Wednesday, September 12, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1428H

Ramadhan Kau datang lagi... bergenang airmata kesyukuran kerana masih dapat bersua denganmu..

Ya Allah .. Kau jadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai penyuci segala kekotoran hatiku sebagai satu tarbiyah atas tindakanku sebagai pembimbing akhlak dan pekertiku sebagai penyuluh segala amalanku sebagai pelopor keikhlasanku sebagai penyubur roh kasih dan sayangku

Ya Allah... peliharalah diriku dari segala godaan nafsu dan kau berilah petunjuk pada mereka yang mempersendakan ramadhan ini yang tidak takut pada KebesaranMu yang tidak takut pada azabMu mereka bangga bila tidak berpuasa dan mereka bangga kalau berpuasa tapi tidak menyembahMu

Ya Allah .. tetapkanlah kami pada ketaatan terhadapMu. Dan limpahkanlah pada kami Rahmat,Keberkatan dan PengampunanMu. pada Ramadhan kali ini.. Ramadhan .. kau datang lagi bergenang airmata kesyukuran

sajak diatas adalah ihsan daripada

BRADER AHMAD YAZID BIN MOHD MUKHAYAT SNR EXPEDITOR, RFSB, TELUK RAMUNIA, JOHOR ------------------------------------------------------------

'SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 1428H, SAYA 'JALUK NGAPURO' SALAH DAN SILAP SAYA. SEMOGA RAMADHAN PADA KALI INI MEMBAWA LEBIH MAKNA UNTUK ANDA DAN KELUARGA' - MOHD SYAHIID SHEIKH AHMAD & KELUARGA -------------------------------------------------------------

No comments:

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai