. Yang datang dari Sabah dan Sarawak pun ada. Ada yang dah biasa duduk di asrama, dan ada pula yang pertama kali nak kena dok jauh dari mak ayah dan tinggal di asrama. Mungkin ada yang meleleh air mata bila mak ayah dah nak tinggalkan diorang kat maktab. Bagi yang dah biasa duduk asrama, takde apa yang dirisaukan. Bahkan lebih best sebab jumpa gang baru untuk buat crime kat asrama, seperti fly ke Taman Suria. Tapi, bagi yang first time masuk asrama, mesti dah pening kepala sebab kena kemas bilik, basuh baju sendiri, makan beramai-ramai, tido beramai-ramai, mandi beramai-ramai, opss. Jangan silap paham ye. Masa kita semua form 4, ramai yang malu-malu kucing. Bila dah naik form 5, kucing dah tumbuh tanduk. Inilah masa nak tunjuk belang, macam-macam cerita ada. Selain daripada tu, kelebihan bersekolah di asrama penuh ialah seperti banyak aktiviti boleh dibuat bersama bersama-sama geng kamceng 24 jam sehari. Daripada celik mata, sampailah pejam mata, kawan-kawan selalu ada kat depan mata. Kalau ada masalah pun kita share dengan kawan, kalau ada benda seronok pun cerita kat kawan, kalau homework tak siap pun kita tiru dari kawan kita yang rajin. Sebab itu jugalah tempoh masa 2 tahun kita belajar kat maresmart dulu menyebabkan persahabatan kita sampai sekarang masih berterusan. Waktu tu masing-masing kita ada matlamat yang satu, untuk score gile-gile masa SPM. Ada yang kuat study sampai mendapat gelaran mat locker. Ada yang otak jenis genius, walaupun tak study sangat tapi masih boleh score 4 flat. Tapi kebanyakannya ialah mereka yang belajar bertungkus lumus untuk hafal segala rumus matematik, hafal segala konsep sains dan jugak fakta-fakta sejarah. Akhirnya, masing-masing berjaya dalam SPM. Itulah special bond yang kita ada dikalangan kita semua. 1996 – 2000 Sejurus keluar dari maresmart, masing-masing bawa haluan masing-masing. Ada yang power tu, diorang dapat peluang belajar kat luar negara. Ada yang pegi UK, Ireland, Jepun, Jerman, Amerika, Australia atau New Zealand. Serata alam kawan-kawan kita pergi belajar. Di Malaysia pulak, semua universiti tempatan mesti ada paling tidak pun sorang dari maresmart. Sebut aje kat mana, UTM, UM, UKM, UPM, USM, UiTM, UIAM, semua ada. Memang hebat budak-budak yang keluar dari maresmart ni. Cikgu-cikgu kita dulu memang amat bangga dengan kejayaan kita semua. Sebenarnya, ramai lagi yang sepatutnya sambung belajar kat oversea lepas diorang habis A-Level kat Malaysia. Tapi, pada tahun 1997 dan 1998 tu, Malaysia mengalami kegawatan ekonomi. So, banyak tajaan kerajaan dan juga tajaan lain dibatalkan yang menyebabkan kawan-kawan kita terpaksa isi borang lain untuk masuk universiti tempatan. Ada yang buat engineering, medical, accountancy, dan juga apa-apa yang lain la. Pada tahun 2000, atau pada tahun 2001, hampir semua daripada kita dah berjaya menjadi ahli profesional, kecuali mereka yang buat medical course la. Diorang belajar lama. Pada zaman ni, ramai di kalangan kita yang dah terputus hubungan, lost contact. Tapi, ada jugak yang masih berutus khabar antara geng geng lama. Ada yang putus cinta, dan ada juga yang baru jumpa kekasih sejati. Apapun, banyak yang berlaku pada zaman universiti ni, cuma kisah masing-masing tak ramai kawan-kawan maresmart yang tahu. 2001 – 2007 Pada zaman ni, kita baru melangkah dari alam pembelajaran ke alam pekerjaan. Pun begitu, ada segelintir yang sambung belajar untuk Masters dan PhD. Kebanyakan yang lain dah mula bekerja. Macam-macam career di kalangan kita, ada yang jadi engineer, doktor, lawyer, accountant, lecturer, cikgu, researcher, pharmacist, dan ada juga yang start buat bisnes sendiri. Bila dah start keje dan ada duit tu, ramai yang menamatkan zaman bujang masing-masing. Ye lah, bila dah jadi professional, senang la nak bodek bakal pak dan mak mertua masing-masing. Boleh dikatakan, tiap-tiap tahun sejak 2001 sampai la tahun ni akan ada di kalangan kita yang kenduri nasi minyak. Dan mungkin ada lagi majlis-majlis kenduri nasi minyak pada tahun depan dan tahun-tahun akan datang. Sejak tahun 2000 atau 2001 juga, kalau tak salah aku ada sorang kawan kita yang buat website untuk kita semua, iaitu website anjung maresmart - intertina. Kat dalam tu ada gambar-gambar lama masa kita kat maktab, gambar homeroom, gambar hari sukan, gambar candid camera pun ada. Lepas tu ada jugak sedikit sebanyak notis-notis pemberitahuan tentang kenduri kawin, atau majlis gathering buka puasa dan sebagainya. Tak lama lepas tu, intertina dah mendiamkan diri. Sejurus selepas webmaster mendirikan rumahtangganya. Selang beberapa tahun, sorang kawan kita yang lain mengambil inisiatif untuk membuat blog maresmart taiping9495 ni. Pada awalnya, usaha dia ni macam tak berapa diketahui ramai la. Tak ramai yang tahu, dan pada masa yang sama tak banyak bahan-bahan yang disumbangkan oleh kawan-kawan. Tapi, berkat usaha gigih webmaster ni memang boleh dipuji. Dia tak pernah putus asa untuk membuat blog ni dikenali ramai dan disukai ramai. Jelas terbukti bahawa satu usaha gigih yang ikhlas, akhirnya akan membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Aku ingat lagi dia pernah bagitau aku yang blog ni takde ramai orang datang tengok, visitor count amat rendah. Dia hampir putus asa, mulut muncung je sebab tak puas hati. Tapi dia tetap teruskan jugak update blog ni dan dengan bantuan kawan-kawan yang lain yang tolong promosi blog ni kat member yang dah lost contact. Aku rasa, di samping kita sebarkan pasal blog ni kat member-member lain yang belum tau, ada baiknya kalau kita sama-sama tolong contribute kat blog ni. Nak hantar gambar-gambar ke, nak hantar cerita lucu ke, nak hantar notis kenduri kawin ke, nak jemput kawan datang open house atau kenduri birthday anak ke, ataupun nak organise reunion ke, boleh hantar idea dan sumbangan anda ke taiping9495 at gmail dot com. Pada harini, blog ni dah cecah entry yang ke-1000. Sila berikan tepukan gemuruh kepada webmaster kita, saudara Ihsan Husainy! For more stories, read here. P/s: Ihsan, aku dah buat posting ke-1000 ni. Harapnya kau happy dan dah tak moncong mulut ye. Yang benar, NikFa.

21 comments:

zen non said...

1985-1993 Transformer beb..jangan lupa...lagi satu... wonderyears

[web-mod] said...

haha betul tu.. aku dak agak dah, kalau temanya just do it mesti ada ko kenakan aku yek...

anyway tq enaikay

Anonymous said...

Wahh..dah posting ke seribu dah yek. Bravo to Ihsan and all for the hardwork and dedication in maintaining this blog. Without it, we'll all still be lost wondering what happened to the rest.

Anonymous said...

Hahaha..bila Nik Fa sebut pasal summersault berputar, teringat balik aku kat cite tu, ingatkan aku sorang je yg minat tengok cite tu dulu :P. Jangan lupa jugak cite Ultraman yg lahir time zaman kita kecik dulu, sampai hari ni Ultraman tak habis lawan raksaksa lagi.

Anonymous said...

Congrats to Ihsan and those yg always make sure blog ni hidup. Nik Fa, nice entry from you. Tersenyum aku ingatkan citer2 lama esp. Moero Attack. Adzimi, ur not the only one yg suka citer tu yer..harap maklum. :P

fajar said...

wah nik, this is among the best entries I read in this blog! Hahaha. congrats dude.

And congrats to Ihsan too. Jangan patah semangat. Err.. nanti aku kasi 'hadiah' utk blog ni ye. This week x sempat, sbb dok pindah rumah.

Yup Maero Attack!!

kalau masa mampu diputar, aku rasa, aku nak kembali sekejap ke zaman di taiping.

[web-mod] said...

huhuhu nikfa, ko kasi aku great idea.. aku akan cari citer lama2 yang bawak kenangan kita masa kecik2..

bagi aku ada lagi citer yang aku suka mcm the centurions (cartoon), bionic six (cartoon), & robotech-mospeda.. yang robotech ni aku miss sebab parents aku nak balik rumah from my grandparents house.. kaco betul la..

bionic six pun miss gak, aku lupa pesal...

Anonymous said...

salamualikum.. ya betul Zaini..transformers..tapi jangan lupa star trek..sampai ada incident kat bilik tayangan sebab nak tengok star trek..
p/s: ingat lagi curi curi tengok world cup 1994 pagi-pagi buta.

www.travelersthought.blogspot.com

[web-mod] said...

actually its not berputar, its sammersault berpusing...

fajar, i wonder whats the hadiah is.. hehehe..

curi2 tengok bola ye.. hahah mmg la.. time tu semua langsir tutup, tv pun dibungkus... 1995, tengok world cup rugby... riuh sangat sampai saedah & saadah dok depan pintu....

Anonymous said...

Saedah and Saadah eh? I remember one of them has a nickname ie. Ewok..so, which one eh that Ewok? Hihihihii....

martyr said...

sedih jap baca entry ni sbb sekali dengar lagu vitamin C - GRADUATION.

ihsan, nanti ko dl la lagu vitamin-c dalam blog ni, aku tak leh buat.

zen non said...

caiyukk!! Jazakallah khairn, to all that make this place happened and also, happening.

Kalau nak dw lagu, paling baik guna p2p, macam aresgalaxy.
http://aresgalaxy.sourceforge.net/

x sampai 2 minit dh dpt satu lagu. Lagu melayu, indon, omputih, org itam...sumer ada.
btw..cari lagu padi album baru, tak hanya diam. enak didengar.

Anonymous said...

lagu vitamin c??? sorry aku tatau pasal ni :D

Smiling MY said...

Kecik2 dulu, aku takut nak gi jalan jauh2 balik bukit, takut raksaksa keluar (dlm citer ultraman raksaksa biasanya keluar dari tanah sebalik bukit). Aku ingat lagi citer ultraman ni, hari Khamis kul 5.30 petang. Aku sanggup terpacak dpn kul 4.30 lg, "siaran" masuk kul 5. Sebelum itu ada "jam", kemudian bacaan Quran then Lagu Negaraku.

Ari Jumaat lak, hari untuk melayan citer hindustan...

Anonymous said...

alah ihsan! masukkanle lagu vitamn c-friends forever, memang best!
'as we go on, we remember all the times we had together, and as our lives change, comw whatever, we will still be friends forever...'

Anonymous said...

tahniah ihsan, tahniah nik. cuma satu je nik, waktu sek menengah aku pakai baju kurung putih ngan kain biru muda, bukan kaler ijau... hehehe selain maero attack, aku suka gak tengok MacGyver..hehe

[web-mod] said...

izzy, aku dah post lagu vitamin c, audio & lyrics sama..

sal.. lupa lah kat macGyver... aku rasa one of the words used now kalau bab2 nak menggodam barang2.... hah,nak buat macgyver la tu... or japs aku buat macgyver.. or something to that effect

Anonymous said...

Yea, Macgyver, memang best! aku teringat masa nak amik UPSR, periksa mula hari selasa, tp mlm senin tu ada Mcgyver, aku curi2 tengok, langsung kena marah! hahaha

Anonymous said...

I luurrveee MacGyver... he' so kewl..

Anonymous said...

korang nak tau apa yg paling mendebarkan? hehe..bila menjadi rakan sekerja ngan warden sendiri!!! 1st day of my posting to one of the MRSM..terkejut badak bila tau..cikgu sebelah meja nanti is MY WARDEN...saedah..tapi jgn terkejut..she has changed...tapi sekarang kita dah transfer p MRSM lain so...tak jumpa dia dah..hehe

-marni musa-

[i] said...

tq for sharing MM... apa kata yg kawin ngan cikgu plak share stories :D

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai