Tuesday, September 04, 2007

Cuti bersalin 5 tahun

It's about time after all these social ills creeping into our community. Children have no respect on elderly, teachers are harassed, kids are bullied... This could be one of the best decision made.

So, apa tunggu lagi.... Selamat beranak pinak!

//Mod

Source: Utusan Online Oleh Zabry Mohamad

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kerajaan bersetuju melanjutkan cuti bersalin tanpa gaji bagi kakitangan sektor awam daripada 90 hari sekarang kepada had maksimum lima tahun berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan peraturan baru itu berkata, keputusan tersebut dibuat sejajar dengan hasrat kerajaan supaya anak-anak menerima pendidikan awal yang sempurna.

Keputusan yang dibuat Kabinet dalam mesyuarat mingguan Rabu lalu akan memberi kemudahan tambahan kepada seramai 563,000 wanita yang bekerja dalam sektor awam daripada keseluruhan 1.3 juta kakitangan kerajaan.

Menurut statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebanyak 10 peratus atau 24,300 daripada 243,000 kakitangan sektor awam berusia antara 18 hingga 39 tahun melahirkan anak setiap tahun.

Menurut Najib, dengan kelonggaran cuti bersalin itu, kakitangan wanita sektor awam boleh menyediakan suasana pembesaran yang lebih baik kepada anak masing-masing terutama dari aspek kesihatan dan psikologi.

[read more here]

8 comments:

niefeng said...

huh 5 tahun beb, entah2 bila masuk balik boss pun dah tukar hahahahaha

niefeng said...

ni kalau dlm masa 5 tahun tu dpt anak baru lak tambah la lagi cuti gamaknya hahahahahaha

[web-mod] said...

bukan la nie feng, satu org 5 thn saja. accumulative, tak kira la anak ko 5 ke 10 ke cuti tetap 5 thn je + compulsory 90 hari..

apa tunggu lagi nie feng!

Anonymous said...

Malaysia yg ku cintai....
Aku ada bau bau kotak undi la bila baca cadangan GOV ni...

niefeng said...

aku yg 90 hari tu mmg aku setuju sungguh, tak silap Kelantan dah lama buat 90 hari ni termasuk la kerja 5 hari seminggu. tp yg 5 tahun tu aku tak galakkan la kalau bini aku nak pun, lama woooo, gemuk kan dia wakakakkaka

Faizie lps raya sblm org gi haji, gunakan hak anda, undi anda penentu masa depan negara - lebih2 lak aku ni

Anonymous said...

This is good in family integration. Cuma aku dok terpikir camnalah companies nak manage agaknya, especially kalau its someone who is holding an important position. 5 years is a very long time, even kalau pecah2kan say to 1 year, the bosses definitely need to find a replacement and that will be a problem. Maybe they can consider the concept of working from home, which has been successful for some of the western countries (assuming the nature of work allows it). I can foresee a few possibilities here happening: more women will be happy to continue working, possibly lesser career advancement opportunities for ladies(?), and more job opportunities (sebab orang dok bersalin and cuti lama, so kene ambik banyak temp hehe).

Anonymous said...

I just realized that this is only for govt, so i guess private companies still dont have to worry (yet!).

niefeng said...

betul dgn kemudahan internet sekarang tak mustahil boleh kerja dari rumah, terutama yg kerja utk edit ke typist ke, tp kalau org kena buat decision susah la, kena gak attend meeting, or mungkin meeting guna video conferance la kut

..::disclaimer::..
website ni bukan official website mrsm taiping... mau carik official punya, http://www.mrsmkm.edu.my/taiping/. segala isi kandungan dalam blog ni tak mewakili mrsm taiping dan MARA. Untuk cari Ansara Cawangan Taiping, bleh p ke http://www.actorg.net. Kat ACTorg.net, webmaster dia Abg Damit.... website ni utk geng2 mrsm taiping batch 9495 lay-park, borak2, merapu, meroyan, melalak.

jemput tengok dan tengok lagi.. kalau tak puas jugak bleh la tinggal message ka, letak comment ka... mau Lagi??? email la sama wa kat taiping9495 at gmail dot com.

terima kasih kat sapa2 yg tolong website ni secara jualan langsung atau black market....

article yg ada dlm ni adalah hakcipta blog ni kecuali ada dinyatakan dicilok dari sumber2 tertentu... segala komen yg dibuat dalam blog ni takde langsung mewakili blog nih.. komen2 tu adalah hak dan rekacipta org yg tulis komen tu... ada paham? webmaster ada hak utk meng'edit', meng'keluar'kan mana2 post yg dirasakan tidak sesuai